Penyenayah dan Ditembak Polis

Salam to all,

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan satu masalah umat dimana penyenayah yang terdiri daripada belasan tahun dan juga awal 20-an mati ditembak polis selepas satu kes samun di ibu negara baru-baru ini. Ditambah pula penyenayah atau perompak tersebut menggunakan kereta curi untuk melakukan jenayah.

Selepas itu, muncul ibubapa mereka yang membuat dakwaan kononnya anak mereka berbuat demikian untuk mempertahankan diri.

Setelah diteliti dengan logik akal. Maka saya dapat simpulkan sebegini:-

Mempertahankan diri adalah hanya apabila seseorang tersebut diserang dahulu oleh penyerang.

Dari segi teknikalnya, polis yang sebenarnya mempertahankan diri dan bukannya penyenayah.

Kerana polis telah memberi kata dua agar menyerah diri

Tetapi apa yang dilakukan oleh penyamun-penyamun ini adalah melarikan diri dari polis dan menyerang polis pula

Sudah pasti bukti ditangan polis dengan lengkap

Jadi, ibubapa yang sebegini yang patut dihukum kerana membiarkan anak mereka sekali lagi dijalan raya membuat kerja-kerja menyamun

Ibubapalah merupakan sebab utama mereka bersifat demikian

Kenapa ada ibubapa lain yang hidupnya susah, anak mereka bersikap baik?

Kenapa ada yang ibubapanya kaya, anak mereka bersikap baik?

Ini kerana asuhan yang diberikan.

Terlampau longgar mungkin asuhan dari kecil yang diberikan?

Atau mungkin terlampau extrem asuhan dari kecil yang diberikan?

Ini semua mesti ada puncanya, kerana anak tersebut merupakan anugerah dan rezki yang diberikan kepada ibu bapa. Setiap anak merupakan ujian ibu bapa untuk membesarkan dengan baik

Ada sahaja rakan-rakan saya yang dari keluarga susah/kaya walaupun dikelilingi unsur-unsur negatif tetapi dapat mengawal diri

Ini adalah disebabkan ibubapa itu sendiri.

– Selalu tiada dirumah

– kerja banyak dan jarang pulang kerumah

– Selalu melepak dan mengutuk2 orang

– Banyak membuang masa dan ini menyebabkan anak terasa tersisih dan ibu bapa langsung tidak mengambil tahu soal anak berkawan dengan siapa dan pergi mana

– Solat entah kemana dan ajaran Islam kurang dititik beratkan

Cubalah selidik dan tanya jiran-jiran perihal mereka ini.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar sama-sama berfikiran mengikut kaedah Islam dan secara logikal juga kerana setiap satu mesti ada punca akar umbi dari ibu bapa

Ada sebab mereka melakukan jenayah.

Oh ya, salah seorang dari penyenayah tersebut, bapanya sedang meringkup di dalam penjara akibat jenayah lain. Ini anak pula yang melakukan jenayah. Jadi sudah pastilah bapa dah tak betul, anak pun confirmlah tak betul sebab asuhannya tak betul.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: