Assalammualaikum,
Kini, hari terakhir untuk percutian di Pahang buat masa ini. Enjoy few photos
Bangun2 aje boleh tengok pantai. memang best betul siapa rumah dekat tepi pantai nih. Amat bagus.
Assembly point. Jum kita ke pantai (selepas sarapan)
Pemandangan yang indah di pagi hari. Tapi boleh dapat sunburn free or charge.
Sungguh indah pantai ini. Maha Suci Allah S.W.T. yang menjadikan bumi ini dengan sempurna
.
.
Kemudian, kita bergerak pula ke Pusat Penetasan Penyu di Cherating.
Kelihatan bas UMP sudah sampai yang membawa delegate2 dari pelbagai negara (tapi study kat Malaysia sebahagian besarnya). Ada 3 bas semuanya.
Pelbagai peserta ICSECS datang untuk melihat kolam yang menempatkan penyu-penyu dan juga labu-labi
Penyu yang dah berusia dalam 5 tahun (lebih kurang)
Penyu yang berusia baru beberapa ketika (hari/minggu/bulan)?
Cara anak-anak penyu menetas dan akhirnya naik ke atas permukaan pasir untuk ke laut
Singgah sebentar membeli pelbagai kraftangan dan makanan popular di sini. “Satar” dan juga Keropok Lekor. Kelihatan beberapa warga luar negara gembira dengan pelbagai barangan di sini.
Makcik yang membuat keropok lekor. Sebaik sahaja dibuat gulungan tersebut, dimasukkan terus ke dalam periuk yang berisi air mendidih di hadapannya. Begitu mudah
.
.
Seterusnya, lawatan ke Pusat Tenun DiRaja di Kampung Soi
Kain yang ditenun. Paling murah untuk sampin harga RM300++
Kain-kain meja yang di tenun, sangat menarik.
.
.
Kemudian, bergerak ke Teluk Cempedak kembali
Teluk Cempedak. Pantai yang best
Cikgu Rokiah – Ajar Add Math my wife
Cikgu Azizah – Ajar Modern Math my wife
Cikgu Norhayati. CIkgu ni adalah cikgu homeroom saya. Dia juga ajar sejarah dan kelas yang di ajarnya juga merupakan kelas wife saya pada tahun 2001 dan 2002 (Form 4 dan Form 5)
Jadi, setakat ini sahaja cerita-cerita sepanjang di Kuantan ini. Sangat menarik dan pelbagai perkara dipelajari dan dilawati. Jumpa lagi dalam next artikel. Di mana kita akan berbalik kepada penulisan umum.