Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Seorang rakan saya di fakulti telah kehilangan ayahandanya pada pagi tadi 8.00 pagi. Kerana sakit jantung berdasarkan berita melalui email yang saya terima pada pagi tadi 17 May 2011.
Saya dengan ini ingin mengucapkan takziah kepada beliau dan semoga beliau meneruskan hidup dengan keluarga tercinta dengan redha dan tabah.
Sesungguhnya apa yang kita ada hari ini, hanyalah dipinjamkan.
Ayah dan Emak dipinjamkan kepada kita dan inilah peluang yang kita ada semasa mereka masih hidup.
Utamakan mereka dalam segenap hal (yang berlandaskan Islam), dan sayangi mereka.
Dunia juga adalah pinjaman semata-mata. Segala disekeliling kita hanyalah pinjaman dan terserah kepada kita manfaatkannya.
Takziah kepada Shamsul Fakhar Bin Abd. Ghani, staf FKEKK UTeM.