Hak Individu untuk berfikir dan mencadang

Assalammualaikum,

Sebagai individu yang hidup di dunia ini, kita diberi peluang untuk berfikir dan meluahkan pelbagai idea untuk dikongsi bersama

Selain itu, kita juga tidak boleh disekat untuk melakukan perkara-perkara yang selalu kita lakukan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum hakam agama Islam. Contohnya:-

1) Apabila kita ada duit, kita berhak untuk makan dan minum dari sumber yang halal tidak kisah di mana pun (asalkan halal). Tiada siapa boleh menyuruh kita makan di restoran A sahaja dan sebagainya. Ianya memang subjektif tetapi apabila kita sendiri mengawal duit kita, maka kita berhak makan dan minum di mana-mana tempat yang halal yang kita mahu. Sebab kita kawal duit yang kita dapat.

2) Untuk mengerjakan solat berjemaah. Kita semestinya tiada siapa menghalang kita dari pergi solat berjamaah di masjid atau di surau jika tiada kesulitan. Maksud saya tiada perkara-perkara yang boleh menganggu kita contohnya ahli keluarga sakit, hujan yang sangat lebat. Jadi, jika cuaca cerah, tiada masalah lain, maka jika kita hendak ke masjid, maka kita akan pergi ke masjid menunaikan solat berjamaah

3) Untuk melawat sanak saudara dan juga sahabat handai. Kita semestinya dibolehkan melawat emak dan ayah di kampung, sanak saudara dan sahabat handai (pastinya sudah dimaklumkan terlebih dahulu). Jadi, takkan ada orang boleh katakan tidak sebab ianya bergantung kepada diri kita. Maksud saya, contohnya pada hari raya, pada waktu cuti, kita boleh melawat emak ayah, sanak saudara, dan sahabat handai. Tidak timbul masalah ada pihak lain melarang dan sebagainya.

Selain daripada tiga diatas, terdapat pelbagai lagi ruang dan kebebasan yang berasaskan Islam dan juga panduan yang baik untuk kita. Oleh itu, tiada sebab untuk seseorang itu menidakkan kita daripada melakukan sesuatu yang sememangnya dituntut dengan Islam. Tiada salah dan asalkan ianya tidak bercanggah dengan Islam yang sebenar. Oleh sebab itu walau sehebat mana pun kita, samada kita Prof, Dr., ada master, atau ada Degree, Diploma dsbnya atau lain-lain lagi, kita tidak boleh bongkak dengan apa yang kita ada. Kita tetap perlu mempelajari hukum-hakam agama dan tidak bergantung kepada seseorang Ustaz atau Ustazah sahaja. Selidik dahulu setiap perkara dalam Islam tersebut sebelum melakukan sesuatu perbuatan tersebut. Sebagai contoh, dalam berpuasa di bulan Ramadhan, di mana kita mengetahui terdapat sebilangan daripada kita tahu kewujudan setiap solat tarawih pada tiap tiap malam Ramadhan itu ada ganjarannya. Sebenarnya, ianya merupakan hadis palsu dan tidak boleh langsung mempercayaainya. Oleh itu, selidik dahulu setiap hadis dan tanya yang pakar dan bukan seorang, tapi banyak2 orang. Rujuk :- http://www.izoblog.com/kepalsuan-hadis-kelebihan-tarawih/ (dalam ini ada penerangan dan saya memang dah tengok dan selidik pelbagai artikel dll)

Setiap umat Islam DIMESTIKAN untuk tidak ambil mudah. Kenkadang diorang ini berkata seperti:-

  • Ah, malaslah aku nak baca. Ko aje tolong inform aku kalau aku salah
  • Aku taktau pun, aku tak kaji pun
  • Ada orang kata mcm tu, aku pun ikut la. member aku cakap.

dan pelbagai lagi.

Sebenarnya, selidik sehingga ke betul2 dahulu dan baru implemenkannya. Tidak boleh sekadar diam dan tidak buat apa2. Setiap umat Islam wajib berdakwah dari sekecil-kecil dakwah seperti berdoa sehinggalah ke peringkat besar.

Oleh itu, renung-renungkanlah.

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: