National Geographic Wild Channel

Assalammualaikum,

Sebenarnya sewaktu saya dan isteri bersahur, channel yang kami tonton semasa makan tersebut 15-20 minit adalah National Geographic Wild.

Saya mendapati semakin lama atau semakin hari saya melihat rancangan National Geographic ini, saya merasa amat takjub dengan alam semulajadi dan juga makhluk2 bergelar haiwan ciptaan Allah S.W.T. ini berkeliaran di muka bumi ini dengan bebasnya.

Saya juga dalam hati bertanyakan dimananya orang-orang Islam untuk terlibat sama dalam aktiviti meneroka khazanah alam ini. Mungkin ada segelintir yang terlibat tetapi alangkah bagus, jika kita sendiri sebagai umat Islam, cuba meneroka alam ciptaan Allah S.W.T. ini seperti mencipta roket ke bulan, masuk ke hutan2 di dunia ini, mengembara di padang pasir, dan penyelidik-penyelidik menjalankan kajian.

Saya tahu ada antara kita boleh menjinakkan ular, singa, dan sebagainya, tetapi di manakah penyelidik-penyelidik PhD kita untuk sama-sama menjalankan kajian di muka bumi ini dengan turun padang?

Adakah kita mungkin mengambil PhD disebabkan

  1. faktor untuk kenaikan pangkat
  2. kawan semua dah tengah amik, takkan kita tak amik?(jadi trend)
  3. nak dapat gelaran Dr. tu
  4. bangga skit balik kampung cakap ada Dr.
  5. dan lain2 lagi
jadi dimanakah keikhlasan untuk menuntut ilmu dan benar-benar untuk contribute itu ada dalam diri? Tangga ke berapakah agak2 daripada senarai diatas? Saya juga sentiasa memunasabah diri saya agar saya sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu walaupun saya akui saya juga menpunyai elemen2 seperti diatas yang saya sedang hindarkan dan buang terus dalam diri saya. Saya ingin tuntut ilmu disebabkan saya sendiri suka dan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Oleh sebab itu, saya amat berharap sekiranya anda diberi geran dan kepakaran anda cukup tinggi, turunlah padang untuk membuat penyelidikan. Walaupun mungkin bidang kita elektronik tetapi mungkin kita boleh tingkatkan kepada kejuruteraan elektronik dalam laut (underwater). Jadi kita cuba menguji bahan-bahan ekprimen kita untuk kegunaan dasar laut yang sejuk contohnya di Artartika (jika ada budget la) dan lain2 tempat.
Saya juga ingin melatih diri saya agar sentiasa turun padang dan melihat sendiri keadaan sesuatu tempat sebelum divisualizekan dalam bentuk 3D.
Sebagai contoh, mungkin perlunya saya mengambarkan secara maya persekitaran 3D sebuah urban area contohnya di KL. Maka seharusnya saya ada team untuk tangkap gambar dan mendesign secara 3D objek2 tersebut dan memuatkannya ke dalam satu program yang akan load segala objek tersebut dan ada capability untuk navigate through the simulation. Contohnya UCLA telah membangungkan Virtual Los Angeles dan terdapat banyak lagi team yang sama.
Disitu kita lihat, betapa indahnya penyelidikan ini dan berharap semua dapat berganding bahu membangunkan penyelidikan dan komersialisasi dalam Islam.
Waallahualam
Rabu Ogos 24, 2011 – 7.01 am

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: