Dunia Orang Dewasa?

Salam to all,

Salam warga FKEKK,

Saya disini ingin mengucapkan Tahniah kepada presiden yang baru FKEKK Club dan juga kepada barisan2 baru FKEKK Club yang dibentuk bersama-sama ahli-ahli baru dan lama. Terima kasih juga diucapkan kepada Dekan, dan Timbalan2 Dekan yang juga hadir untuk memeriahkan majlis.

Disini juga ingin saya ingin mengutarakan pendapat saya hasil pemerhatian mengenai aktiviti yang melibatkan ahli-ahli FKEKK Club dan juga warga FKEKK.

Seperti yang sedia maklum, saya mengamati yang perlantikan ahli baru kebanyaknya adalah disebabkan ahli lama sudah memegangnya dan juga disebabkan ahli lama sambung belajar. Jika tidak disebabkan perkara-perkara ini, mungkin tiada ahli baru yang mencadangkan untuk menjadi AJK.

FKEKK Club mungkin bagi sesetengah orang adalah sekadar club biasa yang tidak memerlukan sebarang penglibatan secara serius oleh staf-staf fakulti. Mungkin ianya tidak perlu difikirkan langsung dalam pemikiran anda kerana yang penting adalah research, research, dan research. Anda mungkin mengatakan “research saya amat penting dan memberi kebaikan untuk seluruh umat manusia”, jadi tidak perlu terlibat secara aktif aktiviti2 kecil ini. sebenarnya anda salah. semua perkara penting walau sekecil kuman, anda just perlu priotizekan dan terlibat sekali sekala dalam aktiviti melibatkan masyarakat.

Perkara yang sama juga berlaku di dunia luar. Dimana peratusan orang menyertai mesyuarat melibatkan penduduk kawasan taman juga amat kurang (dalam anggaran kurang 5%). Saya berani jamin hampir 90% atau lebih masjid di Malaysia ini tidak akan dipenuhi seperti solat jumaat dan solat hari raya bagi solat-solat fardhu 5 waktu.

Aktiviti2 melibatkan penduduk2 taman juga kurang memberangsangkan kerana hanya 5,6 orang sahaja terlibat dan tiada orang mahu berkumpul beramai2 dan membuat keputusan mengenai keselamatan taman perumahan bersama. Paling tidak, setiap row akan ada seorang penghulu yang akan menjaga kebajikan penduduk2 rownya (dilantik).

Bagaimanakah peradaban negara maju akan berkembang jika tiada penduduk bersatu dan teguh. Mujurlah generasi2 penduduk taman2 yang tua tua semuanya dapat berhimpun. Mungkin anak2 muda semua sibuk bekerja dan malam baru pulang.

Maafkan saya sekiranya pendapat saya ini mengecilkan hati anda. Anda bolehlah terus pergi ke website lain sekiranya tidak mahu membaca lagi. Saya tidak mahu buang masa anda. Kalau tidak mahu baca, pergi ke website lain.

Kepada reader yang stay, saya ingin mengajak anda berfikir mengenai apa sebab Allah S.W.T. mahu kita bersatu.Sebab jika jiwa kita bersatu, semuanya akan jadi kuat, dan hebat. Jaringan yang kukuh yang tidak dapat dipatahkan oleh sesiapa pun. Tapi di Malaysia, walaupun ianya 1 Malaysia, tetapi hanya pada mulut. Sebahagian yang lain tetap tidak mahu bersatu melainkan ada kepentingan atau mata CPD atau mata untuk naik pangkat.

Sama seperti research, sekadar untuk memenuhi KPI fakulti, universiti dan terpaksa. Tidak ramai yang jujur untuk menghasilkan sesuatu yang mantap tanpa mengharapkan pangkat. Research itu adalah dari hati. Hati yang jujur untuk benar2 membantu dan bukan untuk pertandingan adalah amat dituntut sama sekali. Tidak perlu tergesa-gesa untuk menghasilkan sesuatu dalam tempoh yang singkat dan hasil research akhirnya dicommercialize secara biasa dan luput setelah beberapa tahun.

Tanyalah diri kita, berapa banyak penemuan sains oleh pihak Barat. tetapi tidak oleh kita. Untuk menghasilkan pemegang Nobel negara, ianya bemula untuk membuat kajian secara jujur dan menghasilkan sesuatu yang mantap.

Tengok Apple company. menghasilkan Iphone, Ipad.

Lihat Microsoft

Lihat Mark Zuckerberg dengan Facebook.

Apakah Malaysia patut berbangga dengan hasil yang mantap di peringkat antarabangsa?

Ketiga-tiga saya nyatakan diatas dihasilkan dengan kombinasi software dan hardware.

Ini menyebabkan syarikat Malaysia tidak berupaya menghasilkan game

Tidak berupaya menghasilkan Driving Simulator yang mantap seperti luar negara

Kinect dari Microsoft – satu ciptaan bagus untuk generasi game.

Apa yang saya sebutkan diatas adalah satu perkara yang patut difikirkan oleh semua pihak. Anda mahu anak anda pandai bermain bola, maka latih lah betul2 dari kecil dan pastikan dia mahir. Dididik dari kecil. Bukan sekadar terrer main boleh peringkat biasa sahaja. Jika mahu dia ada 2 atau 3 kemahiran, just pick one the major. if programming, bagi dia hebat in programming. yang lain just sekadar bersukan biasa sahaja. Kerana jika dari kecil menumpu kepada programming, maka pasti umur 6 tahun sudah dapat buat perisian sendiri menggunakan C atau C++. dan akan ada invention yang bagus pada masa hadapan.

Ini tidak, dari kecil just masukkan ke sekolah, darjah 1 hingga 6, tingkatan 1 hingga 5. Langsung tidak amik endah apa anak anda akan jadi. Jika nak jadikan dia Doctor, dari tadika bagi dia terdedah dengan persekitaran Doctor. Jika nak hebat in programming dan mampu buat game iphone dalam masa 1 hari, dedahkan dengan programming dari umur 3 tahun. Sama seperti anak anda ingin dijadikan Tahfiz, dari kecil perlu dididik. Dan pastikan anak anda dididik dengan unsur2 Islamic dan juga dapat membangunkan Islam secara total.

Kita cuba lihat perkara seterusnya, iaitu mendidik.

Anda memasuki kelas, meminta student membuat assignment.Kemudian terdapat beberapa student tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan. Dan anda tetap bagi kosong.

Katakan anda selaku seorang staf, kemudian research proposal untuk geran pun lambat dihantar sehingga surat amaran dikeluarkan untuk menghantarnya sudah dikeluarkan.

Katakan anda selaku seorang staf, kemudian kereta anda pancit semasa hendak pergi ke mesyuarat pukul 9.00 pagi dan anda lewat 30 minit.

Katakan anda staf, lambat response email dan juga tidak participate aktiviti2 yang melecehkan kerana tidak melibatkan anda.

Apabila anda berhadapan dengan student, anda kene expect the same thing,

pelajar mungkin bosan kerana anda mengajar tak bagus

pelajar mungkin ada masalah ketika datang tapi anda anggap pelajar tersebut menipu tanpa soal selidik

pelajar mungkin ada masalah nak menyiapkan assignment kerana beberapa sebab seperti ada ahli tidak buat soalan dsbnya.

Jadi, manusia bukan perfect, anda harus bertolak ansur dan beri peluang jika ada. Bukan mengamalkan tahap skema ke peringkat tinggi. Just add some more time to them. Atau jika datang lewat, bagi aje masuk. sebab tak payah pikir nak tanya macam2 sebab anda juga rugi masa dan penat membebel. Be Smart and Not Nerd.

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: