Solat Jumaat Masjid Al-Mustaqim : Khutbah 2011-02-04

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Apa yang saya ingin tulis disini, sekadar satu ilmu yang saya peroleh semasa mendengar khutbah jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Jitra, Kedah. Amat tersentuh hati saya apabila mendengar khutbah ini yang agak memberi kesan yang sangat bermakna kepada saya dan jemaah jumaat pada ketika itu.

Ianya bermula dengan perkara biasa yang kita dengar, satu pengulangan kepada mengajak kita agar bertakwa kepada Allah S.W.T.

Disini wujud satu persoalan, pernah hati kita tersedar yang pengulangan ini bukan bermaksud satu rutin kepada kita? Tidak salah saya katakan, mungkin sebahagian menganggapnya sebagai satu rutin sahaja dan apa yang diucapkan tidak memberi makna langsung. Mungkin anda berkata, ini perkara yang sudah anda ketahui, tidak perlu diulang2 dan faktanya adalah sama sahaja.

Peringatan itu bukanlah bertujuaan untuk mengulangi sekadar rutin. Tetapi adalah untuk kita sedar, banyak lagi saudara-saudara seagama kita yang masih memerlukan pintu hati terbuka luas untuk menerima budaya Islam dalam dirinya. Tetapi, apabila seseorang itu yang sudah lama melakukan dosa contohnya datang ke masjid pada hari tersebut (hari jumaat), maka hatinya akan merasa sebak apabila mendengar setiap kata-kata khutbah jumaat tersebut (atau lain-lain ceramah agama) dan menginsafi dirinya. Itu antara tujuan manusia diberi peringatan berulang kali kerana manusia itu mudah lupa. Tatkala nafsu menguasai diri, manusia tidak sedar apa yang dibuatnya mendatangkan kemungkaran disisi Allah S.W.T.

Berbalik kepada intipati khutbah jumaat tersebut, antara disebutnya adalah betapa setiap manusia ini tidak terlepas dari melakukan dosa kecuali para anbiya dan Rasul. Baik ulama tersohor ataupun setiap manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Tetapi, ini bukanlah dijadikan alasan untuk terus melakukan kemungkaran. Sebaliknya agar manusia bertakwa dan sering melakukan kebaikan bagi menghapuskan dosa-dosa tersebut.

Alasan sering diberikan oleh manusia manusia yang tidak mengerti erti kehidupan Islam sebenar. Bagi mereka, para nabi dan rasul dapat melakukan ibadat dengan sempurna kerana mereka tidak melakukan dosa. Inilah perihal dan sifat segelintir manusia yang amat gemar memberi alasan dan hidup dipenuhi dengan alasan. Bahkan mereka tidak sedar segala rezeki yang mereka dapat, adalah dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk mereka hidup dengan sempurna dan beramal soleh. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rezeki yang melimpah ruah disalah gunakan dan menjadikan harta mereka hanya untuk mereka sahaja. Tidak langsung digunakan untuk membantu insan2 yang kurang berupaya dan miskin.

Lihat sajalah di salah sebuah rumah anak yatim di Melaka (sebuah cerita benar). Ada segelintir manusia (Melayu Islam) yang sanggup membuang anak mereka yang cacat dan tidak pernah menjenguknya kembali. Ini juga amat serupa seperti pembuangan anak oleh manusia-manusia yang tidak berhati perut ini. Bahkan, majoriti pembuang anak adalah terdiri daripada orang Melayu. Cukuplah dengan fakta di akhbar-akhbar utama menunjukkan orang Melayu sebagai penyumbang utama pembuangan anak.

Isu rumah-rumah anak yatim dan juga orang kurang berupaya juga amat tidak adil bagi sesetengah badan kerajaan. Lihat sajalah di Melaka, terdapat pelbagai lagi rumah anak yatim dan juga orang kurang berupaya yang mempunyai anak-anak Melayu Islam ditempatkan disitu. Saya juga mendengar sendiri dari staf rumah orang kurang berupaya dan anak-anak yatim tersebut mengatakan “kanak-kanak melayu Islam ini akan dikebumikan ditanah pekebumian orang Kristian sekiranya tidak dituntut”. Alangkah terkezut bukan kepalang lagi apabila mendengar berita sebegini. Mereka mengatakan, apabila ditelefonnya ibu bapa atau saudara-mara yang kanak-kanak Islam kurang berupaya ini, kebanyakkannya terputus hubungan dan no telefon tersebut tidak wujud. Ini amat kritikal dan menunjukkan masalah seperti ini amat kritikal. Adakah pihak Agama Islam Negeri tidak bertindak atau sekadar duduk dipejabat berhawa dingin sahaja?

Sebut perihal dosa dan pahala ini amat banyak. Semakin kaya seseorang itu, semakin tinggi dugaan dan ujiannya. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin tinggi dugaan akan menimpanya samada dari segi kesenangan atau kesusahan. Orang kaya ditimpa ujian dari segi kesenangan, orang miskin ditimpa dari segi ujian kesusahan. Ini petunjuk Allah S.W.T. ingin menguji kita kerana Allah S.W.T. sayangkan umatnya. Jika tidak, seseorang itu tidak ditimpakan ujian dan leka dalam kehidupan. Ujian itu datang untuk menunjukkan Allah S.W.T. sedang memerhatikan kita dan kita harus berusaha untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin.

Kemudian, berbalik kepada khutbah jumaat tadi, topik seterusnya yang dibincangkan adalah mengenai peranan muslim dalam berdakwah.

Kita mungkin beranggapan berdakwah adalah tugas para ulama atau ustaz2 sahaja. Sebenarnya amat salah.

Tanggungjawab berdakwah adalah tugas kita juga untuk mengajak orang ramai agar mendekati Islam.

Apa yang saya maksudkan bukanlah berdakwah dari segi ilmu yang kita pelajari seperti sains, matematik dsb. Tetapi agama kita ini, iaitu Islam.

Islam bukan milik kita semata-mata, tetapi untuk semua. Oleh itu, kita semua harus berdakwah agar mereka yang bukan Islam agar dapat menghayati prinsip Islam ini.

Semasa dalam khutbah jumaat ini, satu kisah benar mengisahkan seorang bangsa India, sebenarnya ingin mengetahui mengenai Islam tetapi keberatan untuk bertanya kerana rakan-rakan Islamnya sendiri tidak pernah berkata apa2 mengenai Islam. Sehinggalah satu hari, beliau mendengar ceramah agama oleh Ustaz Zaharuddin mengenai Islam. Dalam ceramah demikian, Ustaz Zaharuddin berkata ” Syurga hanya untuk orang Islam sahaja dan Neraka untuk mereka yang bukan Islam dan yang melakukan kemungkaran”. Tersentak beliau apabila mendengarnya dan alhamdullilah ada sahabat beliau Islam mengajak beliau berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin tersebut. Setelah itu, beliau mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Sekarang , beliau berdakwah untuk memperbanyakkan lagi orang agar memasuki Islam.

Tidakkah anda ingin berazam untuk at least mendapatkan seseorang agar memasuki Islam?

Tidakkah anda menginginkan ganjaran2 besar oleh Allah S.W.T. sekiranya anda dapat mengislamkan seseorang?

Pada masa kini, banyak orang Melayu yang tidak mengikut prinsip Islam sebenar. Contohnya dalam latihan PLKN, dibenarkan campur lelaki perempuan dalam pelbagai aktiviti dan berpegangan tangan untuk aktiviti2 lasak. Tidak bolehkah mereka diasingkan dan mengapa perlu tiru Barat dalam ketenteraan?

Terdapat pelbagai kepincangan berlaku dalam masyarakat dan ianya bukan untuk dibuat buta oleh kita. Sebagai umat Islam, anda harus at least berbicara mengenai masalah umat.

من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)” ( Riwayat At-Tabrani, Majma’ Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)
Jadi, sebagai umat Islam, kita harus mengambil tahu masalah umat dan bukak buat tidak tahu sahaja. Kita boleh menegur selagi boleh. Jika anda ternampak kemungkaran dihadapan mata, cuba sedaya upaya untuk anda beritahu atau pun sekadar berdoa agar mereka insaf. Walaupun amat payah, tetapi kepayahan itu Allah akan memberi ganjaran setiap yang anda lakukan.
Dalih dan alasan perlu dibuang, teruskan untuk memantapkan umat Islam pada masa kini. Saya sendiri menyaksikan pelbagai manusia melakukan pelbagai kemungkaran. Sudahlah hisap rokok, dibuang begitu sahaja di tempat beliau merokok. Taraf seperti orang tua yang berusia hampir 60-an. Tetapi kebersihan langsung tidak dijaga. Saya amat tidak suka mengenai permasalahan-permasalahan seperti ini. Langsung tidak dijaga kebersihan yang dibuat sendiri. At least buanglah didalam tong sampah. Saya juga kesal kerana tidak menegurnya. Tiada alasan mahu saya berikan, kerana saya sendiri kesal tidak menegurnya.
Oleh itu, sama-samalah kita menjadi umat Islam yang benar2 unggul pada masa hadapan.
Waallahualam

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: