Assalammualaikum,
Saya sebenarnya merujuk kepada status update oleh rakan facebook saya dan tergerak saya menulis post mengenai perkara tersebut. Topik tersebut adalah dimana Poisson mengatakan ‘Life is good for only two things: to study Mathematics and to teach it.’
Sebagai umat Islam, saya cuba adaptkan pendapat tersebut mengikut fitrah saya sebagai muslim yang sedaya upaya mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Sebenarnya saya juga bukan bersetuju 100% kepada perkara berikut kerana kita tidak tahu apa maksud sebenarnya disebalik pendapat beliau tersebut. Tetapi saya cuba huraikan dari segi maksud perkataan tersebut dari segi Islam (diadaptkan kepada perkara positif). Al-Quran dan Sunnah adalah yang terbaik sekali dan tidak perlu pendapat-pendapat luar melainkan kita boleh adaptasikan untuk meningkatkan kualiti hidup kita.
Dalam kehidupan ini, semuanya adalah kerana Allah S.W.T. dan kita diminta untuk mengejar sebanyak mungkin ganjaran pahala yang diperoleh. Katakan dalam rukun Islam, kita ada lima perkara yang wajib diikuti oleh umat Islam. Jadi sudah tentu jika ada check list adakah kita telah melaksanakan kelima-lima rukun tersebut. Jadi,
Mengucap + Solat + Berpuasa + Membayar Zakat + Menunaikan Haji = Ganjaran Pahala untuk rukun Islam
Tetapi adakah terhenti setakat itu sahaja?
Bukan, sebenarnya banyak elemen lain lagi yang menentukan total ganjaran pahala untuk kita. Kita tidak akan sesekali mengetahu jawapan sebenar kerana Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Ini kerana pahala boleh diperoleh dalam pelbagai cara. Seperti dua orang individu yang berbeza, seorang miskin dan seorang kaya ke masjid, Adakah jumlah pahala mereka sama? Dari tahap keikhlasan niat pun, berbeza-beza pahala. Dalam setiap saf pun, ada pembezaan pahala. Yang hadapan lebih sedikit mungkin pahala dari yang belakang. Tetapi jika yang berada dihadapan main-main sahaja solatnya, yang belakang lebih banyak pahala tersebut. Setiap individu ini berlainan sekali pahalanya yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu.
Sebab itulah kehidupan ini diibaratkan sebagai satu persamaan matematik yang terlampau kompleks yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu jawapannya. Terlalu kompleks hingga tidak akan ada manusia mampu merekabentuk robot yang mampu bergerak dan kelihatan seperti manusia.
Teach It?
Dalam kehidupan ini juga, kita dikehendaki berdakwah dan mengajar kepada orang ramai agar mendekati Islam dan menunaikan perintah Allah S.W.T. Katakan sebelum ini dalam kehidupan seorang budak, budak ini tidak tahu apakah itu puasa. Jadi mereka memulakan puasa pada ramadhan pertama tahun ini dan ini menambah kuantiti dan kualiti pahala mereka. Dalam “persamaan kehidupan ini atau Life Equation” ini, kita telah mengajar kepada seorang budak untuk menambah kualiti dan kuantiti pahala dalam kehidupannya.
Oleh itu, marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti kehidupan kita dan berdoa agar Allah sentiasa menambah pahala yang kita dapat sehinggalah hari kiamat kelak. Walaupun satu hari nanti kita meninggalkan dunia ini, pahala insyaAllah akan terus berjalan kerana sumbangan dan pengajaran kita kepada orang ramai. berganda-ganda banyakknya insyaAllah. Sebab itulah pahala itu terus bergerak sehinggalah hari pembalasan kelak.
Maka, tidak perlu kedekut ilmu, ajarkan segala yang kita tahu dan seikhlas mungkin. Ajar dan didik mengikut cara kita yang difikirkan sesuai. Walaupun ada kadang-kadang contohnya pensyarah tidak memberitahu jawapan atau menyuruh kita mencari sendiri. Ianya sebenarnya mengajar kita mencari sendiri nota dan menjawab persoalan sukar tersebut. Maka, tidak perlulah memarahi atau mendendami pensyarah tersebut. Kita carilah sendiri kerana mungkin pensyarah tersebut berniat untuk anda berdikari dan jika dah abis option, maka barulah bertanya pensyarah tersebut. Pensyarah mengajar apa yang dia tahu dan untuk maklumat selanjutnya, boleh rujuk internet atau sumber2 lain. Yang penting, pensyarah tersebut memang ikhlas mengajar dan dalam hatinya berniat untuk mengajar anak didiknya mencari nota-nota sampingan selain pengajaran dalam kelas. berfikirlah positif dan insyaAllah akan berjaya.
itulah pendapat dari saya,
– September 27, 2011 – 5.35 AM – Tuesday