Ramadhan 28, 1432 Hijrah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kita telah hampir sampai ke penghujung Ramadhan 1432 Hijrah. Disini kita perlu melihat beberapa perkara.

Adakah kita telah memperoleh manfaat sebenar Ramadhan?

Adakah sambutan raya Aidil Fitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran kerana dapat menyelesaikan Ramadhan dengan sempurna dan juga penuh keabadian kepada Allah S.W.T.?

Adakah kita telah berubah kepada insan yang lebih baik setiap kali Ramadhan tiba dalam hidup kita?

Percayakah anda bahawa Ramadhan sering menjanjikan rahmat kepada orang yang menunaikannya dengan penuh kenikmatan dan juga ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Bagi orang-orang yang berjaya mengharungi Ramadhan dengan penuh ketakwaan kepada Allah S.W.T., pastinya Ramadhan yang bakal ditinggalkan ini amat dirasai dan merasa amat pilu. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk beribadat, dan menggandakan ganjaranNya, namun adakah sebahagian dari kita masih lagi tidak insaf dan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja?

Jika sanggup membeli belah sehingga 3,4 pagi di bandar, adakah kita sanggup bangun dan mengerjakan solat dan beribadat kepada Allah S.W.T. sepanjang Ramadhan kali ini?

Saya berdoa agar saya, isteri saya, keluarga2 saya, dan umat Islam sekalian agar dapat sama-sama merenung kembali apakah amalan yang kita telah lakukan sepanjang Ramadhan kali ini.

Selamat Hari Raya AidilFitri.Semoga Allah menerima amalan kita semua. Amin.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: