Salam to all,

Sekarang kita sudah berada di ambang hari raya aidiladha, dimana kita diberi peluang untuk melaungkan takbir hari raya selama tiga hari bermula malam ini. Bukanlah bermaksud kita tak bertakbir pada hari-hari biasa, tetapi takbir hari raya aidiladha merupakan takbir memuji kebesaran Allah kerana umat Islam di Mekah berjaya mengerjakan haji dengan sempurna. InsyaAllah.

Kali ini saya ingin menyentuh dari segi kepimpinan.

Bila kita menyebut soal kepimpinan, terdapat sesuatu element penting didalamnya. iaitu pembaharuan. Tidak semua pembaharuan itu bagus dan tidak semua yang lama itu bagus. Jadi, saya ingin merujuk kepada soal kepimpinan yang lebih kepada generasi baru.

Generasi Y yang sekarang ini rata-rata umur dibawah 30-an hingga 20-an merupakan barisan kepimpinan baru yang akan bertapak 20 ke 30 tahun lagi. Mereka inilah yang akan menjadi pemimpin Malaysia kelak dan akan bergelar Billionaire, Professor, memiliki title2 seperti Datuk dan Tan Sri dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita melihat dari segi apakah jenis pemikiran yang mereka akan jalankan kelak.

Seperti diri saya, dibesarkan dalam keadaan yang ekonomi negara semakin hari semakin berkembang dari tahun 1980-an lagi, generasi Y ini merupakan generasi yang membesar dalam keadaan sangat tersusun dan juga memiliki semangat juang yang tinggi sesetengahnya. Generasi ini amat mementingkan soal kepimpinan baru dan sering kali mempunyai idea-idea yang bernas. Ini kerana ianya disesuaikan dengan teknologi terkini yang digunakan oleh generasi ini. Tanyalah mereka, IPad, Iphone 4, Macbook, Call of Duty, Manga-manga, Anime, dan juga pelbagai siri television berunsurkan teknologi adalah biasa bagi mereka.

Dan tanya pula generasi kepimpinan seperti yang berumur 40 – 50 an sekarang. Saya amat pasti, peratusan yang mengetahui dan menggunakan teknologi dan juga perkara-perkara yang disebutkan diatas amat jauh bezanya dengan generasi Y. Kemungkinan hanya 10% darinya mengetahui mengenai apa yang saya sebut diatas, dan bagi generasi Y, sebut sahaja Dragon Ball, rasanya hampir 80% keatas mengetahui mengenainya.

Jadi, corak kepimpinan yang akan dibarisi pada masa hadapan adalah generasi yang mampu berfikir lagi sangat jauh dan berdaya saing kerana dari sini mereka akan develop idea-idea yang sangat tinggi dan juga ada juga yang tersangat rendah mutunya. Kepimpinan generasi Y merupakan kepimpinan yang dirasakan oleh saya akan menjadikan negara lebih maju berganda berbanding sebelumnya kerana segala idea-idea bernas hasil pemikiran Islamic yang dijana dari kecil akan memupuk soal kepimpinan yang berasaskan Islam.

Tidak kurang juga ada yang berfikiran seperti Barat atau negara luar kerana terlampau terdedah sangat dengan perkara-perkara yang disebutkan diatas dan oleh itu kita harus berhati-hati.

Maka dengan ini, saya berpendapat soal kepimpinan generasi Y akan bertapak dan mengambil alih soal kepimpinan negara dan juga menguruskannya dengan berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: