Salam to all,

Terpanggil rasanya untuk saya menulis sesuatu untuk dimuatkan dalam blog peribadi saya versi formal ini. Sungguhpun saya mempunyai versi unformal untuk ditulis, tetapi untuk pandangan umum, maka saya rasa eloklah dimuatkan dalam blog ini.

Pada tengahhari ini, saya mendapat berita yang berlaku satu kemalangan dasyhat diantara Melaka dan Seremban di mana ianya melibatkan sebuah bas yang dipandu laju hingga kemalangan ngeri. Bahkan menghalang lalu lintas dengan memblok ketiga-tiga lane terus. Tol ditutup sehingga pagi tadi dan kemalangan ini mengorbankan sebanyak 15 orang setakat ini.

Apa sebenarnya yang berlaku

Tidak perlulah saya mengulangi berita yang telah banyak ditulis oleh blog-blog lain dan juga akhbar-akhbar tempatan, namun apa yang ditekankan disini adalah lebih kepada aspek kemanusia dimana kita akan berfikir apakah sebenarnya yang telah berlaku dari segi kelakuan manusia di dunia ini.

Aspek memandu laju telah lama bersarang di setiap manusia di mana terdapat segelintir orang yang memandu laju untuk cepat tiba di destinasi. Namun apabila diselidiki semula, ianya lebih menjurus kepada membuktikan kereta siapa lagi hebat atau siapa yang lebih handal memandu laju di lebuh raya.

Tidak kurang juga yang ingin menguji dengan kenderaan lain setelah dicucuk dari belakang kerana kesabaran yang ada dalam diri amat nipis.

Ini mungkin disebabkan wujud satu pemikiran dalam diri manusia yang digelar ego.

Ego juga disebabkan beberapa faktor contohnya kerana ingin membuktikan diri hebat, mampu membuat kerja lebih lama, terlampau sibuk dan juga amat mementingkan soal-soal kebendaan dengan mengenepikan soal-soal ibadat.

Maaf jika ada yang terasa tetapi ini hanya satu pandangan yang berkait. Terlampau sibuk dikaitkan dengan ego kerana ingin terlalu memajukan syarikat tanpa strategi yang berkesan dan perancangan awal. Semuanya dibuat secara mendadak dan berhenti secara mendadak apabila tidak perlu. Ini disebabkan perancangan tidak lancar. Contohnya, untuk memastikan sesuatu kursus baru diadakan, memerlukan pelbagai badan organisasi memantau, dan oleh itu perancangan yang teliti amat diperlukan.

Soal-soal2 kebendaan pula dikaitkan dengan matlamat diri untuk mendapatkan sesuatu sehinggakan solat dilewatkan dan segala perancangan tidak mengikut waktu ibadat. Contohnya , mesyuarat boleh diadakan selepas zohor pukul 2 petang dan habis 10 minit sebelum asar. Tetapi apa yang berlaku dalam mesyuarat sehingga tidak berhenti pada waktu asar dan diteruskan juga. Sedangkan bayangkan sewaktu diteruskan program tersebut, bangunan runtuh dan anda meninggal dunia. Berbeza jika anda berhenti sebaik mendengar azan dan ke masjid terlebih dahulu dan jika tiada kesempatan sewaktu perjalanan ke masjid (gempa bumi contohnya), anda tidak mati dalam sia-sia kerana anda memang berniat sesuatu yang sangat baik iaitu solat jemaah dimasjid dan anda dalam perjalanan mengerjakannya.

Berbalik kepada kemalangan tragis

Adakah ianya disebabkan pemandu bas tersebut yang memandu laju?Bukankah berulang kali peringatan diberi tetapi masih tetap berlaku kemalangan?Atau adakah disebabkan sudah sampai masanya sebilangan umat manusia yang berada didalam bas atau yang terlibat dalam kemalangan tersebut akan menemui ajalnya sepertinya yang termaktub didalam kitab sejarah hidupnya?

Semua kematian telah pun ditetapkan dari kandungan lagi tetapi adakah manusia tahu sebenarnya apa yang telah berlaku?

Sebenarnya apa yang berlaku semalam, hari ini, dan esok adalah satu peringatan.

Manusia perlu ingat, kematian pasti datang walaupun sebarang peraturan dibuat, segala peraturan diikuti. Tetapi apakah elemen yang membezakan?

Contohnya ada dua individu yang yang menaiki kereta bersama, dan akhirnya meninggal akibat kemalangan. Apakah yang membezakan antara dua individu ini? Amalan.

Jika orang pertama banyak membuat kebajikan, tidak memandu laju, selalu berhati-hati, membuat amat ibadat dan mengikuti perintah Allah. insyaAllah akan dimasukkan ke syurga. Kemudian individu A ini pergi bekerja bersama orang kedua atas urusan pekerjaan dan terbabit kemalangan. Dimana individu kedua ini banyak ponteng kerja, lepak2, suka memandu laju, dan membuat pelbagai kemungkaran. Mereka berdua menaiki kereta bersama dan sudah pasti tidak nampak pembezaannya kerana masing2 tengah dalam urusan kerja. Yang memandu adalah individu pertama yang berborak mengenai soal kerja ketika driving. Kemudian tiba-tiba datang kenderaan dari arah bertentangan dan melanggar mereka sehingga meninggal dunia. Apakah yang membezakan mereka berdua?

Dibunuh atau terbunuh sudah tergolong dalam syahid kecil tetapi amalan yang terdahulu tetap diambil kira. Berdoalah yang mereka berdua sedang berborak bab akhirat dan juga insan kedua tadi juga mendengar dengan penuf insaf. Maka kedua-duanya insyaAllah boleh dimasukkan ke syurga walaupun dahulu terdapat pelbagai kemungkaran oleh individu kedua ini.

Di sini kita boleh lihat bagaimanan amalan memisahkan antara mereka berdua dan juga secara tiba-tiba dapat mendekatkan mereka dengan Allah.

Pesanan

Kita tidak tahu bila kita akan dipanggil Allah. Samada secara sakit, kemalangan atau pelbagai cara lain. Oleh itu, marilah kita insaf dan kembali ke AL-Quran dan Sunnah dalam kehidupan kita. Jika hidup kita disinari amalan yang baik, pasti kita ditempatkan ditempat yang terpuji.

Semoga Allah S.W.T merahmati mereka yang telah meninggal dunia.

Al-Fatihah buat Ayahanda yang meninggal pada 4th June 2008 dan mereka yang telah meninggal dunia.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s