Sebenarnya…

Assalammualaikum,

Saya sebenarnya ingin berbicara di pagi jumaat ini berkaitan dengan perkara yang paling mudah iaitu bersyukur dan keadilan

Pada pendapat saya, tiada keadilan yang hakiki dalam dunia ini. Apa yang kita katakan keadilan tersebut adalah sebenarnya kepuasan hati kita sendiri setelah menerima “keadilan” tersebut. Sebagai contoh, apabila kita tidak mendapat apa yang kita hendak kita akan terasa. Katakan Ali dan Abu adik beradik. Jadi satu hari Ali ternampak satu mainan yang menarik dan beria-ria ingin memilikinya, kemudiannya diungkitkan kembali di mana Abu selalu mendapat apa yang diminta sedangkan itu ketika Abu masih kecil lagi, sekarang Abu merupakan abang kepada Ali dan tidak perlu main mainan lagi dan Abu pun bercadang memberi segala mainannya kepada Ali. Tapi Ali tidak mahu dan mainan tersebut agak lama. Maka dibelilah baru kepada Ali. Jadi di sini kita terus membuat kesimpulan kita berlaku “adil” kepada kedua-dua adik beradik tersebut. Tapi bagi Abu, agak terkilan baginya kerana terasa seperti membazir membeli mainan yang sama. Tetapi disebabkan keadilan inilah, maka dibelinya satu lagi.

Bagi saya, ianya nampak mudah dan prinsip keadilan telah berjaya diaplikasikan. Tetapi satu perkara baru berlaku, iaitu satu pembaziran. Jadi di mana sebenarnya keadilan yang hakiki? Itu sebenarnya hanya Allah S.W.T. sahaja yang Maha Adil Lagi Bijaksana. Kerana kita perlu berfikir kembali, adakah kita bijaksana dalam keadilan kita?

Katakan situasi yang saya ceritakan tadi menjadi sebegini, di mana Ali bersetuju menggunakan mainan yang sedia ada sebab masih elok dan sama sahaja. Adakah keadilan di situ? Ya, ianya juga keadilan disebabkan kedua-duanya bermain mainan yang sama dan “adil”. Tidak dibazirkan dan masing-masing memahaminya dengan lebih baik.

Kita yang sudah dewasa ini juga paling tidak paham, Masing-masing menuntut keadilan tetapi sebenarnya adakah satu kepuasan hati ataupun satu keadilan kepada semua pihak? Pihak A dan Pihak B? Ataupun hanya adil kepada Pihak A dan Pihak B sahaja tetapi tidak Pihak C yang tidak terlibat langsung. Contohnya, Samad menggunakan kereta di kampung untuk tugas-tugas harian dan Kamal di bandar menggunakan kereta di bandar untuk tugas-tugas kerjanya juga, tetapi Ahmad hanya menggunakan basikal sahaja ke kebunnya walaupun ada kereta. Jadi sekarang siapa yang untuk dari segi penagihan subsidi minyak? Confirmlah yang menggunakan dengan banyak. Jadi tidak betul juga walaupun cuba berlaku adil kerana ada yang tidak memakai kereta dengan kerap. Sepatutnya perlu adil yang sebetul-betulnya iaitu semua sama rata dan pakai pun sama rata.

Susah saya katakan untuk kita masing-masing faham apa kehendak kita. Kenkadang, ianya merupakan tipu daya syaitan yang sentiasa menjahanamkan kita ke kancah yang tidak betul.

Apa yang boleh kita lakukan semasa di dunia ini?

iaitu sentiasa fikirkan apa yang kita boleh buat untuk dunia dan akhirat berbanding apa yang orang boleh buat pada kita.

Berusaha, berdoa, melakukan apa yang di perintahkan oleh Allah S.W.T., mengikut sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. berbuat baik dan sebagainya. Inilah yang terbaik untuk kita dan tidak perlu kita saling menunjukkan rasa tidak puas hati.

Tetapi jika kita berniat baik dan bertujuan baik, maka lakukannya kerana perkara baik itu amat dituntut. Walaupun pasti ada yang tidak puas hati kerana kita tidak boleh berlaku adil ke semua orang, tetapi teruskan juga usaha anda semua. Percayalah, Allah S.W.T. tahu anda cuba sedaya upaya. Sememangnya akan ada orang menentang, menutup pintu-pintu kebaikan dan merampas hak-hak kita, tetapi tabahkanlah hati dan teruskan niat baik anda.

Kita pun manusia sahaja

Kita kadang-kadang ada buat salah secara tak sengaja, secara sengaja kerana untuk menyelamatkan keadaan yang sangat critical (contohnya penyenayah yang cuba mengugut memberi wang dan jika tidak akan dicucuk), dan lain-lain keadaan.

Jadi kita ini manusia sahaja, tak lari dari silap. Walaupun kenkadang kita tidak mahu kesalahan itu berulang tapi apalah daya kita untuk memastikannya. Kita boleh cuba sedaya upaya tetapi itu semua terserah kepada Allah S.W.T. Dalam peperiksaan mungkin kita dah mencuba sedaya upaya tetapi bila ambil sekali lagi pun tetap tidak berjaya. Mungkin rezekinya Allah nak tunjukkan bukan di situ tetapi di tempat lain contohnya bukan bidang matematik dan sains tetapi di bidang mengaji Al-Quran dan Hadis. Mungkin dari pengajian itu akan bermula rasa ingin tahu mengenai matematik dan sains.

Jadi, itu sebenarnya boleh dijadikan satu petunjuk kepada kita untuk kita terus mencari diri kita kerana Allah S.W.T.

Semoga apa yang saya tulis dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya sekadar memberi pandangan berdasarkan pemikiran saya berasaskan Al-Quran dan Hadis yang saya faham dan tahu setakat ilmu saya yang sangat cetek ini.

Waallahualam, Maaf atas sebarang kesilapan pendapat dan sebagainya atas kelemahan dan kapasiti saya sebagai manusia biasa.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: