Ramadhan Menjelang

Assalammualaikum,

Tidak lama lagi, Ramadhan akan menjelang tiba dan bermulalah aktiviti bulan Ogos yang agak berehat dari segi kerja-kerja luar. Alhamdulillah, setelah dari bulan Januari hingga sekarang, dapat juga saya berehat dari pergi fizikalnya dan mental dan menumpu perhatian kepada pengajaran dan juga penyelidikan yang perlu disiapkan menjelang september 2011.

Walaupun kampung agak jauh ke utara tanah air, tapi rasa ingin balik kampung itu sangat terasa. Itulah sebabnya saya suka diletakkan berjauhan (tidak sejauh overseas) bermulanya dari sekolah menengah lagi (selagi di dalam Malaysia). Supaya terasa perasaan ingin balik kampung itu. Perjalanan yang lama, ditambah pula dengan kita boleh singgah seketika di Kawasan Rehat PLUS ataupun di jalan-jalan lama, menyebabkan perjalanan itu lebih menyeronokkan.

Ramadhan inilah peluang untuk saya menebus segala dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang masa. Kita tidak tahu bila kita melakukan dosa tersebut. Mungkin dari segi justifikasi kita, kita merasakan tidak berdosa, tetapi dikesempatan inilah kita cuba sedaya upaya mengumpul sebanyak mungkin pahala dan memohon keampunan oleh dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Sebagai manusia, memang tidak dapat lari dari kesilapan, jadi, peluang ini patut dimanfaat sepenuhnya di bulan Ramadhan. Bulan-bulan lain juga tidak terkecuali. Setiap masa kita boleh memohon keampunan atas kesilapan yang kita lakukan, tetapi, untuk bulan Ramadhan ini, kita cuba pertingkatkan lagi amalan tersebut agar kita menjadi biasa dan meneruskan amalan mulia tersebut pada bulan-bulan selepas Ramadhan.

Bukankah kita akan sentiasa mempertingkatkan mutu dan kualiti ibadat kita? Oleh itu, inilah peluang yang ditunggu-tunggu untuk melatih diri menjauhi perkara tidak baik.

Sememangnya jika seseorang itu melakukan kesilapan, orang yang berada pada ketika itu akan memandang dengan serong. Sungguhpun kita perbaiki diri, tetapi mungkin ada segelintir manusia yang langsung tidak nampak diri kita yang baru iaitu kita yang telah insaf. Perkara ini memang terjadi dan untuk itu, bersabarlah menghadapi dugaan tersebut. Cuba memberi penerangan yang kita tidak lagi melakukan kesilapan seperti itu pada masa silam. Sebagai contoh, jika sebagai pelajar kita selalu ponteng kelas dan menyuruh kawan sign pada kertas kehadiran. Maka takkan di masa hadapan, kita masih dianggap sebegitu lagi. Imej mungkin tercalar kerana ada antara rakan-rakan kita yang tahu masa silam kita berbuat demikian. Tetapi sedarlah, janganlah kita mengaibkan seseorang itu berkaitan masa silamnya untuk memberitahu yang dia ini teruk walaupun dia telah insaf dan tidak lagi berbuat demikian

Rujuk

http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/dosa-dosa-facebook/425319256082

Oleh sebab itu, sekarang ini kita perlu sedaya upaya memperbaiki diri dan cuba tidak mengaibkan orang lain. Jika ada rakan yang sedang melakukan kesilapan, tegurlah secara tête-à-tête

ataupun secara peribadi tanpa mendedahkan kepada orang lain. Ataupun mungkin dengan cara yang paling terbaik sekali bermula dengan paling minimum.

Saya baru sedar, cukuplah dengan memberi pendapat dan cadangan yang lebih bersifat membina. Jika kita ingin menasihati pemimpin, mungkin lebih sesuai jika teguran dibuat secara bijaksana mengikut kapasiti kita. Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan untuk memberi pendapat secara umum tanpa menyentuh mana-mana pihak. Dan tidak cuba komen jika saya sendiri tidak mampu memberikan jawapan walaupun mempunyai pendapat yang munasabah. InsyaAllah mungkin ada yang lebih layak untuk memberi jawapan.

Sebagai contoh, mungkin kita ada pendapat yang bertentangan dengan pendapat yang lain. Apa yang perlu kita buat adalah berbincang dahulu dengan keluarga ataupun yang kita yakin berpendapat sama seperti kita sebelum memberikan ulasan. Ini kerana, mungkin kita takut tersalah memberi jawapan atau ulasan. Maka lebih baik kita diam dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Ataupun sekadar memberi hanya sekali pendapat/cadangan dan tidak perlu membalaskannya semula kerana segalanya telah diterangkan dalam pendapat/cadangan yang awal tadi.

Ini semua berkaitan dengan ilmu yang menjana pemikiran kita. Berbekal ilmu yang kita ada, cuba susunkan hujah dan beri pendapat tersebut dalam satu hujah. Dan sekiranya tidak yakin untuk berbalas hujah, tidak perlu teruskan dan cukup sekadar itu.

Oleh itu, sempena Ramadhan kali ini, semoga kita mendapat manfaat dan sedaya upaya menerapkan elemen islamik dalam diri kita. Usah dihiraukan dengan sebarang halangan yang menimpa kita kerana at least jika kita berusaha, insyaAllah kita akan dikurniakan pahala daripada tidak berusaha langsung. Sesungguhnya orang yang mencela/perli/mengutuk seseorang itu dari melakukan kebaikan amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Dari website : http://landryahmad.blogspot.com/2010/09/hukum-mencela-atau-mengumpat-atau.html

sumber
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam
firmannya : Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:

Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia
mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).

Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan
tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang
lumpuh kerana membantu wanita tersebut. Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:

Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang – orang yang
beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

2. Definasi mengumpat/ghibah

Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila engkau menyebut
perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya seperti marah benci dan sebagainya.

3. Perkara-perkara yang sering menjadi umpatan:

3.1 Kekurangan fizikal – seperti juling, hitam, terlalu pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya.

3.2 Keturunan seseorang – keturunan fasik, seseorang yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan seseorang.

3.3 Pekerti seseorang – Bakhil, suka menonjol milik/jasanya, pemarah, pengecut, lemah
pendirian dan sebagainya.

3.4 Kelakuannya – Pencuri, pembohong, peminum arak, pengkhianat, zalim, lemah ibadat
seperti cuai sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.

3.5 Keperibadiannya – Tidak sopan/biadap, banyak cakap, kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang bermaksud mengumpat.

4. Apakah orang yang mendengar juga termasuk melakukan umpatan/ghibah?
Ianya bergantung kepada reaksi pendengar. Ia sama mengumpat/bersubahat jika :

– Menunjukkan ketaajubannya lalu seolah-olah suatu pendorong agar yang mengumpat lebih giat dan bersemangat untuk mengumpat terus.

– Mengiakan seperti berkata mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari cubaan yang
sedemikian.

– Berdiam diri sewaktu mendengar ada orang mengumpat orang lain.

5. a. Reaksi sewajarnya elak bersubahat
– Baiknya diwaktu kita mendengar orang mengumpat, langsung kita mengingkari dengan lisan iaitu menyuruh berhenti mengumpat.

– Alihkan perbicaraan lain

– Jika gagal hendaklah mengingkari dalam hati (takut menentangnya).

b. Cara mengelak mengumpat
i. Pesanan Ibnu Abbas;

Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau
ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri;

ii. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang
mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan padanya.

iii. Sibukkan diri mengubati kekurang diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.

iv. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

6. Implikasi dari umpatan :

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.

ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.

iii. Perpecahan ummah.

7. Sebab-sebab yang mendorong orang mengumpat

i. Ingin melenyapkan kemarahan:

Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang
yang dimarahi.didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca disini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

ii. Kemegahan diri:

Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

iii. Kedengkian:

Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi ia mencari jalan/kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

iv. Saja suka-suka:

Bersendagurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut cela-cela orang lain tujuannya semata-mata untuk menjadi bahan ketawa selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

v. Penghinaan:

Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

vi. Sifat-sifat lain:

Sukar dianalisa banyak sebab tetapi semuanya lahir akibat tipudaya syitan belaka sebagai janji menyesatkan umat. selain dari itu juga merupakan sifat mazmumah yang perlu dikikis.

8. Hukum mengumpat

Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama
haramnya dengan mengata seseorang secara lisan. Namun dikecualikan bagi hanya sekadar
lintasan buruk orang lain yang mudah lenyap. Sangkaan buruk yang tidak dibenarkan ialah tanda kecenderungan hati dan dimantapkan dalam perasaan. Inilah yang dilarang keras, sebagaimana Firman Allah S.W.T.:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah dosa. Oleh itu apabila ada suatu bisikan dalam hati hendak menyangka buruk kepada orang lain, baiklah ditolak sahaja. Dustakanlah ajakan syaitan itu kerana syaitan adalah sefasik-fasik kaum
yang fasik.

Firman Allah S.W.T.:
Hai orang-orang yang beriman, apabila ada seseorang fasik datang padamu dengan membawa suatu berita, maka carilah kenyataannya lebih dahulu (periksalah dengan saksama) supayakamu tidak sampai mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui sebenarnya;(Surah Hujurat ayat 6)

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: