Apabila bayang-bayang sendiri mengejar

Assalammualaikum,

Kali ini kita berbincang dari segi bayang-bayang.

Bayang-bayang selalu mengejar kita, dan akan sentiasa mengejar kita sehinggalah kita tidak lagi bergerak dan tidak berada di dunia ini.

Bayang-bayang tidak boleh menipu sesiapa pun, apa yang dibuat oleh tuannya, akan diikut seratus-peratus dan tanpa sebarang silap.

Ianya kenkadang malap dan kenkadang bayang-bayang tersebut jelas kelihatan di bawah kepanasan matahari ataupun suluhan lampu fluorescent dan lain-lain lampu yang ada di dunia ini.

Setiap daripada kita takkan lari daripada membuat salah dan silap. Apabila membuat silap, bayang-bayang akan terus mengejar kita dan akan meniru segala perbuatan kita. Kita tidak boleh sembunyi dari bayang-bayang sendiri, apatah lagi daripada Allah S.W.T.

Sepatutnya bayang-bayang tersebut menunjukkan yang kita ini sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T.

Tetapi kita ini sebahagiannya tidak sedar, yang segala kesalahan yang kita lakukan, jika tidak disertaikan oleh kemaafan dan taubat kepada Allah S.W.T., maka berdosalah kita.

Sebenarnya setiap manusia yang membuat salah itu, tahu dia membuat salah. Setiap anggota badannya melihat. Jika orang tersebut beriman kepada Allah S.W.T., dia akan merasa takut untuk berbuat dosa. Jika tidak sengaja sekalipun, hatinya gelisah memikirkannya dan tidak lagi mahu membuatnya selepas itu. Kerana insaf dengan perbuatan tersebut.

Tetapi sesetengah orang tidak begitu, mereka angkuh dan terus membuat kesalahan tersebut. Sedangkan mereka mengetahuinya.

Ini terbukti dalam Surah Ali-Imran

 

3-69: Segolongan Ahli Kitab itu sangat ingin (jika mereka dapat) menyesatkan engkau, tetapi mereka tidak menyesatkan kecuali diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

 

3-70: Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu tidak mahu beriman kepada ayat-ayat Allah, sedangkan kamu menyaksikan (kebenarannya)?

 

3-71: Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan kebenaran dengan kepalsuan, dan kamu menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya?

 

3-72: Segolongan daripada Ahli Kitab itu berkata: “Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan kepada orang yang beriman itu pada permulaan siang (pagi) dan kufurilah ia pada akhirnya (petang), supaya mereka (orang yang beriman) kembali (menjadi kafir).”

 

3-73: “Dan janganlah kamu percaya kecuali kepada orang yang mengikuti kepercayaan kamu.” Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Sesungguhnya petunjuk adalah petunjuk Allah.” (Mereka berkata lagi): “(Jangan percaya) bahawa akan diberikan-Nya (diberikan Allah) kepada seseorang, seperti yang telah diberikan kepada kamu, atau (jika kamu percaya kepada Muhammad saw) tentu ada yang membantah kamu di sisi Rab (Tuhan) kamu.” Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Sesungguhnya kurnia itu di tangan Allah, Dia (Allah) berikan kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki, dan Allah adalah al-Wasi’ (Maha Luas), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).”

 

3-74: Dia (Allah) menentukan rahmat-Nya (rahmat Allah) kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki, dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

Oleh itu, di sini kita lihat terjemahannya yang menunjukkan betapa degilnya orang yang mengetahui kebenaran tetapi tetapi menyembunyikannya dan mengada-adakan perkara yang palsu (Sila betulkan saya jika saya silap, maafkan saya kerana saya kurang ilmu)

Oleh itu, pastikan anda bermuhasabah diri dan insyaAllah kebenaran pasti akan terserlah. Banyakkan berfikir, menghayati kehidupan Islam ini dan percayalah yang kebenaran adalah hakikatnya.

Semoga kita dilindungi oleh kepalsuan oleh orang yang sedang atau akan menyesatkan kita. Mantapkan perjuangan dan berjuanglah demi agama Islam yang kita cintai ini.

Waallahualam,

Semoga segala kesilapan diperbetulkan dan mohon maaf atas sebarang kesalahan.

Ditulis 10.02 pm, Julai 06, 2011, hari rabu


 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: