Assalammualaikum,

Terpanggil saya pada pagi ini untuk menulis sesuatu berkaitan penggunaan Bahasa Malaysia di dalam kehidupan harian kita di dunia Malaysia ini.

Setelah melihat pelbagai artikel di berita-berita seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysia Insider, Bernama dan sebagainya, nampaknya kita (termasuklah diri saya) telah lupa bahawa ini merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita semua sehingga bila-bila pun.

Pada masa kini, terdapat pelbagai individu yang mengelarkan dirinya sebagai bangsa 1 Malaysia, tetapi hakikatnya percakapan hariannya pun sudah diselang selikan pelbagai bahasa. Antara orang Malaysia sendiri bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan kedua-duanya pernah belajar di sekolah harian di Malaysia tercinta ini.

Sikap dan juga rasa angkuh tidak mahu bercakap dalam Bahasa Malaysia memungkinkan bahasa ini selalu diperkotak katikkan dan akibatnya di universiti pun mahu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Memang boleh kita bagi pengecualian dalam sesetengah hal seperti meeting yang melibatkan bangsa asing, persidangan yang bertaraf antarabangsa, seminar yang dihadiri oleh orang luar negara dan sebagainya, tetapi kita juga harus sedar yang sepatutnya kita boleh mempertuturkan bahasa Malaysia dikhalayak ramai apabila bercakap dengan orang kita sendiri iaitu orang Malaysia.

Di universiti2 di Jepun contohnya, mereka dikehendaki belajar bahasa Jepun untuk belajar di sana dan perlu ada persediaan. Tetapi kita tidak pula dibuat begitu. Sudahlah baru negara membangun tetapi berlumba-lumba mengejar jurnal yang berimpak tinggi dan tidak seperti negara-negara seperti di Eropah yang tidak menekankan pun jurnal-jurnal berimpak tinggi ini.

Hasilnya, walaupun banyak jurnalnya, tetapi hasil komersilnya tidak seberapa dan teknologi juga tidak seberapa. Geran yang diperoleh sekadar untuk mendapatkan wang dan juga menulis jurnal, pergi ke persidangan dan kurang komersilannya.

Tahniah kepada yang berjaya mengkomersilkannya, tetapi bagi yang sekadar menggunakan geran untuk membuat sesuatu yang tidak ada matlamatnya yang jelas(hasil akhir), amat mendukacitakan. Jika membuat satu algorithma baru sekalipun, penyelidik tersebut haruslah mengimplementasikannya di perisian permainan komputer atau konsol (bagi bidang grafik komputer , sub daripada komputer sains).

Tetapi penghasilan algorithma-algorithma baru haruslah diimplementasikan pada perisian-perisian atau perkakasan-perkakasan yang boleh digunakan oleh jurutera-jurutera dan juga saintis.

Hakikatnya, perkara ini juga sangat kurang dan sukar Malaysia untuk berlumba-lumba untuk menghasilkan “benda” yang boleh dikomersilkan secara berskala besar.

Tidak guna jika dalam sesebuah universiti itu, hanya ada 1% sahaja yang terlibat dalam penyelidikan yang bersifat komersilan, kerana staf yang lain hanya duduk diam dan buat penyelidikan yang bersifat untuk mengeluarkan output sahaja tanpa plan yang betul dan tersusun.

Seperti fungsi Bahasa Malaysia juga, pihak kerajaan juga harus mermartabatkan penggunaannya untuk mesyuarat-mesyuarat dalaman dan juga majlis-majlis formal yang lain.

Oleh itu, semoga kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dan juga cuba sedaya upaya mengkomersilkan hasil penyelidikan kita. Biar lambat asal kita boleh hasilkan mutu yang bagus.

About the Author razorjr

Research and Academician

2 comments

    1. Kita seharusnya cuba mermartabatkan Bahasa Malaysia dan mengoptimumkan bahasa-bahasa lain. Ilmu sangat maha luas, jadi, gunakan bahasa kita, dan belajar bahasa-bahasa lain sebagai ilmu untuk mengajak mereka agar meminati Bahasa Malaysia pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s