Assalammualaikum,

Kali ini saya lebih suka berbicara mengenai perihal berkaitan orang-orang tua yang diabaikan tanggungjawabnya oleh anak-anak mereka. Sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang berlaku apabila kita dewasa kelak dan bekerja dan berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi sepatutnya mereka ini sebagai ibubapa seharusnya kita sayangi mereka dan menolong mereka yang dalam kesusahan.

JOHOR BAHRU: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, 66, di sini, semalam.

Baca berita selanjutnya di -> http://www.hmetro.com.my/articles/Disisihanak/Article/artikelMA

Diatas merupakan petikan akhbar metro yang berkisar mengenai kisah orang-orang tua yang dalam kesusahan. Sebenarnya, kita tidak tahu bila kita akan menemui ajal dan sebagainya. Oleh itu, untuk tidak memastikan suami atau isteri hidup susah, pastikan anda mempunyai simpanan atau apa jenis kewangan yang menjamin masa depan mereka kelak. Bagi sesetengah ibubapa, mereka telah pun mempunyai harta dan lebih kaya berbanding anak-anak mereka. Tidak dinafikan mereka ini bertuah kerana dikurniakan umur yang panjang dan seterusnya mempunyai rumah tetap yang besar, pencen yang agak besar untuk menyara keluarga biarpun salah seorang telah meninggal dunia dan sebagainya.

berbalik kepada cerita di atas, sememangnya kita tidak tahu fakta-fakta lain yang menyebabkan kehidupan warga emas tersebut tunggang terbalik. Tetapi berdasarkan sekadar berita yang diperoleh, kita dapat tahu anak-anak warga emas tersebut tidak mahu menjaga kerana dianggap beban tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Selain itu, terdapat juga anak warga emas terbabit yang telah keluar negara dan tinggal di sana.

Sebenarnya, jika ada masalah sebegini, sudah pastikan ramai lagi orang mempunyai masalah yang sama seperti ini bahkan mungkin lebih teruk lagi. Pelik juga, dibesarkan dan dididikan dengan penuh kasih sayang tetapi akhirnya kedua-dua anak terbabit hilang begitu sahaja. Tetapi ada yang dibesarkan dan dididikan dengan penuh kasih sayang juga tetapi anak-anak tetap menjaga dan menyayangi ibubapa mereka. Apakah yang telah terjadi?

Ini sebenarnya merupakan ujian buat ibubapa dan juga anak2. Mungkin pada masa silam, si ibu atau si bapa sedikit sebanyak beperangai juga seperti mereka dahulu, tidak mempedulikan ibubapa dan akhirnya dibalas juga anak-anak mereka tidak mempedulikan mereka. Ketahuilah sifat ibubapa tersebut akan meresap dalam jiwa anak-anak. Apa yang boleh kita buat adalah perbetulkan dari saat sekarang juga dan bukan dengan memperbetulkan anak-anak.Tetapi diri kita dahulu diperbetulkan.

Anak-anak juga seharunya tidak boleh bersifat seperti begitu. Mereka patut tahu betapa dosanya menderhakai ibubapa dan membiarkan ibu mereka sebegitu. Ini menyebabkan dosa berantai dimana ianya akan diteruskan dari generasi ke generasi. Percayalah, jika anak-anak ini mempunyai anak-anak kecil juga, peratusan besar mereka berperangai seperti anak-anak yang menderhakai ibubapa ini juga sama.

Oleh itu, berbincanglah dengan sempurna dan masing-masing saling memaaf antara satu sama lain. Terdapat banyak perkara lain yang menjadi penyebab situasi ini. Ada yang dibesarkan dengan tidak betul tetapi akhirnya anak tersebut yang menjaga dengan baik ibu dan bapanya walaupun dibenci sewaktu kecil. Ada yang dibesarkan dengan kasih sayang tetapi akhirnya anak menderhakai ibubapanya. Apakah sebabnya? Elemen Islam tidak cukupkah diserapkan dalam diri anak-anak tersebut? Adakah didikan itu ikhlas ataupun bertujuaan memaksa?Iman tidak dapat diwarisi, tetapi iman dapat ditanamkan dalam diri. Bagaimana dengan soal anak-anak yang dibesarkan dengan penuh keislaman tetapi akhirnya menjadi murtad (ada berita seperti ini dahulu). Apakah yang berlaku sebenarnya? Ini merupakan satu ujian dari Allah. Lagi tinggi ketakwaan kita, lagi besar ujianNya. Lagi besar ujianNya, lagi tinggi darjat pahalanya. Apabila tiba satu peringkat kita sabar menghadapi dugaan ini. percayalah sudah pasti Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang terbaik buat kita.

Semoga pendapat ini dapat difikirkan bersama di bulan Ramadhan ini. Waallahualam. Maaf atas segala ketidakfahaman atau kesalahan kata-kata.

Sunday, August-07-2011, 9.41 am – KL

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s