Assalammualaikum,
Setakat ini, kita bersyukur kerana masih lagi dapat menunaikan rukun Islam berpuasa di bulan Ramadhan dengan sihatnya dan rahmatnya. Setiap hari, ada antara kita membaca ayat-ayat Al-Quran dan ini secara tidak langsung amat menenangkan hati kita dalam mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.
Walaupun hari raya hampir dekat, perlu diingatkan juga agar sambutlah dengan penuh ketakwaan dan janganlah dilupakan amal ibadat yang kita lakukan ketika ramadhan ini. Jika sebelum ini kita jarang berjemaah, apalah salahnya start raya nanti, kita akan rajin solat berjemaah. Katakan sebelum ini hanya Mahgrib sahaja berjemaah, maka selepas ini Isyak pula. Samada berjemaah dirumah ataupun berjemaah di surau. Yang penting melakukan solat dengan penuh ketenangan kerana Allah S.W.T. semata-mata.
Saya juga ingin berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan serta seluruh umat Islam, marilah kita mengandakan lagi usaha kita beribadat di malam-malam terakhir Ramadhan 1432 hijrah. InsyaAllah, tahun depan kita berdoa agar berjumpa lagi dengan Ramadhan2 yang akan datang.
Luangkan masa berbicara mengenai hal-hal agama dan elakkan dari aktiviti yang tidak berfaedah. Ingatlah, rezeki itu Allah kurniakan, Bukan bos kita, bukan kawan kita, bukan ibubapa kita, tetapi hanya Allah S.W.T. semata-mata. Kita naik pangkat juga kerana Allah S.W.T. Dapat anak juga kerana Allah S.W.T., dapat bonus juga kerana Allah S.W.T.,
memandangkan Isyak hampir tiba, maka saya akhiri pos saya pada kali ini dengan berpesan kepada diri saya dan anda sekalian sekali lagi, agar mengandakan usaha beribadat kepada Allah S.W.T. dan berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
Amin
Selasa Ogos 23, 2011 – 8.31 pm