Mari Berfikir

Assalammualaikum semua,

Mari kita semua kita berfikir sejenak mengenai gambar dibawah yang telah diambil oleh rakan saya Yamin, yang baru pulang dari Bandung, Indonesia.

Berdasarkan gambar tersebut, kita boleh membuat pelbagai pemikiran kritikal. Oleh itu, saya cuba mengupas sedaya upaya apa yang boleh digambarkan oleh gambar tersebut.

Secara roughlynya, dapat digambarkan kemiskinan yang berlaku terhadap keluarga ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk mendapat tempat tinggal yang sepatutnya. Mungkin tiada wang untuk menyewa rumah atau tanah untuk membuat rumah, menyebabkan mereka hanya dapat tidur di kaki lima kedai sahaja. Pelbagai andaian lain seperti mungkin mereka juga merupaka pekerja kepada kedai dihadapan mereka tidur dan oleh kerana belas kasihan tuan kedai, tuan kedai dapat benarkan mereka tidur disitu. At least dapat jaga kedai tersebut pada waktu malam dari sebarang kecurian. Mungkin juga keluarga ini kepenatan akibat balik kampung yang terlalu jauh maka duduk dan tidur seketika di kaki lima ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung kerana ketiadaan wang untuk menaiki bas atau kenderaan untuk pulang ke kampung halaman.

Berdasarkan gambar diatas, pelbagai andaian dapat kita buat tetapi apakah cara untuk kita bertindak daripada semata-mata membuat andaian sahaja? Mari kita berfikir secara dalaman pula.

Gambar ini mungkin mewakili hanya 1% sahaja dari penduduk Bandung atau sekadar 0.01% sahaja atau mungkin di kawasan ini sahaja. Tetapi daripada gambar itu sahaja, kita boleh berfikir sejenak, adakah disebabkan sememangnya mereka miskin akibat perbuatan masa silam keluarga terbabit ataupun disebabkan faktor pemerintah yang tidak baik?

Sebagai contoh, kita dilahirkan didunia, tanpa kita pilih samada kita lahir dalam keluarga kaya atau miskin. Bukan kita yang memilih ibubapa kita, dan bukan kita yang memilih keluarga mana yang hendak kita dilahirkan. Kita dilahirkan dengan bersyukur dengan segala apa juga yang kita ada.

Ada yang dilahirkan dalam keluarga kaya, ada yang dilahirkan dalam keluarga sederhana, ada yang dilahirkan dalam keluarga miskin. Didikan juga diberikan secara pelbagai peringkat. Ada yang mendapat didikan secara mewah, dan ada yang hanya bergantung kepada sekolah semata-mata dan juga buku teks percuma yang diperoleh. Dan ada juga yang tidak dapat langsung bersekolah kerana dilahirkan dalam keadaan fakir miskin dan juga jauh di pendalaman. Sepatutnya kita bersyukur dapat juga kita bekerja dan juga dilahirkan dalam serba cukup. Alhamdulillah.

Jadi, apabila kita lihat situasi ini, apakah tanggungjawab kita sebagai manusia? Kita tidak boleh persalahkan ibubapa kita 100% kerana kita dibesarkan dan dididikan oleh ibubapa yang melahirkan kita. Sekali lagi, kita bersyukur dibesarkan dan dididik dalam suasana Islam, penuh harmoni dan tanggungjawab.

Apakah tanggungjawab kita sebenarnya? Sebenarnya tanggungjawab kita adalah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W., dimana kita perlu berdakwah. Bermula dengan keluarga, maka kita kena pula berdakwah dengan masyarakat. Kita tidak boleh duduk diam dan tidak tegur mereka dan beri nasihat. Nasihat tidak boleh berhenti rakan-rakan sekalian. Tiada istilah, “cukuplah, banyak kali dah aku nasihat”, dan lain-lain lagi. Sebaliknya, harus kita berusaha sedaya upaya yang kita mampu untuk memperbetulkan masyarakat (pastikan betulkan famili dan diri kita dahulu).

Dari sinilah, wujudnya pemimpin yang sangat bagus dan dipandang mulia dalam Islam. Kita bukan hidup bersama keluarga sahaja dalam dunia ini, anggap semuanya keluarga kita yang perlu kita kongsi bersama, derma untuk kebajikan, tolong-menolong, dan lain-lain lagi.

Sebagai pemimpin, kena harus peka dengan anak buah dibawah. Tengok bagaimana pada zaman dahulu hukum hudud yang digunakan untuk menginsafkan pesalah dan bukannya membuta tuli menghukum pesalah. Bahkah, pesalah sendiri yang menemui Rasulullah untuk mendapatkan hukuman kerana insaf dengan kesalahan yang dibuat.

Berbalik kepada persoalan kerana perkara seperti di dalam gambar terjadi, kita perlu berfikir sejenak betapa untungnya sangat-sangat kita di dunia ini. Kita terlampau bijak menghukum seseorang itu tanpa mengetahui sebenarnya ianya adalah salah kita juga, salah pemimpin masyarakat tersebut dalam mendidik penduduk-penduduknya. Apabila seseorang melakukan kesalahan, kita terus menghentamnya tanpa memberi peluang untuk justifikasi. At least berikannya peluang untuk bercakap dan barulah menghukumnya. Mungkin masyarakat tidak sedar, mereka ini dibesarkan dalam keadaan sangat kekurangan, menyebabkan mereka terpaksa mencuri dan melakukan pelbagai perkara lain.

Wahai sahabat-sahabatku, janganlah kita ingat kita ini bagus sangat, tetapi yang melakukan kesalahan itu hina. Kita sebenarnya lagi hina jika tidak langsung menasihati orang dan jua mencegah kemungkaran di depan mata. Semuanya buat tak tahu dan buat hal sendiri.

Jadi, fikir-fikirlah yang terbaik untuk anda dan keluarga. Ingatlah, dunia milik kita semua, sama-sama jaga kerana kebinasaan itu tidak datang kepada individu, tetapi kepada masyarakat itu semuanya kerana masing-masing ego tidak mahu tegur-menegur antara satu sama lain.

Waallahualam.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: