Assalamualaikum,
Setelah sekian lama tidak menulis entry, kini datang kembali entry terbaru dari saya dimana saya menulis mengenai ketenangan dan kebahagian dalam hidup.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup saya sendiri. Kebahagian dan ketenangan untuk setiap orang adalah berlainan sama sekali.
Walaupun hidupnya sekadar cukup makan, harta tidak seberapa.. Tetapi dia bahagia dengan keluarganya, lauk pauk yang dimakannya walau pun sekadar sambal ikan bilis dan nasi putih beserta air sirap. Dia juga bahagian dengan jiran tetangganya, kehidupan sehariannya walaupun tidak mampu memiliki kereta yang selesa.
Rumahnya mungkin panas, tetapi hatinya tetap sejuk.
Dapurnya mungkin sekadar dapur kayu atau dapur gas biasa dan bahan-bahannya juga sekadar barang-barang masak biasa, tetapi lidahnya tetap merasa sangat lazat dengan hasilnya
Jalanya ke surau atau masjid atau ke tempat kerjanya terasa seperti perit di bawah sinaran matahari, di mana ramai orang ingin berlumba-lumba mempunyai kereta yang besar dan selesa untuk ke tempat kerja, tetapi bagi orang yang hatinya sangat tenang dan bersyukur, sangat merasa sangat selesa setiap kali hendak ke pejabat. Niatnya hanya kepada Allah S.W.T. dan mutu kerjanya juga berpatutan.
Setiap wang ringgitnya mendatangkan keberkatan, langsung tiada masalah kewangan walaupun duit gajinya lebih kecil berbanding orang lain.
Tuan2, dan Puan2, dan sekalian pembaca
Ketenangan bukanlah untuk sesetengah individu sahaja
Kekayaan bukan simbol ketenangan dan kebahagian tetapi hanya sebagai penyumbang sahaja
Tetapi masa itu antara elemen yang paling penting,
Masa bersama keluarga
Masa untuk menikmati makan bersama
Masa untuk seorang ibu mengajar anaknya cara untuk bercakap, membesar, mengaji dan sebagainya
Agama untuk seorang individu mendapatkan ketenangan.
Isteri dan anak-anak untuk seorang suami dalam ketenangan dan kebahagian
tidak guna skala kekayaannya amat besar, tetapi masanya sangat kurang, masanya untuk agama kurang, untuk keluarga kurang, untuk makan bersama kurang, masa tidurnya kurang,
Tanyalah diri kita sendiri, adakah kita benar-benar bahagia dengan wang ringgit yang kita ada?
Atau kita sentiasa merasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.
Sungguh tak terkira nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berkatikanlah diriku, isteriku, keluarga-keluargaku, sahabat-sahabat yang selalu bersama ketika susah dan senang dimana susah adalah lebih banyak dari senang, dan juga kepada umat-umat Islam yang lain.
Engkau turunkan rahmat dan berikan ketenangan hidup kepada kami semua samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kurniakan kami generasi yang mampu menegakkan agamamu Ya Allah. Dan peliharakanlah kami dari terjebak dalam kemaksiatan dan juga godaan dunia ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.
semoga ketenangan n kebahagiaan menjadi milikmu~~