Assalammualaikum,
Saya mulakan topik ini dengan membuka satu persoalan yang bermain di minda saya dan juga mungkin pembaca-pembaca sekalian. Iaitu adakah kita sentiasa diberi peluang dalam segenap hal yang berlaku di sekeliling kita?
Untuk menjawab persoalan ini, saya cuba berfikir sejenak dan cuba datangkan dengan hasil pemikiran yang baik dan juga bermutu. Dan hasilnya amat menakjubkan, jawapannya sangat mudah iaitu cukup dengan menjawab “ya”.
Peluang sentiasa diberikan kepada kita setiap masa. Samada kita percaya atau tidak, setiap pilihan didatangi dengan pilihan yang baik dan buruk. Ianya terserah kepada memilih peluang yang ada untuk kita tingkatkan hasilnya.
Contohnya, jika kita berusaha untuk membeli sebuah rumah Semi-D berharga RM500,000.00. Adakah kita diberi peluang untuk membeli rumah yang lebih murah?
Peluang adalah hampir serupa dengan pilihan. Peluang adalah sesuatu yang bermanfaat untuk kita. Dan pilihan adalah sesuatu yang mungkin kedua-duanya tidak bermanfaat untuk kita. Contohnya, kita ada dua pilihan, untuk pergi ke persidangan di luar negara dan di dalam negara. Manakah satu yang kita hendak pergi? Pastinya kita hendak memilih untuk pergi ke persidangan di luar negara. Namun, malangnya, budget tidak mengcukupi dan hanya dibenarkan pergi ke persidangan di dalam negara. Maka peluang tadi amat tipis disebabkan pilihan yang sangat mendukacitakan.
Oleh itu, manfaatkan peluang yang ada dan buat pilihan yang mampu memberi kelebihan kepada kita dan juga orang yang kita sayang seperti suami/isteri dan keluarga. Ianya terserah kepada anda menilai peluang yang ada berdasarkan pilihan yang diberikan.
jadi, peluang itu sentiasa ada!
Satu lagi perkara Hamzah, orang selalu memandang serong kepada orang yang bijak mencari peluang. Apa yang penting adalah, kita perlu bijak mencari peluang dengan cara yang betul dan kita perlu berusaha supaya pilihan yang kita mahu itu menjadi kejayaan. Ramai orang yang mengetahui peluang itu ada, tetapi tidak mahu berusaha untuk mencapai peluang tersebut.
Amat bersetuju, kerana contohnya jika kita secara tiba-tiba diberi peluang untuk makan free di restoran terkemuka di Kuala Lumpur tetapi ada office mate kita tidak dapat sedangkan sama-sama berjaya dan sama-sama buat kerja. Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada dipandang serong walaupun kita dapat sesuatu itu dengan cara betul. Berdasarkan pengalaman aku, ada juga aku alami situasi begini dimana aku sememangnya berusaha dan hasilnya aku berjaya mendapatkan sesuatu yang tidak dijangka, tetapi orang lain memandangnya serong walaupun puas memberitahu yang ianya satu rezeki yang tidak dijangka. Walau sebetul mana pun, jika ada orang dengki kepada kita, sememangnya akan ada. Kita tidak dapat lari dari perkara tersebut. Apa yang aku rasa kita boleh buat, adalah banyakkan bersabar dan jangan berdendam walaupun ada orang yang dengki dengan kita disebabkan kita mendapat peluang yang orang lain tidak dapat.