Kekeluargaan Dahulu Dan Sekarang

Assalammualaikum,

Kali ini, saya hendak berbicara mengenai soal kekeluargaan dahulu dan sekarang di mana ianya amat berlainan sama sekali dari segi cara pengendaliaannya. Walaupun saya baru sahaja berkeluarga dalam beberapa bulan, tetapi ianya melahirkan suatu pemikiran yang dapat difikirkan bersama agar otak kita dapat cerdas berfikir mengenai kebesaran Allah S.W.T. dan kehebatan Islam.

Berbanding masa silam, kebanyakan ibubapa mengamalkan pemakanan secara tradisional untuk menjaga badan berbanding masa sekarang yang banyak menelan pil yang mengandungi kandungan yang dibenarkan. Jika dilihat, pada zaman dahulu, kita dibesarkan dalam keadaan apa yang ibubapa ada pada masa tersebut. Walaupun pada zaman dahulu klinik dan hospital kerajaan telah lama ada. Tetapi dari segi teknologi pharmacy dan juga ubat-ubatan semestinya kurang berbanding pada masa sekarang. Sekarang terdapat banyak penyakit telah ditemui penawarnya dan alhamdulillah perkembangan kesihatan lebih baik berbanding pada zaman ibubapa kita. Semuanya atas pertolongan Allah S.W.T. yang banyak membantu kita untuk memikirkan solution untuk penyakit2 dan melahirkan ramai Doktor2 yang bergerak di landasan Allah S.W.T. Taraf kesihatan makin lama makin menunjukkan peningkatan dan purata umur di Malaysia juga semakin bertambah setiap tahun.

Seterusnya, pada zaman ibubapa kita, tidak terlalu banyak dugaan dan juga cabaran hidup di mana pada ketika itu, masalah sosial juga tidak banyak seperti sekarang. Sekarang dengan pelbagai hiburan yang mudah didapati di Internet, siaran televisyen dan lain-lain media menyebabkan anak-anak sekarang samada dibesarkan dalam keadaan penuh keislaman atau dalam keadaan kebaratan atau terbiar. Ini menyebabkan kewujudan tiga peringkat golongan remaja. Satu yang sememangnya bersifat alim, yang keduanya bersifat sederhanaan dan tahu baik dan buruk suatu perkara. Yang ketiga adalah golongan yang degil dimana mereka ini samada tahu atau tidak tahu, mereka tidak mengendahkannya. Kesemua peringkat golongan ini semakin hari semakin bertambah. Walaupun semakin bertambah ustaz-ustaz kita, tetapi semakin banyak juga kadar jenayah yang berlaku setiap hari. Berbanding pada tahun-tahun sebelumnya iaitu zaman ibubapa kita, Tiada apa yang boleh dibuat sangat kerana ketika itu memiliki televisyen pun memerlukan lesen dan ramai yang tiada televisyen berbanding zaman sekarang yang dianggap satu keperluan hidup.

Zaman dahulu keperluan dari segi duniawi – tempat tinggal, pakaian, makanan & minuman

Zaman sekarang dari segi keperluan duniawi – sama seperti zaman dahulu tetapi ditambah seperti kenderaan, internet, komputer, alat-alat hiburan seperti televisyen, radio, mp3 player dll, handphone, Katil (bukan sekadar tilam sahaja), kamera, junk foods, dan pelbagai lagi.

Ianya dari segi positifnya, dapat kita anggap satu pencapaian bagus yang menunjukkan kita semakin maju dan berjaya tetapi disamping itu menyebabkan peningkatan budaya leka dan mengabaikan perkara-perkara wajid. Contohnya, solat semakin bertangguh, pembaziran bertambah kerana membeli barang yang tidak perlu (kerana hiburan sahaja), dan lain2 lagi.

Selain itu, dari segi harta pusaka pula, kebanyakan ibubapa zaman sekarang tidak sangat mempunyai tanah2 berbanding pada zaman ibubapa kita. Pada zaman mereka (ibubapa kita), tanah berlambak2 dan amat murah. Tapi pada zaman kita ini, tanah dan juga harga rumah amat mahal. Dan rekabentuk rumah juga agak kompleks berbanding zaman ibubapa kita.

Budaya hidup juga telah berubah, wanita berkeluarga juga keluar bekerja untuk menyara kehidupan dan menyebabkan pengambilan pengasuh atau dihantar ke nurseri untuk dijaga kerana ibubapa zaman sekarang sebahagiannya amat sibuk menguruskan kerja mereka. Hanya pada waktu lewat petang hingga ke malam sahaja mereka bersama keluarga dan hujung minggu. Ini merupakan satu cabaran kepada mereka. Bagi saya, saya percaya rezeki itu Allah tentukan dan tidak timbul soal isteri perlu bekerja keras atau tidak. Mungkin ada ramai mengatakan wanita perlu pegang duit sendiri atau sebagai protection jika suami sudah tiada dibumi ini, tetapi alasan itu tidak boleh dijadikan sebagai satu sebab untuk bekerja. Soal rezeki ini Allah tentukan, jika anda bekerja keras sekalipun, jika rezeki anda dan pasangan anda tetap kekurangan wang, maka kuranglah wang tersebut. Tetapi jika ada famili yang suaminya sahaja bekerja dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T., rezekinya mungkin sangat cukup kerana si suami percaya rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. Tidak guna bekerja sehingga larut malam jika tanggungjawab keluarga diabaikan dan anak2 bersikap liar akibat dididikan yang tidak betul. Sebagai contoh, anak2 bermain mercun. Siapakah yang sepatutnya melarang dan memonitoring anak2? pastilah ibubapa.

Zaman sekarang juga menyaksikan walaupun anak telah bekerja kuat, tetapi ibubapa juga yang tetap mempunyai wang yang secukupnya. Mereka tidak perlu membeli Ipad 2, tidak perlu membeli kereta mewah, tetapi kita yang ingin membeli semua itu dan akhirnya duit tidak cukup. Oleh itu, jangan dipersalahkan wang rezeki yang diperoleh tetapi salahkan diri sendiri kerana tidak cerdik menguruskan wang dengan baik.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membina keluarga yang lebih baik dan lebih menjurus ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Sunday September 04, 2011 – 4.42 AM

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: