Assalammualaikum,
Berikut merupakan antara intipati-intipatinya:-
Untuk Bacaan Terus , Download FromKPT
LA TAR BELAKANG
2. Kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar
sejak tahun 2006 untuk menaja pensyarah-pensyarah, tutor dan felo
untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan Ph.D sama ada
di dalam atau di luar negara. Penajaan berkenaan adalah merupakan
usaha Kerajaan untuk mencapai sasaran Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN) sekurang-kurangnya 75% pensyarah
berkelayakan Ph.D dan setaraf di Universiti Penyelidikan (RU) dan
60% pensyarah berkelayakan Ph.D dan setaraf di lain-lain IPTA
menjelang tahun 2015.
3. Bilangan pelajar yang telah ditaja di bawah kedua-dua skim
berkenaan sejak tahun 2006 hingga tahun 2010 adalah seramai 6,195
orang di peringkat Ph.D manakala 3,331 orang di peringkat sarjana.
Mereka terdiri dari tiga kategori berikut :
(a) Pensyarah tetap yang telah dilantik ke jawatan tetap dan
telah disahkan dalam jawatan. Mereka akan menerima
gaji bulanan semasa dalam tempoh tajaan yang
ditetapkan.
(b) Pensyarah yang hanya dilantik ke jawatan secara
sementara dan menerima gaji bulanan dan hanya akan
disahkan dalam jawatan selepas berjaya mendapatkan
Ph.D. Penajaan mereka disandarkan kepada jawatan
yang telah diwujudkan di !PTA berkenaan.
(c) Tutor atau felo lantikan sementara dan hanya menerima
elaun bulanan sepanjang tempoh tajaan dan akan dilantik
ke jawatan tetap selepas mendapat Ph.D. Mereka tidak
disandarkan kepada sebarang jawatan tetap semasa
dalam tempoh penajaan.
4. Walau bagaimanapun, . prestasi (output) program ini iaitu
bilangan calon tajaan yang berjaya memperolehi ijazah dalam tempoh
tajaan (antara 3 hingga 4 tahun) adalah tidak memberangsangkan.
Sebagai contoh, rekod kejayaan bagi calon tajaan 2006 dan 2007
menunjukkan peratus yang berjaya memperolehi ijazah Ph.D
berdasarkan rekod pada bulan April 2011 adalah sebanyak 27.83%.
===
Oleh itu, semua IPTA dicadangkan supaya memastikan
pelaksanaan ujian psikometrik dibuat kepada calon sebelum dilantik
sebagai tutor atau felo di samping mempunyai kelayakan akademik
sekurang-kurangnya 3.0 atau kelas kedua atas di peringkat ijazah
pertama. Ujian psikometrik perlu dibuat pada peringkat ini dan bukan
pad a peringkat perlantikan ke jawatan pensyarah (lantikan tetap ),
iaitu sebelum tajaan biasiswa disediakan kepada mereka bagi
memastikan calon-calon yang ditaja memang mempunyai ciri-ciri yang
sesuai sebagai ahli akademik.
===
10. Calon-calon yang diperakukan untuk ditaja pengajian di
peringkat Ph.D perlu dipastikan mempunyai tahap persediaan
akademik dan penyelidikan yang munasabah. Oleh itu, pemilihan mod
pengajian perlu dipertimbang berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-
(a) Calon yang mempunyai pengalaman penyelidikan di
peringkat sarjana atau penyelidikan yang telah diterbitkan
boleh ditaja melanjutkan pengajian Ph.D secara
4
penyelidikan sepenuhnya sama ada di dalam atau di luar
negara;
(b) Jika calon tiada pengalaman penyelidikan atau
mempunyai kelayakan sarjana secara kerja kursus,
pertimbangan kepada mereka adalah melalui dua (2)
kaedah iaitu ke universiti yang menggunakan mod
kerja kursus terlebih dahulu sebelum penyelidikan Ph.D
(sama seperti sistem pengajian di Amerika Syarikat) atau
telah mengikuti kursus metodologi penyelidikan
secara komprehensif sebelum diluluskan penajaan.
Calon-calon yang memilih universiti yang mensyaratkan
calon mengikuti kursus persediaan pada tahun pertama
diikuti dengan tiga (3) tahun penyelidikan tidak akan
dipertimbang penajaan kecuali calon-calon Ph.D yang
tidak mempunyai kelayakan sarjana (ditawarkan terus
ke peringkat Ph.D tanpa perlu mengikuti program sarjana
terlebih dahulu).
Membuktikan tahap penguasaan bahasa yang terbaik
terutama calon yang dicadangkan ditaja ke luar negara.
Bagi pengajian yang menggunakan Bahasa lnggeris
sebagai bahasa pengantar khususnya di luar negara,
syaratnya ialah pencapaian skor IEL TS 6.5 atau setaraf
dan tarikh menduduki ujian tersebut tidak lebih dari 3
tahun sebelum penajaan ini;