Perkembangan Gaji Pensyarah

Salam,

Perkembangan setakat Mac-Mei 2013

Perkembangan setakat 27 March 2013

- Setakat ini kita belum dapat mengenal pasti antara tiga jenis cara kenaikan pangkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

- Sama-sama kita lihat tahun 2013 ini untuk pembaharuannya.

Perkembangan Terbaru SKIM BAHARU 2013 – Updated June 17, 2012

PDF SKALA GAJI GRED 17

PDF CADANGAN GAJI DAN ELAUN Gred 1-16

PDF gred 41-54 BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM hotel classic 14 jun 2012

PDF GRED 27-40 GAJI KUMPULAN 3

PDF BENGKEL TRANFORMASI Shaari

PDF elaun intensif

Perkembangan Terbaru 18 April 2012

1. Senarai Gaji Minimum baru untuk Skim Pendidikan.KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_D

2. Slide JPA berkaitan kenaikan gaji SSM.Taklimat_Kenaikan_Gaji

3. Kaedah Pengiraan.

a) Katakan gaji anda skim N11 (P2T3) adalah RM837.00 pada bulan Disember 2011

b) Maka pada Januari 2012, RM837.00 akan dinaikkan 13% menjadikan RM945.81. (darabkan RM837 x 1.13)

c) Kemudian anda ada Kenaikan Gaji Tahunan pada Januari 2012 juga. Maka akan ditambah RM945.81 sebanyak RM80 menjadikan gaji anda pada bulan Januari 2012 adalah RM1025.81.

d) bagaimana dengan gaji tahun 2013? Maka pada Januari 2013 gaji anda akan dinaikkan RM80 menjadikan gaji RM1025.81 kepada RM1105.81.

Setakat March 31, 2012

Website Pekeliling Baru dan Kiraan Gaji SSM Baru -> http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan

Pekeliling -> pp012012

Setakat March 08, 2012

Doc dari JPA : Majlis_Perhimpunan_08MAC2012

Syukur kita kehadrat Allah kerana perutusan dalam Perhimpunan Khas Penjawat awam Bersama YAB Perdana Menteri 8 Mac 2012, YAB PM telah memutuskan:

1.  SBPA dibatalkan dan SSM diteruskan dengan penambahbaikan.

2.  Kenaikan gaji 13% diberi kepada penjawat Gred 1-54, Gred Khas/Jusa C-A antara 9%, Turus 1-2 antara 8% dan KSN 7%.

3.  Kekananan dalam SSM diteruskan dan gaji mati diperpanjangkan dan ditambahbaikan. PTK 4/4 akan dapat anjakan.

4.  Elaun cola luar bandar dinaikkan dari RM200 ke RM250 dan RM100 ke RM150.

5.  Kenaikan GAJI tahunan antara RM 80 -RM 320 bergantung kepada gred.

6.  Lain-lain diserahkan kepada pihak JPA dan CUEPACS untuk penambahbaikan.

7.  Kuatkuasa serta merta 1 Januari 2012 dan tertakluk perubahan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semoga penambahbaikan dalam SSM akan menggembirakan semua.

Setakat February 17, 2012

Ini perkembangan terbaru.

Disertakan utk rujukan semua.CADANGAN MAAC KE KPT, JAPA DAN CUEPACS UNTUK PEMINDAHAN DAN KEKANANAN GAJI PEGAWAI AKADEMIK DALAM: SBPA DALAM MESYUARAT MAAC DAN KETUA PENGARAH KPT (30 JANUARI 2012,) SERTA MESYUARAT MAAC DAN KSU KPT (31 JANUARI 2012). YANG TURUT DIHADIRI OLEH PRESIDEN DAN SETIAUSAHA AGUNG UTeMASA.

DOWNLOAD KERTAS CADANGAN – MAAC solution sbpa 31jan2012

Ini perkembangan gaji Pensyarah SBPA. Bagi DS45, gaji mereka hanyalah naik sedikit sahaja berbanding DS52 dan DS54.

gajids45

Slide daripada rakan saya – gaji SBPA_Pensyarah

Bagi yang DS45

Kesimpulan – Dalam masa 11 tahun anda akan sama gaji dengan Pensyarah Kanan

Bagi yang DS52

Kesimpulan – Dalam masa 8 ke 9 tahun anda akan sama gaji permulaan Professor Madya.

Maka seeloknya anda boleh mempercepatkan lagi prosesnya dengan naik lagi cepat apabila berkhidmat 4 ke 5 tahun dan pohon naik pangkat. Lagi bagus.

Updated – Seperkara lagi, SBPA ini baru fasa pertama. iaitu berlangsung sehingga 2014, kelak 2015 ke 2017 adalah fasa kedua dan 2018 ke 2020 adalah fasa ketiga. Akan ada kenaikan gaji dan peningkatan gaji lagi sehingga 2020. Mungkin sekarang gaji anda dinaikkan RM250 setiap tahun, pada tahun 2020 kita mungkin menyaksikan setiap tahun naik sehingga 500 ke rm1000 setahun (mungkin). Tapi biasalah, mungkin semasa itu juga, roti canai + milo panas adalah berharga RM5.00 dan beras pula 10 KG adalah RM100 pula.

Kepada pensyarah-pensyarah kalian, marilah kita bukan sekadar menjadi pensyarah. Bersainglah. Walaupun ada rakan saya melompat hampir dua tahun tetapi berjaya merapatkan gajinya 3 bulan sahaja dibawah SBPA dengan saya. Tetapi saya tidak rasa ada masalah, sebab saya akan bersaing dengannya. Satu perkembangan positif. Ayuh, kita target kita mencapai kemuliaan ilmu ini dan tiada masalah anda target untuk menjadi Professor sebelum umur 40 tahun.

Gaji Professor JUSA C BASIC adalah RM12,000 (sebelumnya adalah RM7,500.00 ++)

Gaji JUSA B difahamkan starting RM14,500 dan JUSA A pula RM16,500 kot. Saya pun tak ingat.

Cara pengiraan

1st) mula2, naikkan gaji anda satu anak tangga SSm. contohnya if skg anda T2, naikkan ke T3 dulu. kemudian cari yg terhampir dgn gaji anda pada SBPA.

Contoh:

Gaji T2 : RM2637.89
Gaji T3 : RM2729.73

Maka Naikkan gaji anda tahun 2011 ini ke T3 iaitu RM2729.73.

kemudian Padankan dengan gaji pada SBPA (ambil yang paling tinggi)

SBPA Gaji

T1: RM2550.00
T2: RM2805.00
T3: RM3050.00

Didapati gaji anda RM2805.00 paling dekat. Maka itulah gaji anda pada Januari 2012 (16 januari 2012).

Kemudian anda ada kenaikan gaji tahunan pada Januari 2012 juga(kebetulan Januari naik gaji)

Maka naikkan satu tangga lagi SBPA dari T2 ke T3 SBPA

Gaji SBPA Januari 2012 = RM2805.00
Gaji setelah kenaikan tahunan = RM3050.00

Sapa yang bulan April, maka wait la bulan April RM3050.00 dan seterusnya.

Untung siapa yang gaji T1 SSM, kerana T1 akan naik ke T2

Iaitu dari RM2546.05 ke RM2637.89 (T1 ke T2).

Cari yang terdekat iaitu RM2805.00

Maka gaji SBPAnya adalah RM2805.00

“Kita serupa = T1 dan T2, T3 dan T4 , dan seterusnya”

Kesimpulan DS45 Gaji SSM T1 dan T2 akan berkongsi T2 SBPA.


SLAID KPT – SILA DOWNLOAD
//Tamat Info SHARING IS GOOD AND GREAT

About these ads
About

Research and Academician

Posted in Info
47 comments on “Perkembangan Gaji Pensyarah
  1. Salahuddin says:

    Assalamualaikkum. Terima kasih kerana berkongsi. Setelah membaca dengan teliti, point yang saya tulis kt bawah ini membuatkan saya terkeliru. Boleh tolong jelaskan apa yang dimaksudkan?
    Skim Guru Bahasa – perkara ini lebih kepada masalah pelaksanaan di IPTA.

    Saya bekerja sebagai Gurubahasa di salah sebuah IPTA dan saya ada sarjana sbg kelayakan tertinggi tetapi dibayar gaji DG41. Rakan saya seorang lagi pn sama gak, ada sarjana tetapi di IPTA yang beliau bekerja membayar DS45. Mengapa ada double standard begini? Walaupun gurubahasa di IPTA berada di bawah skim guru iaitu DG, apabila ada kenaikan pangkat dan other perks, kami tidak dihiraukan.. Jadi, perdoalannya, di manakah kedudukan kami? Adakah kami tergolong dalam guru2 di bawah KPM atau pensyarah2 di bawah KPT?

    Kebanyakan pengumuman yang dibuat KPT berkenaan kenaikan pangkat, cuti belajar dan sebagainya ialah lebih kepada para pensyarah.. jarang-jarang atau hampir tiada mengenai gurubahasa…

    • razorjr says:

      Menurut apa yang saya faham ,masalah gaji guru bahasa ini lebih kepada IPTA terbabit. COntohnya IPTA A dan IPTA B. Ianya terserah kepada pentadbiran IPTA tersebut samada memberi gaji yang berbentuk bagaimana. Jadi ianya bukan masalah kepada KPT, tetapi kepada IPTA terbabit. IPTA A ada peraturan tersendiri dalam pemberian gaji dan IPTA B ada peraturan tersendiri. Sebab itulah kuasa memberi gred gaji ini akan lebih tertumpu kepada IPTA terbabit. Tetapi apa yang KPT bincangkan adalah mengenai gaji setiap gred tersebut dan bukannya masalah pemberi gred gaji itu. Ianya bergantung kepada IPTA tersebut. Itu yang saya faham.

      • Salahuddin says:

        Terima Kasih atas penjelasan tersebut.

      • nak join jugak! says:

        Tumpang tanya…berkenaan dgn point no 1- ‘Isu DS51 sepatutnya telah selesai. IPTA yang belum melaksanakannya diarah segera berbuat demikian’. Apa maksudnya ni? Adakah universiti kena lantik pensyarah yg dah ada Phd ke gred ni? bukannya pelantikan ke gred tersebut dah dimansuhkan?
        Kalau di universiti saya, jgn kata nak naik 51…dah ada PhD bagi 45 pun status sementara/kontrak aje. Mintak komen sikit…tq.

      • razorjr says:

        sepatutnya, universiti perlulah lantik terus siapa yang ada PhD ini ke DS51, tapi masalahnya universitilah mungkin berbelah bagi. Anda tengoklah, zaman mereka dahulu mungkin mereka senang naik, tapi bila part zaman kita, dipersusahkan kenaikan. Itu lumrah alam mungkin, bahkan, ada universiti yang mensyaratkan 3 tahun baru boleh sah jawatan.

  2. bujang says:

    salam….. jawatan tutor dimansuhkan? sy bru memohon jwtn sbg tutor d unisza….adakah jawatan tersebut mmg akn d mansuhkan? bila n ape inisitif yg telah diambil sbg galang ganti?

  3. sha says:

    salam,

    Thanks for sharing..cuma ingin bertanya..bagi pensyarah yang naik pangkat ke gred 52 dan ber Phd, adakan praktis terus ke t/gaji P1T4 masih lagi berjalan? setahu saya, polisi ini merupakan one-off , iaitu utk kes bg tahun 2007-2009 shj. Harap dpt berkongsi..

    • razorjr says:

      Sebenarnya ianya bergantung kepada universiti terbabit. Setakat yang difahami, di universiti saya ini. Jika contohnya, seseorang itu terus memasuki universiti dengan PhD, maka gajinya pada P1T1. Tetapi jika telah lama berkhidmat, kemudian naik pangkat ke DS 52. kemudian mengambil PhD pula, ditingkatkan tangga gaji mengikut tahun yang digunakan sahaja atau pun mengikut keputusan Naib Canselor. Tapi itu yang saya tengok dari segi pengalaman saya dan baru sahaja berlaku pada 2010 kepada rakan saya. Jadi, bergantung sekali lagi kepada universiti terbabit. Sama seperti jawatan Professor Madya atau Professor. Universiti yang tentukan tahap2 tersebut. JPA sebagai guideline sahaja.

  4. sha says:

    Thanks Sdr,

    seem that my Univ still lagging on this..sometime, rasa sgt frustrated, kerja dah lama..tapi gaji lebih lower than yg baru masuk..maklumlah, nak naik pangkat kena apply..makan masa lagi..yg baru, terus dilantik..

    cheers

  5. anynomous says:

    Pemberian P1T4 di UPM tidak one-off, masih berjalan, namun ianya membawa implikasi lain dimana bila naik AP gaji pensyarah ini terus syiling mengatasi gaji pensyarah lama AP. Nampaknya keputusan P1T4 hanya menguntungkan pensyarah baharu. Sepatutnya KPT fikir mendalam perkara ini. Kita tidak menentang pemberian P1T4 tapi berilah sekurang-kuranya satu pergerakan gaji kpd yang lama.

  6. keliru says:

    salam..sy baru mendapat keputusan lantikan tutor..adakah saya akan dilantik?atau sy dimansuhkan oleh universiti?untuk makluman tuan, universiti telah mengeluarkan offer letter, namun tiba-tiba tawaran ini terpaksa disekat dan tidak dibenarkan melapor
    ..mohon tuan utk perjelaskan isu ini..thanks..

    • razorjr says:

      Setakat yang saya tahu, pengambilan kakitangan universiti (untuk akademik) ditangguhkan buat sementara waktu (tidak pasti samada semua atau sebahagiannya, tetapi diuniversiti saya tiada lagi pengambilan tutor baru setakat ini). bahkan, tahun depan dijangkakan, ada jawatan yang dibekukan pengambilannya (sumber masih tidak pasti) kerana ada berlaku sedikit rombakan dan mengoptimumkan bilangan pensyarah yang ada. So, selepas ini, it is hard to young lecturer to come in. Di mana selepas ini kena ada PhD baru mendapat status Pensyarah(kebanyakan universiti dah buat) di mana gaji Pensyarah ketika itu (tahun depan) kemungkinan lain dari gaji Pensyarah sekarang.

      Apa-apa pun, cuba tanya balik ke universiti terbabit. Saya hanya mendapat maklumat ditahap2 tertentu sahaja (dari rakan2 saya yang work closely with KPT and other universities)

  7. keliru says:

    thanks for ur quick respond..appreciated..
    sy cuba make a call to JPA..pegawai berkenaan ckp jawatan itu tak dimansuhkan..mereka masih diperingkat kajian dan belom ada keputusan bersama semua universiti,KPT n JPA utk mansuhkan..tetapi mereka tidakpasti di pihak KPT ..sy cuba call universiti namun perkara ini masih diperingkat perbincangan kerna takut jwtan itu dimansuhkan setelah sy melapor diri..

  8. anita says:

    salam semua,

    saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai guru bahasa dan juga juga tutor di sebuah universiti di Malaysia. setelah meletak jawatan sebagai guru di sekolah ( setelah berkhidmat selama 9 tahun, saya telah menerima jawatan guru bahasa di universiti dgn harapan setelah siap Master, akan diserapkan sebagai pensyarah. namun, pada ketika itu, di IPTA saya telah menjalankan polisi – hanya yg ada Phd saja akan diambil sebagia pensyarah. Jadi, saya terpaksa bertukar jawatan ke Tutor, utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd.

    soalan saya – setelah siap phd nanti ( 2012) adakah saya akan dilantik ke DS 45, tanpa mengambil kira pengalaman selama 15 tahun bekerja?

    terimakasih atas penjelasan.

  9. Saya bersetuju dengan apa yg diperkatakan oleh en Salahuddin. cuma saya nak tahu bagaimana and cara apakah yg patut dilakukan oleh kumpulan guru bahasa dari sesuatu ipt itu sekiranya mereka tidak mendapat sebarang kenaikan gaji di ipt setelah mendpat masters sedangkan guru bahasa di ipt lain mendapat keistimewaan tersebut?

    Apakah yg patut dilakukan sekiranya tiada layanan yg diberikan ?

    • razorjr says:

      Salam, saya sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat, mungkin perlunya perbincangan antara wakil2 guru bahasa seluruh IPTA untuk berhimpun dan mengutarakan masalah-masalah kepada KPT melalui agency2 seperti CUEPACS atau persatuan-persatuan. Ini kerana ianya walaupun berteraskan JPA (Segala peraturan dan kaedah), tetapi ianya tertakluk kepada universiti terbabit. Setiap universiti ada caranya tersendiri menangani isu ini.
      Sama seperti isu gaji pensyarah di mana akhirnya pensyarah dapat berhimpun dan mengutarakan tuntutan mereka kepada KPT setelah sekian lama pensyarah tidak bersuara. Oleh itu, nasihat saya perlunya suatu permuafakatan antara anda semua untuk mengutarakan atau mengetengahkan isu ini. Nasib yang sama juga dihadapi oleh guru bahasa di tempat saya, mereka mengatakan gaji mereka lebih rendah berbanding tempat mereka bekerja sebelum ini sedangkan mereka ada memiliki master. Waallahualam

  10. yus says:

    sape2 ada jadual gaji pensyarah universiti yg latest selepas budget 2012 itu hari tak?

    • razorjr says:

      perkara ini belum dimuktamadkan lagi dan ianya masih peringkat cadangan dan kena faham ianya akan melalui pelbagai peringkat seperti di pembentangan parlimen dan sebagainya. maka seharusnya digalakkan kita aktif dalam persatuan akademik dan menyokong mereka menaikkan gaji pensyarah ini. Saya akan update lagi jika ada perkembangan terbaru kelak

  11. nak join jugak! says:

    salam,
    bila baca semua respons2 kat atas, saya dpt tarik satu kesimpulan iaitu ‘universiti ada kuasa dan hak utk tentukan polisi mereka sendiri’ tak kira dlm apa perkara pun. Mungkin apa yg terjadi kpd saya disebabkan autoriti tersebut. Cuma nak berkongsi (pasal dah tak tahu nak share ngan sape), slps habis PhD, saya dilantik sbg pensyarah DS45 (sementara) dgn gaji baru hanya beza sebanyak RM50 aje dgn gaji lama sbg tutor SLAB DA41…kesian…kesian.
    Macam mana pandangan tuan/puan sekalian, apa yg patut saya buat? Blh tak merayu utk up sikit gaji? Atau apa2 tindakan lain?

    • razorjr says:

      yup, just kita sebagai pensyarah/senior lecturer ini, bagaimana mahu bagitahu naib canselor mengenai hal ini? sebab isu ini terserah kepada IPTA, siapa bos IPTA? hanya bos ada kuasa. maka, kita perlu bangkit dengan menyokong badan2 akademik ini agar gaji kita dinaikkan setaraf dengan kelulusan kita.

      • nak join jugak! says:

        nampak gayanya begitulah…suara perlu bersatu utk jadi lebih kuat. kalau tak…macam durian dgn mentimun lah kita ni…

  12. Izhar says:

    Hi, saya ingin bertanya mengenai jawatan tutor seperti yang tertera di dalam artikel diatas:
    4. Skim Tutor dimansuhkan dan diletakkan dalam pool di KPT,
    apa yang dimaksudkan dengan “diletakkan dalam pool di KPT” ?? …

    selain itu saya juga ingin membuat pertanyaan lanjut berkenaan soalan oleh Bujang (June, 2nd), jawapan yang diberi adalah ianya masih dalam cadangan dan jawatan tersebut akan ditukar dan bukan dimansuhkan… akan tetapi kini (Oct 2011), jawatan tutor ini confirm telah dimansuhkan (disahkan oleh pendaftar di Univ saya). dan saya ingin bertanya jika jawatan tutor ditukar, apa nama baru bagi jawatan ini? siapa yang berkuasa mewujudkan jawatan baru tersebut samada pihak Univ atau pihak KPT,? samada skim nya sama seperti yang dahulu ? dan samada jawatannya sama dan selaras bagi setiap Univ??

    >untuk makluman, sehingga hari ini pihak Univ saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan mengenai status jawatan tutor yang saya pohon tahun lepas.< terima kasih..

    • razorjr says:

      Mungkin universiti saudara telahpun mengadakan polisi baru dalam pentadbirannya. Jawapan masih tidak jelas lagi setakat ini disebabkan kurangnya persepakatan berkaitan perkara ini untuk setiap universiti. Ada universiti yang menjenamakannya semula sebagai Skim Fellowship dan ada yang diterima jadi pensyarah bila mendapat PhD dan setelah disahkan jawatan baru dinaikkan ke Pensyarah Kanan. Atau masa hadapan skim baru diperkenalkan dan tiada la istilah Pensyarah Kanan dan sebagainya sebaliknya adalah Pensyarah Madya, Pensyarah, Penolong Professor, Professor Madya, dan Professor.
      perlu diingatkan juga KPT hanya menyediakan guideline. dan terserah pentadbiran universiti terbabit untuk menerima pakainya bagaimana. Itulah universiti = sebagai sebuah badan berkanun. Apa-apa pun difahamkan, tahun 2012 ke atas menyaksikan tahun dimana kemasukan ke pensyarah akan diperketatkan (setakat yang saya terima) dan peluang senang menjadi ahli akademik tidak seperti dahulu lagi. apa-apa pun, banyak berdoa dan berusaha menghasilkan banyak kertas kerja dan jurnal untuk menyakini pihak universiti untuk diterima sebagai pensyarah

  13. Shamin says:

    Salam..ada sesiapa yg tau sekiranya skim pensyarah farmasi (DUF) telah dilaksanakan atau adakah ia cadangan? Sejak Jan saya nak join KPT tapi jurang gaji tutor dan sekarang (KKM) terlalu ketara (RM13++) menyebabkan saya masih menunggu sekiranya ada skim baru nie. Mohon penjelasan sesiapa yang tau. TK

  14. Mat_tutor says:

    Salam..

    Saya nk tya ape perkembangan jawatan untuk tutor2? dengar citer jwtan tutor di mansuhkan…. boley share info :-)

    tq

  15. Othman Inayatullah PhD says:

    Terima kasih ke atas maklumat yang disampaikan cuma saya ingin menanyakan beberapa isu.
    1. Bagaimana pula tangga gaji bekas pegawai tentera yang mempunyai phd tetapi tidak berpencan dalam perkhidmatan DS 51. Adakah mereka ini berhak mendapat Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) yang dimuktamadkan dalam warta kerajaan?
    2. Adakah syarat atau peraturan kenaikan pangkat DS 54 (PM) diselaraskan di semua IPTA. Ini kerana terdapat universiti yang senang sangat naik pangkat dan ada yang terpaksa mengharungi pelbagai syarat kecemerlangan yang ditetapkan. Jika dilihat dari maklumat yang disampaikan saya membayangkan bahawa akan datang wujudnya DS 54 (KUP) dan adakah ianya nanti menjadi pertembungan di antara DS 54 (KUP) dengan DS 54 hakiki. Suka cita ingin saya cadangkan agar kita meniru kaedah kenaikan pangkat pegawai perubatan KKM yang bersandarkan kepada time base. Untuk jawatan VK, saya syorkan satu piawaian tetap yang digunapakai dalam proses kenaikan pangkat oleh semua IPTA. Ini adalah untuk mengelak berlakunya turn-over manpower yang tinggi dari satu IPTA dengan IPTA yang lain. Dasar dan piawaian ini hendaklah ditetapkan oleh KPT dan IPTA cuma perlaksana dasar.
    3. Adakah KPT telah menetapkan syarat tambahan kenaikan pangkat ahli akademik yang telah disuarakan oleh TPM iaitu menerbitkan buku ilmiah yang berbahasa melayu.
    4. Bagaimana pra-syarat jurnal berimpak yang digunapakai oleh kebanyakan IPTA untuk kenaikan pangkat sedangkan pada masa yang sama kerajaan menyarankan ahli akademik menulis hasil akademik dalam Bahasa Melayu. Kita semua dia maklum bahawa jurnal tempatan kita terlalu sedikit menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kebanyakan jurnal ini tidak berimpak kecuali Sains Malaysiana yang kini berada dalam Q3. Apa pandang KPT dalam isu ini?
    Sekian, terima kasih.

  16. nazri says:

    salam..ada sesiapa tau info tentang skim pensyarah ds45 tak?

    harap sesiapa dalam dalam forum asyrani ni buleh tolong….tq

  17. Alia Nabila Alias says:

    I have the same problem in my IPTA, UniSZA. I am a guru bahasa n here, we have as many as 18 guru bahasa. We, guru bahasa are being left out all the time. There are a few things that we need to clarify which we’re going to have the meeting with our Registrar and DVCAA around this Thursday regarding our future as guru bahasa.

    Therefore I’d like your huge favour. I’d like to know a few things:
    1. Which scheme are you following?
    2. What is your nature of work? Is it only teaching?
    3. What are the criteria to get promotion for guru bahasa.

    I’d like to know all, so that I can present to the top management and they can compare and contrast.

  18. e8400 says:

    Saya pernah mengajar selama tiga tahun di salah satu IPTA dan tangga gaji akhir saya ialah DS45-T6. Kemudian saya mendapat tawaran daripada universiti lain (iaitu UniMAP) untuk sambung pelajaran ke peringkat PhD. Saya jangka akan tamat PhD tahun ini. Jadi, tangga gaji mana yang saya akan dapat bila masuk UniMAP nanti?

    Isteri saya juga tengah buat PhD dan dijangka akan tamat tahun ini juga. Sebelum sambung belajar PhD, isteri saya bekerja di industri selama tiga tahun. Soalan yang sama, tangga gaji mana yang UniMAP akan tawarkan dalam kes ini?

    Terima kasih.

    • razorjr says:

      rasanya polisi itu ditentukan universiti itu sendiri. Sebab sesiapa yang ada PhD akan terus diserapkan ke DS1-2 (iaitu Pensyarah Kanan dahulunya DS51/52) dengan pangkat T1. Tetapi itulah, kuasanya ditangan orang atasan yang menentukannya (yang akan interview kelak). Doa juga penting untuk pastikan dinaikkan secara munasabah.

      • e8400 says:

        Terima kasih razorjr.

        Berdasarkan jadual gaji baru yang saudara lampirkan (http://razorjr.files.wordpress.com/2011/05/gajids45.pdf), gred-gred baru adalah seperti berikut:

        GRED GAJI SBPA : DS1-3 DS45 (T1~T20)
        GRED GAJI SBPA : DS1-5 DS52 (T1~T16)
        GRED GAJI SBPA : DS1-6 DS54 (T1~T15)

        Saudara sebut dalam reply “…Sebab sesiapa yang ada PhD akan terus diserapkan ke DS1-2 (iaitu Pensyarah Kanan dahulunya DS51/52) dengan pangkat T1.” Adakah yang saudara maksudkan itu “… diserapkan ke DS1-2 atau DS1-5″?

        Minta maaf sebab saya masih belum betul-betul faham lagi. Katakan yang saudara maksudkan ialah “… diserapkan ke DS1-5″. Apa yang saya faham tentang reply saudara adalah seperti berikut:
        (a) Sesiapa yang ada PhD akan ditawarkan gred gaji sekurang-kurangnya DS1-5 (T1) di semua IPTA.
        (b) Samada seseorang yang ada PhD akan ditawarkan gred gaji DS1-5 dengan pangkat T2 atau lebih tinggi adalah nasib masing-masing yang akan ditentukan oleh pihak atasan sesebuah universiti.
        (c) Atau, seseorang yang adalah PhD belum tentu akan terus diserapkan ke DS1-5, tetapi bergantung kepada orang atas yang akan interview nanti?

        Minta perbetulkan sekiranya fahaman saya itu tak betul. Terima kasih.

      • razorjr says:

        Maaf, saya tersilap sepatutnya DS1-5.

      • e8400 says:

        Jadi, seseorang yang adalah PhD belum tentu akan diserapkan terus ke DS1-5, tetapi bergantung kepada orang atas yang akan interview nanti?

        Terima kasih.

      • razorjr says:

        ya,

        bahkan ada rakan saya menunggu 1 tahun untuk naik jadi pensyarah kanan.

        inilah susahnya jika universiti2 lain polisi dan kita ini macam syarikat swasta la berbanding time based guru.

        majoritinya akan bagi naik la. sebab sepatutnya PhD = Pensyarah Kanan (patutnya) tanpa syarat.

      • e8400 says:

        Dulu saya ingat gaji pensyarah di semua IPTA adalah sama. Kalau gaji pensyarah diselaraskan maka tidak ramai yang akan berasa tak puas hati. Masalah sekarang ialah ada yang dapat kenaikan yang lebih dan ada yang tidak. Member saya yang baru habis PhDnya (pengalamannya lebih kurang sama dengan saya) ditawarkan gaji RM7,000++. Adakah gaji itu berpatutan (normal) untuk seorang pensyarah yang berpengalaman lebih kurang sama dengan saya?

        Terima kasih.

      • razorjr says:

        Itulah yang dikatakan universiti. Lain “orang atasan lain “cerita”

        Pendek kata, jika kelak 10 ke 20 ke 30 tahun lagi ada rakan kita jadi “orang atasan”, tolonglah ubah dan mudahkan orang. Kadang-kadang bila mereka dah diatas, mereka lupa kadang-kadang yang mereka dahulu pernah macam sebahagian kita dan ada yang tak pernah alami.

        Jadi, pastikan kita telus dan mudahkan orang jika kita naik kelak.

        Nak ubah kita kena perjuangkan melalui persatuan akademik masing-masing di universiti.

  19. vijay says:

    Saya amat setuju dengan pengabaian tenaga pengajar secara menyeleruh. Penyarah di IPTA dan Tenaga pengajar di Institut Latihan Kementerian sebenarnya telah diabaikan hampi 2 dekad. Bayangkan tenaga pengajar di IPTA dan ILK dengan kelulusan sehingga Master dan PhD berhagapan dengan penuntut yang bakal menjadi pemimpin. Persediaan oleh pensyarah dan tenaga pengajar adalah jauh berbeza dengan guru-guru di sekolah rendah yang begitu mudah capai ke greg 44, 48 dan ke 52. Saya umupamanya telah berkhidmat sebagai kakitangan awam di gred 29 selama 19 tahun sebelum ke gerd 41. Dengan kelulusan Sarjana dan Master sejak 10 tahun saya masih di gred 41. Apakah kesilapan saya memilih menjadi Pengajar di ILKKM? Mengapa tenaga pengajar disisihkan begini?

  20. Zulkifli says:

    Maklumlah setiap kali Menteri tukar menteri baru mau jadi hero golongon guru dengan memberi imbuhan yang baik. Tapi kaitangan perkhidmatan awam bukan guru lebih ramai. Umpamanya kakitangan kesihatan lebih ramai jika dibanding dengan guru. Tetapi maklumlah menteri-menteri bagi Kementerian pendidikan Tinggi dan Kementerian yang ada Intitut Latihan tidak ada masa untuk memikir tentang peranan tenaga pengajar. Yang penting mereka selesa . Slogan rakyat di dahulukan paptut ambil iktibar. Kami pun rakyat. walaupun kami tidak puas hati kami tetap mengutaman penvapaian dan tidak abaikan tugas kami. Diharap dalam era tranformasi yang di buat oleh YAB Perdana Menteri Pensyarah dan Tenaga pengajar ILK dapat perhatian dan simpati beliau. Semoga nasib pensyarah dan Tenaga pengajar ILK terbela.

    • razorjr says:

      Maka, saya amat berharap sekiranya ada cadangan dan apa-apa boleh disalurkan ke Persatuan Pensyarah tempat masing-masing.
      Kami juga sedang berharap agar tahun 2013 nanti akan ada perubahan besar kepada pensyarah. Doakan yang terbaik.

  21. Mr Shamsul says:

    Bagaimana dengan cadangan gaji baru pensyarah SSU?masih dalam cadangan?

  22. ahmad says:

    saya telah jd tutor DA41 selama 4 tahun…thn depan dijangka tamat MA..jd sekiranya dilantik lepas ni DS45 dan tangga gaji pertama ialah rm2877..adakah tangga gaji ni yg saya akan dapat atau lebih tinggi memandangkan gaji sy tutor skrg dh hampir gaji DS45 tu…atau semua bergantung kpd pentadbiran univ?terima kasih…

    • razorjr says:

      hampir semua rakan saya walaupun dah jadi tutor selama bertahun lamanya diserapkan ke pensyarah dengan gred permulaan DS45 RM2877.

      sebab itu pada masa hadapan jika nak naik pensyarah kanan pula pastikan gaji pensyarah DS45 tidak menjangkaui DS52. jika tidak silap, kalau dah 10 tahun bekerja DS45, gaji permulaan DS45 dah nak hampir dengan DS52.

      tetapi sebenarnya bergantung kepada “bos” tempat anda bekerja. peraturan dan gaji serta sebagainya semuanya bergantung kepada siapa bos. tukar bos, lain pula caranya. jadi, itulah situasi di dunia sebagai seorang manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 781 other followers

%d bloggers like this: