Apabila Kita Cuba Memberi Pendapat dan Mendengar pendapat

Assalammualaikum,

Hidup di dunia ini semestinya penuh pancarobanya.

Apabila kita cuba mengutarakan sesuatu, pasti ada yang tidak suka dan ada yang suka

Manalah ada manusia ini apabila diutarakan sesuatu semua akan suka

Pastikan ada yang terpaksa suka

Ada yang tidak suka tetapi tiada pilihan

Ada yang benar2 suka

Ada yang suka sebab berkepentingan

Ada yang suka sebab tengok orang lain suka

Ada yang suka sebab pilihan itu boleh menjatuhkan orang lain

dan pelbagai lagi. Mana ada perfect manusia ini.

Jadi kenapa harus kita berdendam dan berfikiran terlalu rigid? Bukankah agama Islam itu indah dan mengajak kita untuk berbincang?

Jika kita tidak mahu, maka tinggalkanlah keputusan tersebut,

Jika kita ingin mencadangkan, janganlah kita cuba memaksa menerimanya

Jika kita ada isi, kemukakan,

Jika kita ada bantahan, kemukakan cara baik

Tetapi tidak perlu sehingga ugut-mengugut, caci mencaci.

Semua manusia ada kelemahan, jangan kita sama-sama menjadi negatif, sebaiknya jadi positif

Kata-kata daripada ulama-ulama kita

‎..apabila kita menyokong beberapa idea kerajaan bukan bererti kita musuh pembangkang..apabila kita menyokong beberapa idea pembangkang bukan bererti kita musuh kerajaan..apabila kita mengkritik kerajaan bukan bererti kita bersetuju dengan pembangkang..demikian, apabila kita mengkritik pembangkang bukan bererti kita bersetuju dengan kerajaan..itu adalah hak rakyat yang merdeka untuk menilai sendiri setiap yang terjadi..kita mempunyai prinsip dan norma yang dipegang..parti politik bukan akidah, ia hanyalah saluran..boleh ditolak dan diterima..prinsip bukan berdasarkan parti, tetapi berdasar keyakinan terhadap asas keadilan dan amanah yang berteraskan wahyu..
You don’t have to win every argument, agree to disagree, just be fully aware that you are still in this temporary world, so be calm & wise when dealing with ‘earthlings’ on earth ..:) as this is not the Heaven.

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: