Mac versus PC versi August 2011

Assalammualaikum,

Kali ini saya selaku pengguna kepada kedua-dua jenis komputer, ingin membuat beberapa perbandingan dari kaca mata saya sebagai seorang pengguna

Saya merupakan pengguna PC yang telah lama juga iaitu daripada tahun akhir tahun 1980-an (area 1988 – 1989) lagi sewaktu arwah ayah saya membelikan komputer untuk dimainkan oleh saya dan abang saya. Ketika itu juga Windows 3.1 dilancarkan pada tahun 1992/1993 dan saya rasa komputer saya dipasang dengan software original Windows 3.1. Kemudiannya, komputer tersebut dibiarkan tidak bersentuh untuk beberapa ketika bermula tahun 1994 hingga 1997 (dalam 3,4 tahun) sebelum dibaik pulih dan mula menggunakan kembali PC. Saya juga belajar mengformat komputer Windows 98 pada area tingkatan 1 atau 2 (1998-1999) di mana ketika itu perlu menggunakan kaedah DOS untuk format dan juga pasang Windows 98. Kemudian bermula pula era Windows ME, dan Windows Xp dimana Windows XP merupakan windows yang paling lama bertapak iaitu sehingga sekarang saya rasa masih relevan untuk sesetengah syarikat dan juga individu (saya tidak lagi menggunakannya). WIndows Vista yang keluar pada era 2006 juga tidak mampu melawan Windows Xp kerana Windows Vista tidak stabil dan agak kelam kabut juga sistemnya. Sehinggalah tahun 2009, saya mula bertukar kepada Windows 7. Hampir dua dekad juga saya hidup bersama Windows sebelum pada tahun 2010, saya akhirnya bermula menggunakan Macbook Pro.

Kini, hampir satu tahun saya menggunakan MAC OS dan juga Windows 7. Terdapat pelbagai kelebihan dan kelemahan untuk kedua-duanya. Saya suka untuk tidak menyebut keburukan kerana anda tidak boleh ingat anda perfect sangat. Kalau anda kutuk pergilah jadi programmer untuk Mac OS tersebut atau Windows tersebut. Anda akan tahu betapa susahnya untuk manusia develop perisian untuk kemudahan anda. Tidak perlu mengutuk antara satu-sama lain. Tetapi anggapnya sebagai satu kelemahan dan bukan keburukan. Keburukan adalah sesuatu yang tidak elok dan juga amat mendukacitakan. Contoh keburukan adalah memakan dan meminum di dalam bulan puasa tanpa sebab yang jelas. Oleh itu jangan ditiru orang tersebut dan jauhi dari perkara-perkara tersebut. Itu baru keburukan. Sebaliknya untuk dunia software ini, saya mengatakan ianya kelemahan dan bukan keburukan. Mungkin software ada juga keburukan tetapi keburukan tersebut jika software tersebut tidak bermanfaat contohnya game yang menghina agama dan sebagainya. Maka itu boleh dianggap sebagai keburukan. Jadi, saya tidak akan mengatakan mengenai keburukan MAC OS dan Windows OS, tetapi kelebihan dan juga kelemahannya sahaja. Keburukan terserah kepada individu.

Windows OS, sememangnnya Windows OS perlu diformat setiap hampir setiap 6 bulan kerana ianya akan menyebabkan komputer anda tetap hang pada masa hadapan. Saya masih tidak faham kenapa Windows OS akan terjadinya perkara seperti Blue Screen, tiba-tiba hang tanpa sebab, dan masalah CTRL + ALT + DEL yang tidak mampu memadamkan perisian yang tersangkut. Mungkin disebabkan memory managementnya yang tidak stabil dan masih perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Dan Windows OS juga terkenal dengan pelbagai variasinya iaitu dari Home User kepada Ultimate User. Terserah kepada anda ingin membeli yang mana satu bergantung kepada duit yang anda ada.

Untuk MAC OS pula, ianya jarang untuk tersangkut dan masih tidak perlu diformat setakat ini. Setakat hampir 1 tahun ini, hanya 2,3 kali sahaja ianya hang, itu pun disebabkan perisian yang digunakan tidak compatible kerana ingin menggunakan juga perisian untuk Windows untuk MAC. Walaupun developer ini membuat perisian khas untuk MAC contohnya Microsoft Office 2008 untuk MAC, tetapi ianya masih tidak sesuai lagi. Tetapi dengan Microsoft Office 2011, setakat ini tiada masalah yang berlaku. Firefox juga tidak compatible sangat dengan MAC OS, tetapi Safari langsung tidak mendatangkan masalah. Pendek kata, hanya perisian yang dikemukakan oleh pihak luar MAC OS sahaja menyebabkan ianya hang. Ini tidak terjadi kepada perisian Windows OS. Walaupun kedua-duanya dari Microsoft (Windows OS dan Microsoft Office), tetapi tetap hang  apabila satu ketika itu. Maka jika tidak ada fungsi autosave, maka habislah dokumen anda tidak dapat diselamatkan.

Selain itu, MAC OS juga ada mempunyai fungsi Force Quit yang amat kuat berbanding CTRL + ALT + DEL oleh Windows OS. Saya langsung tiada masalah apabila menggunakan Force Quit. Berbanding CTRL + ALT + DEL oleh Windows OS, ianya lemah untuk bertindak dan tetap tidak dapat berbuat apa-apa melainkan reset sahaja komputer anda.

MAC OS juga mempunyai kecepatan dari segi boot time dan juga shut down time berbanding Windows OS. Walaupun telah setahun, tetapi MAC OS masih lagi cepat berbanding WIndows OS.

Bila sebut perihal update pula, Windows OS merupakan champion kerana hampir setiap minggu pasti akan ada update notification jika anda tidak disablenya dan update secara manual. MAC OS hanya perlu diupdate sebulan sekali jika mahu dan ini tidak mengganggu anda.

Antivirus? Anda tidak perlu risau kerana MAC OS tidak memerlukan perisian anti virus kerana sistem yang digunakan berlainan berbanding Windows OS yang memerlukan antivirus untuk melawan virus-virus yang ada. Sebagai contoh, sekiranya pendrive anda mempunyai virus yang hebat dan dicucuk kedalam MAC, ianya boleh di delete terus tanpa segan silu kerana ianya tidak dapat bersembunyi dari pengguna MAC. Ianya juga tidak aktif.

Sistem navigasi MAC OS juga lebih hebat berbanding Windows OS kerana mousepad yang digunakan support multi-touch sama seperti Iphone dan juga Ipad.

Saya juga mengakui yang perisian Windows OS mempunyai banyak perisian untuk industri-industri dan syarikat-syarikat untuk membuat penyelidikan dan sebagainya. Saya juga menggunakan Windows OS untuk memasang MIcrosoft Visual Studio 2010 Ultimate untuk kerja-kerja penyelidikan saya berkaitan bidang 3D. Setiap komputer yang dipasang Windows OS boleh di upgrade dengan senang hati. Contohnya, menambah graphic card untuk support dual GPU card dan juga tambah bilangan RAM. Anda tidak boleh membeli barang-barang Apple untuk komputer MAC anda disebarangan kedai berbanding komputer biasa yang boleh dicari di mana-mana kedai komputer serata dunia dan sekejap sahaja boleh pasang WIndows OS (minta tukang kedai pasangkan).

 

Cadangan:-

Milikilah kedua-dua MAC OS dan juga Windows OS. Macbook Pro yang saya ada ini sangat efficient dari segi penggunaan baterinya berbanding yang memasang Windows OS untuk notebook anda. Belilah Macbook Pro satu dan rasai kelainannya. PC juga penting untuk kerja-kerja penyelidikan dan sesuai diletakkan sebagai dekstop.

Kesimpulannya

1 Macbook Pro untuk presentation dan dibawa kemana-mana

1 PC untuk bermain game yang hebat2 di rumah dan juga melakukan penyelidikan tahap tinggi.

Kosnya = PC = RM2000 dan Macbook Pro = RM3500 . Maka sediakan RM5500 ke Rm6000 untuk semuanya.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: