Assalammualaikum,

Di hari jumaat ini, saya hanya hendak berbicara mengenai hukuman yang dikenakan di dunia ini.

Adapun kita sebenarnya patut bersyukur sekiranya kita menyedari kesilapan kita secara sengaja atau tidak sengaja dan dihukum oleh pihak berwajib.

Ini kerana ianya pasti akan meninggalkan satu peringatan agar kita insaf dan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Bagaimana jika kita tidak sempat bertaubat atau pun dunia tidak mengetahui apa yang kita lakukan itu adalah salah?

Pasti seseorang itu secara sengaja atau tidak meneruskan aktiviti atau perkara yang salah tersebut. Ada orang yang benar-benar tidak tahu dan daif membuat perkara yang dilarang. Akibat daripada ilmu yang tidak cukup dan masyarakat sekeliling kurang bercampur dengannya. Jika mereka ini tidak diketahui perkara salah tersebut, pastinya masyarakat sekeliling juga akan dihukum kerana tidak menyedarkan mereka ini.

Tindakan atau hukuman di dunia sedikit sebanyak akan menyedarkan kita. Mungkin ianya lebih daripada orang yang tidak sedar dan bijak menghukum sahaja. Hati perlulah merasa sangat tenang jika kita dihukum di dunia ini kerana at least kita tahu yang kita salah dan berusaha ke arah kebaikan dan InsyaAllah, pasti menjadi lebih baik daripada individu lain yang langsung tidak dikenakan hukuman.

Pastinya hukuman di dunia itu tidak setanding dengan diakhirat. Jika kita sudah meninggal dunia, pasti hukuman tersebut lebih berat di akhirat. Oleh itu, Allah memberi peluang sebenarnya kepada kita untuk menjadi seikhlas mungkin setelah menyedari kesilapan dan hukuman yang dikenakan.

Kita bukanlah manusia yang 100% tidak bersalah di dunia ini. Peraturan dunia sahaja yang menetapkan demikian. Contohnya jika mahasiswa sepatutnya bebas berbicara atau kakitangan awam bebas mengutarakan pendapat di akhbar-akhbar, pastinya keadaan akan menjadi lain. Tetapi sekatan telah dibina untuk memastikan pihak yang mengadakan sekatan ini memiliki imej yang baik walaupun ada perkara buruk telah berlaku dan kita hendak membaikinya. Tetapi apakan daya apabila sekumpulan kecil sahaja manusia yang cuba memberitahu perkara sebenar dan membetulkan perkara tersebut dari dalam organisasi tidak berjaya. Oleh itu, sekumpulan kecil manusia ini tidak ada saluran lain untuk membetulkan keadaan kerana di”tidakkan” di dalam organisasi itu.

Bagi saya, saya merasakan setiap kesilapan itu ada hikmahnya dan menjadikan orang itu jadi lebih baik dari orang yang menghukum dan menilainya. Asalkan mengakui kesilapan itu dan meneruskan hidup, pasti menjadi lebih baik. Biarpun kita lebih mengetahui keadaan sekeliling berbanding orang lain tetapi kita dihukum, adalah lebih baik kita dihukum daripada kita dibiarkan membuat kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja.

Waallahualam,

 

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s