Assalammualaikum,
Kali ini saya suka berbicara mengenai perihal kehidupan disekeliling kita yang penuh dengan pancaroba dan juga cabaran yang mendatang.
Manusia biasalah apabila melakukan kesilapan, sudah menjadi lumrah untuk kita meminta maaf dan seterusnya kalau boleh memaafkan seseorang tersebut atas kesilapannya. Walaupun tidak ramai yang bersifat seperti demikian, tetapi apalah salahnya kita sering memaafkan serta melupakan apa yang berlaku dan sterusnya dijadikan tauladan untuk kita jauhi.
Dalam soal teguran misalnya, tidak boleh kita terus menegur secara kurang sopan jika individu terbabit melakukan sesuatu yang tersilap. Kes yang dimaksudkan ini adalah seperti kita tersilap taip sesuatu dokumen, terlupa memasukkan sesuatu isi atau terlupa dengan tidak sengaja untuk membawa barang yang dimaksudkan, dan lain-lain lagi. Contohnya pada zaman Nabi Muhammad S.A.W., Baginda sanggup datang melawat dan menziarah jirannya yang sakit, walaupun jiran tersebut membaling najis kepada Nabi ketika sihat. Ini menunjukkan betapa mulianya peribadi Nabi Muhammad S.A.W. walaupun sebegitu sekali. Ini sesuatu yang pasti sangat sukar kita contohi dan kita mesti berazam untuk bersifat demikian sedaya upaya kita.
Selain itu, teguran yang dibuat haruslah kita berikan secara membina dan juga mampu menaikkan semangat pelajar tersebut. Sebagai contoh, kita tidak perlu mendoakan pelajar tersebut yang tidak baik sekiranya mereka mendapat kita sebagai penilai. Siapalah kita satu ketika dahulu. Kita dahulu pun mengharapkan penilai yang baik-baik dan bagus-bagus agar kita tidak susah dan dipermudahkan segala urusan. Jadi apabila kita pula diminta menjadi penilai, berusahalah menjadi penilai yang bagus dan mampu menolong pelajar terbabit dengan membina. Walaupun mungkin pelajar tersebut agak teruk juga hasil presentationnya, kita haruslah memberikan option-option dan pandangan yang membina agar pelajar tersebut dapat memperbaiki keputusan dan present semula dihadapan kita. Tidaklah sekadar kita melepaskan kemarahan begitu sahaja.
Seterusnya, dalam soal kehidupan ini, masalah tersepit antara dua pihak juga menyebabkan kita merasa tertekan dan tidak pasti apa hendak dibuat. Sebagai contoh, anda mungkin diberi kepercayaan oleh pihak A untuk melaksanakan tugas tersebut dan anda berazam menjadi yang terbaik. Tetapi pihak B pula tidak berapa percaya walaupun pihak B membuat keputusan berdasarkan pihak A. Ini menyebabkan anda menjadi tersepit antara dua pihak dan tidak tahu untuk bertindak. Inilah lumrah dunia yang dihadapi. Bagi saya, ianya satu cabaran hidup yang perlu dihadapi dan percayalah, kebenaran akan mengatasi segalanya kelak. Manusia bukanlah penilai yang terbaik. Manusia hanya berpandukan sesuatu negatif untuk membuat keputusan. Bahkan, satu keputusan yang tersilap akan dipandang buruk oleh manusia yang lain walaupun jasa individu terbabit sangat banyak dan tidak pernah diambil kisah oleh individu terbabit. Tetapi, berdasarkan satu kesilapan yang tidak disengajakan pun, akan menyebabkan manusia memandang serong. Itulah sebabnya penagih dadah kembali menagih kerana dipandang hina walaupun telah menjalani hukuman dan insaf. Akibat ketiadaan orang yang menerimanya, maka peratusan untuk terjebak kembali sangatlah tinggi. Inilah dikatakan, jika satu kesilapan pada masa silam, walaupun orang tersebut telah insaf dan kembali menjadi baik sehingga akhir hayatnya, kesilapan itu terus dipandang oleh segelintir manusia yang hanya memandang hina dan serong. Fikirkanlah!, siapalah anda menilai manusia lain berdasarkan kesilapan yang dilakukan hanya sekali dan telah insaf. Allah tidak pernah mendukacitakan anda bahkan memberi peluang bertaubat kepada hambanya walaupun melakukan penghinaan terhadap Allah S.W.T. Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk kepada individu terbabit untuk insaf walaupun masa silamnya sangat terus. Sungguh mulia penilaian Allah kepada hambanya.
Tetapi adakah kita bersifat demikian? Sanggup memberi peluang untuk orang yang insaf dan tidak lagi berbuat demikian? Katakan semasa usia mudanya, person A seorang yang teruk, tetapi akhirnya insaf jua pada usia pertengahannya. Adakah masih terselit rasa dendam dan tidak menerimanya? Satu persoalan yang harus kita tanya diri kita.
Sesungguhnya, saya hanya memberi pandangan dan pendapat berdasarkan ilmu agama yang saya ada. Segala kesilapan amat dikesali dan dipohon kemaafan.
Allahumma inna nas aluka salamatan fid diin, wal afiyatan fil jasad, waziyadatan fil ilmi, wabarakatan fir rizqi, wataubatan qablal maut, warahmatan indal maut, wamaghfiratan ba’dal maut!
1.20 pm. Tuesday. August 09, 2011. Ramadhan 09, 1432