Halal?

Assalammualaikum dan Selamat Pagi,

Kali ini kita berbicara mengenai perihal halal dalam hidup kita. Secara padatnya, halal mestilah mewakil 360 dalam hidup kita. Mengcakupi keseluruhan apa yang kita buat. Dalam permakanan sahaja dah ada banyak perdebatan dan tidak jelas. Apatah lagi sumber rezeki dan juga pelbagai perkara yang kita buat seharian sama ada halal atau tidak.

Bila kita menegur sebahagian orang yang masih berdegil megenai status halal ini, pastilah mereka menjawab:-

“Halal ni, makan aje yang penting Pork Free”

Realitinya PORK FREE tak semestinya ianya halal. Bagaimana jika mereka memasak menggunakan ayam yang “TAK DISEMBELIHKAN” atau “DICAMPUR WINE”?

“Abis tu, takkan setiap gerai kecil termasuk pasar malam pun nak kena sijil halal juga?”

Soalan popular kerana tak faham mengenai halal ini. Boleh baca :-

“Hotel tu banyak tu orang Islam makan, confirmlah halal” = Sila Baca

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=706&Itemid=72

.

Berdasarkan laman web dan ulasan Ustaz Uzar tersebut, dapat diketahui betapa teruknya sebahagian-sebahagian hotel dan juga restoran yang mencampurkan arak dalam masakan mereka. Mereka dengan egonya tidak mohon sijil halal terbabit kerana umat Islam yang kurang cerdik dan hentam kromo terus sahaja pergi ke restoran tersebut walaupun belajar tinggi-tinggi.

Ini adalah salah satu penyumbang kepada kerosakan akhlak pemuda-pemudi kita. Keluarga memberi makan yang tidak tahu status halalnya tanpa menyedari ianya penyumbang kepada rosaknya akhlak pemuda-pemudi kita dan diri kita sendiri. Anda sengaja atau tidak, anda tetap berdosa memakan makanan haram dan harus bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Memang kita tidak sengaja tetapi kita harus bertaubat tidak akan datang lagi ke tempat tersebut dan mohon doa dari Allah S.W.T. agar dapat menghapuskan dosa kita pergi ke tempat sebegitu.

Saban hari, Kopitiam tumbuh bagai cendawan dan sekali lagi orang Melayu Islam jugak yang terpedaya dan makan juga di kopitiam tersebut. Hanya ada dua sahaja yang halal mengikut JAKIM dan yang lain tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bahkan ada juga Mee Korea yang NON-HALAL dijual di kopitiam terbabit. Apakah ini? Mencampurkan halal dan haram dalam produk tersebut? Pinggan dan mangkuk yang sama juga digunakan. dan dibasuh tanpa samak. Boleh CLICK HERE.

Bagi yang terlampau berfikiran seolah-olah ini merupakan bebanan kepadanya dan mengatakan “takkan makcik nasi lemak tepi jalan nak mohon jakim kot”, maka ini pesanan saya kepada mereka. Jika anda hendak sangat ke kopitiam/hotel yang tidak dapat pengesahan halal tersebut, makanlah makanan yang paling kurang terdedah kepada non halal. Contohnya mungkin air dalam tin. air mineral, makanan yang tidak berkuah tetapi merupakan sejenis ikan. Cadangan saya lagi, masak sahaja di rumah. dan makan di kedai-kedai Melayu Islam yang anda yakin tanpa perlu ke restoran mahal tersebut. Mereka yang kecil-kecil ini tidak perlu memohon halal kerana kita tahu mereka orang Islam yang memasak. Mereka akan menanggung segala dosa jika berlaku apa-apa asalkan kita yakin dengan masakan mereka. Contohnya jika saya ke kedai nasi lemak makcik Melayu Islam A, maka saya yakin ianya halal kerana makcik tersebut melayu Islam dan kita dapat lihat peribadi mencerminkan sememangnya jujur berniaga dan mempunyai ciri-ciri keislaman. Jika dia menggunakan bahan tidak halal tetapi kita pula disebelah sini yakin halalnya, maka makcik tersebut akan menanggung dosa tersebut. Oleh itu kita perlu setiap kali solat kena berdoa memohon keampunan takut2 apa yang kita makan adalah tidak halal. Pilihan di tangan dan iman masing2.

Berikut merupakan berita-berita yang lain:-

1.

Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih

2.

Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

3.

Aduan :
Assalamu’alaikum

Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan.

Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.

Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.

Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah ‘Pork Free’. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam.

Terima kasih.
Assalamu’alaikum.

Tarikh Aduan :
02/01/2009 – 13:12:34
Jawapan :
Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih.

4.

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
Aduan :
Tuan,

Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin diajukan kepada pihak tuan.
Minggu lepas saya ke sebuah shopping kompleks (The Summit, Subang Jaya). Saya lihat ada beberapa kedai makan yang mempamerkan Logo HALAL daripada South East Asia Council…kedai makan seperti Mr. Teppanyaki, Station Kopitiam dan beberapa kedai lagi. Soalan saya, adakah Logo Halal dari SEA ini diiktirafkan di Malaysia?

Seperkara lagi, saya melihat ada 2 kedai makan yang mempamerkan Logo Halal tetapi tiada pengesahan kod & juga tanda JAKIM. Yang tertera di antara logo tersebut adalah Makanan Halal! Tanda tersebut begitu mengelirukan umat Islam.

Saya berharap pihak Jakim dapat membuat pemantauan ke atas kedai2 makan yang meletakkan tanda halal sewenang2nya untuk keuntungan pihak2 yang tertentu.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar
Hanis Abdul Halim

Tarikh Aduan :
27/08/2007 – 16:45:07
Jawapan :
Assalamualaikum… Berkenaan dengan pertanyaan saudari itu tentang premis yang menggunakan logo halal dari SEA itu, adalah perlu difahami oleh semua pengguna di Malaysia ini bahawa hanya JAKIM dan JAIN yang boleh mengeluarkan pengesahan halal ke atas premis-premis atau kilang yang berada di Malaysia. Logo halal selain dari JAKIM dan JAIN memang tidak diterima pakai dalam pengesahan halal. Bagaimanapun permohonan pengesahan halal adalah sesuatu yang sukarela dan bukan diwajibkan ke atas premis. Mereka berhak untuk menggunakan perbahasaan halal seperti ‘di tanggung halal’, ‘no pork serve’, ‘tulisan halal jawi dalam bulatan’ dan sebagainya di premis mereka selagi mana produk mereka tidak mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak. Dari segi perundangan, memang tidak menjadi kesalahan untuk mereka mengguna pakai perbahasaan halal itu, tetapi jika mereka menggunakan bahan-bahan yang haram sedangkan dalam masa yang sama mereka mempamerkan perbahasaan halal, tindakan boleh di ambil ke atas premis tersebut. Sebagai pengguna islam, kita mempunyai pilihan dan pilihlah produk, premis dan sebagainya yang diyakini suci. Dan langkah yang paling bijak ialah dengan memilih produk atau premis yang ada logo halal Malaysia(JAKIM). Sekian, harap maklum.

Begitulah serba sedikit mengenai info halal. Maka bolehlah layari website ini untuk mencari produk-produk halal lain:-

http://www.halaljakim.gov.my/

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: