Harga Sebuah Kehidupan

===============================================

Seorang anggota polis dan bayinya berusia setahun terbunuh dalam nahas di Perak

2011/07/28

KERIAN: Seorang anggota polis dan bayinya berusia setahun antara empat terbunuh dalam kemalangan sebuah bas dan treler di Kilometer 201.5 arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 12.25 malam tadi.

Treler berkenaan dari arah selatan terbabas lalu melanggar pembahagi di tengag jalan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan mengakibatkan pemandu dan kelindan treler berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang penumpang bas ekspres iaitu anggota polis, Konstabel Abdul Shahrer Abu Hassan meninggal dunia di tempat kejadian dan anaknya berumur setahun setengah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Anggota polis itu bertugas di Simpang Renggam.

Pemandu bas dan isteri anggota polis berkenaan parah dan menerima rawatan di Hospital Taiping.

=========================================================================

Walaupun berita tersebut seperti biasa sahaja, kerana ianya tidak langsung berkaitan dengan kita

Tetapi ianya amat menyayat hati jika berita sekecil ini dapat difikirkan dari segi amat bertuahnya kita yang akan dapat berpeluang untuk menyambung Ramadhan kali ini iaitu bermula isnin ini.

Pada waktu ini, kita sebagai umat Islam, amat berharap dapat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia dengan pahala yang berlipat ganda, dan kalau boleh tidak mahu Ramadhan itu meninggalkan kita.

Bagi yang banyak membuat amat ibadat, Ramadhan amat ditunggu-tunggu kerana mereka amat bersedia menyambut Ramadhan dengan penuh ketakwaan kepada Allah.

Saya tersentuh hati kerana mungkin betapa kecilnya ibadat yang saya lakukan untuk mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Saya juga terkenang adakah saya akan improve amat ibadat saya pada Ramadhan kali ini? Adakah akan mengubah gaya hidup saya selepas ini. Maksud saya kepada seorang yang lebih bertakwa kepada Allah S.W.T.? Semua persoalan ini muncul dalam minda saya untuk memastikan Ramadhan yang mendatang akan sentiasa meningkatkan keimanan saya kepada Allah S.W.T.

Seperti dalam berita di atas tadi, motif saya adalah untuk mengajak kita berfikir bertapa tuahnya lagi kita untuk terus hidup dan berbakti kepada Allah S.W.T.

Tapi kita jarang memikirkannya mungkin kerana terlalu sibuk dengan alam dunia ini. Harga sebuah kehidupan di dunia amat bernilai bagi orang yang terlalu sibuk dengan dunia ini. Sedangkan kehidupan ini adalah tidak berkisar mengenai harga di dunia sahaja, bahkan di akhirat.

Mungkin bagi kita, berita ini biasa, langsung tiada kena mengena dengan kita dan sekadar kita merasai kasihan. Tetapi jika didalami sedalam-dalamnya, kita akan berfikir, apakah keluarga yang kita ada ini akan kekal selama-lamanya?Adakah kita juga akan kekal selama-lamanya? Apa yang kita buat setakat ini? Apa yang kita buat kepada masyarakat setakat ini?Adakah semata-mata kepentingan diri kita dan keluarga sahaja? Bukankah jika Allah S.W.T. menurunkan bala itu, ianya akan terkena masyarakat itu.

Oleh itu, marilah kita saling ingat mengingati. Tidak perlu berdendam dan membenci antara satu sama lain.

berbaiklah dan kembalikan semangat persaudaraan sesama Islam kita.

Harga sebuah kehidupan ini tidak dapat dinilaikan oleh kita. Ianya terlalu unik dan hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Rahmat Allah adalah terlalu besar. Tidak terkejar kita mungkin oleh kita untuk kita mengsyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. sebab ianya terlalu hebat. Apa yang kita boleh buat, sentiasa patuh perintah Allah S.W.T. Dialah yang menurunkan segala rahmat dan nikmat ini.

Sekian.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada isteri saya dan keluarga-keluarga, kepada guru-guru saya, rakan-rakan saya, dan seluruh umat Islam. 🙂

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: