Apabila perkara semuanya dipandang susah

Assalammualaikum

Apabila kita menerima sesuatu tugasan, selalunya kita memandangnya dengan berat dan seolah-olah agak sukar untuk disiapkan.

Tetapi, apabila menjelang masa untuk menghantarnya, maka kita berjaya juga siapkan tanpa apa-apa halangan yang menimpa.

Sebagai seorang pengajar di salah sebuah IPTA tanah air ini, saya sendiri mengingatkan diri saya agar tidak menyusahkan diri sendiri dengan perkara yang susah.

Walaupun terdapat dua subjek yang harus dipegang bermula May/June/Julai 2011 ini, kita dapat memastikan kelancaran pengajaran berjalan dengan berjayanya.

Sebagai contoh, tidak perlu kita menyusahkan diri dengan membuat pelbagai kuiz dengan lebih daripada tiga version kerana dikhuatiri pelajar akan meniru. Ini menunjukkan anda tidak percaya dengan pelajar anda dan sebagai timbal baliknya, adakah pelajar akan percaya dengan anda sebagai pengajar dihadapan?

Adakah anda sedar anda bukannya pengajar yang baik? Atau adakah anda sedar sebenarnya anda yang menjadikan kelas tersebut membosankan dan tidak tahu mengajar.

Disini kita boleh membuat pemerhatian di mana kita tidak seharusnya menyusahkan diri kita dengan perkara yang menyusahkan.

Tanya setakat mana yang mereka boleh faham dan bukannya soalan yang kita sendiri pun mengambil masa untuk siapkan.

Ingat yang mereka juga ada pelbagai jenis subjek lain yang harus dipelajari atau study dan bukannya subjek anda sahaja

Masa mereka juga agak terhad dan mereka juga berhak untuk menikmati hidup ini. Jika SKT adalah 120 jam, jika ada 5 subjek pada semester itu, maka jumlahnya agak besar.iaitu 600 jam.

Tiada istilah seperti SKT diperlukan sekiranya kita mengajar atau mendidik mereka bagaimana mencari nota dan juga tangkap sesuatu isi penting semasa pengajaran.

Tekannya mana yang paling penting dalam sesuatu subjek itu kerana dengan mengetahui key point sesuatu topik, mereka secara tidak langsung dapat mencari sendiri point-point kecil yang lain.

Pada pandangan saya, tidak perlu saya memberi tugasan-tugasan yang menyusahkan atau kuiz-kuiz, serta test yang agak merunsingkan mereka. Memadai menguji konsep pemahaman mereka tanpa melibatkan kamiran-kamiran yang susah untuk mereka buat.

Jika konsep mereka kukuh, insyaAllah secara tidak langsung, yang susah dapat mereka dapat buat sendiri.

Sama seperti proses pengajaran, bagi saya, yang penting konsep mereka fahami dan dapat ikuti.

Sekian,

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: