Salam to all,
A thought.
Ini adalah sekadar entry akhir tahun untuk membuat pelbagai ulasan mengenai masalah-masalah dan perihal masyarakat pada masa kini.
Secara amnya, dalam sedikit masa lagi, kita akan menyambut tahun 2011 setelah kita menyambut awal muharam recently.
Tahun 2010 menyimpan pelbagai peristiwa-peristiwa yang mungkin ada segelintir manusia tidak dapat lupakan
Kemalangan bas di Simpat Ampat dan beberapa lagi tempat.
Jenayah juga semakin hari semakin ganas
Dan terdapat juga peristiwa-peristiwa yang indah bagi segelintir manusia
Perkahwinan, mendapat anak, dan pelbagai lagi suka dan duka manusia sepanjang tahun 2010
Jika difikirkan, amat menakjubkan kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita
Bagaimana Allah mampu membezakan setiap manusia itu sifat-sifat dan juga keadaannya(nasibnya)
Sedangkan jumlah manusia adalah sangat besar
Pemikiran manusia juga tidak terbatas – mampu mengolah dan mencari ilmu sehingga ke angkasa lepas
Ini sesuatu yang menakjubkan dan sesungguhnya hanya orang yang beriman mampu berfikir sedemikian – tentang kejadian manusia
Walaupun seseorang itu kerja jawatan yang sama, tinggal di taman perumahan yang sama, tempat kerja sama, gaji yang sama,
tetapi ilmu seseorang itu membezakan antara satu individu dengan individu yang lain
Ilmu membuatkan seseorang itu mengurus kewangan dengan baik
Ilmu membuatkan seseorang itu berfikir mana yang lebih baik
Ilmu membenarkan seseorang itu membuat perhitungan yang adil
Tuntutan ilmu bukanlah untuk anda mendapat PhD
Tuntutan ilmu adalah kerana niat anda yang jitu kepada Allah S.W.T.
Ilmu bukan sekadar anda membuat research berkaitan bidang anda sahaja.
Tetapi ilmu adalah luas, anda dituntut mengetahui sebaik mungkin ilmu yang ada.
Ilmu agama adalah yang paling wajib dituntut,
Ilmu menguruskan rumah tangga, membersihkan rumah, beradab, adalah ilmu2 sampingan yang anda harus ada.
Oleh itu, pengurusan ilmu yang baik akan menjadikan anda insan yang lebih baik disisi Allah S.W.T.