Assalamualaikum,
Berikut merupakan petikan daripada sebuah website berkaitan ilmu yang kita dapat
”
Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?
..
Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang.” (An-Nisaa, 174)
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, “Apakah Nur itu?”
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu.”
Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu.”
Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh
Allah ke dalam hati seseorang.”
Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.
”
Sumber (Boleh membaca kandungannya lagi di halaman) : http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/
…..
….
Saya sebenarnya tertarik dengan pelbagai cerita tokoh-tokoh Islam yang berjaya di masa silam dan juga tokoh-tokoh Barat seperti Bill Gates, Steve Jobs dan pelbagai lagi tokoh-tokoh yang lain. Saya rasa kagum bila membaca kisah hidup mereka yang saya yakin sebagai orang Islam, saya percaya bahawa setiap sesuatu itu adalah berteraskan daripada Al_Quran dan juga Hadis.
Dalam menuntut ilmu, kita sedar bahawa tetapi terdapat banyak cerdik pandai tetapi sebenarnya kurang pintar tetapi ada juga yang kurang pandai tetapi sangat pintar. Cerdik dan Pandai adalah dua perkara yang berbeza sebenarnya dan saya sendiri tidak mampu mengulas panjang lebar kerana ilmu saya berkaitan Bahasa Malaysia yang tidak seberapa.
Cuba anda tengok sekeliling, ada yang dahulunya mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, mendapat Ijazah yang tertinggi, tetapi kehidupan dipenuhi maksiat dan juga ketidakseimbangan. Walaupun mempunyai pangkat yang tinggi-tinggi tetapi anak tetapi tidak memakai tudung bahkan berbangga dengan anak yang masuk AF dan juga pelbagai jenis hiburan yang melalaikan. Membawa kereta mewah dengan berlagak dan juga pelbagai lagi ragam. Saya akui saya sendiri tidak tahu apa masa hadapan saya tetapi saya mempunyai hak untuk memberikan pandangan pada kapasiti saya pada masa sekarang ini.
Saya ingin bercerita kembali kehidupan saya di mana saya sering bermain permainan komputer dan leka. Keputusan peperiksaan saya amat teruk dan mendapat CPA bawah 2.7 untuk 3 semester berturut-turut. Bahkan ada CPA 2.11 pada semester kedua/ketiga(saya tidak ingat) saya semasa pengajian dahulu peringkat Bachelor. Saya bersama rakan-rakan saya juga bermain permainan komputer tersebut sehingga ke subuh (bermula dari selepas Isyak) dan menghabiskan wang yang agak banyak.Saya juga sering menghabiskan duit sehingga dimarahi oleh ayah dan abang saya.
…
Apakah erti kejayaan yang sebenar?
…
Mendapat 4.0 bukan kejayaan anda
Mendapat anugerah terbaik akademik bukan kejayaan anda
Mendapat kerja yang bagus dan gaji yang bagus bukan kejayaan anda
…tetapi erti sebenar adalah…
Kejayaan anda adalah satu target yang anda sentiasa kejar mengikut kemahuan anda.
…
…
Apa jua yang anda mahu didunia ini, samada menjadi seorang ilmuan yang mampu mereka suatu algorithm yang dapat merungkai permasalahan fizik dan matematik atau menjadi seorang penunggang kuda yang sangat bagus, atau menjadi seorang ulama yang dapat memahami kehendak masyarakat dan menjadi pemimpin sebenar masyarakat adalah suatu kejayaan di dunia yang sementara ini. Kejayaan adalah sesuatu yang hanya dapat dikejar dan kejayaan hakiki adalah diakhirat kelak.
Anda gaji besar atau kecil, itu adalah di dunia. Di akhirat kelak, jangan terkejut anda sebenarnya mungkin miskin daripada seorang fakir miskin yang didunia ini. Anda tidak membawa mercedes benz anda dan tanah anda. Anda bawah tubuh badan anda sahaja dan yang lain hanyalah amal jariah yang ikhlas dan ilmu yang ikhlas. Jika anda sampaikan ilmu pun tidak ikhlas, anda tetap juga tidak mendapat apa-apa.
Oleh itu, tidak perlu dipedulikan jika anda mendapat keputusan rendah dalam peperiksaan jika itu yang anda mahu. Anda sebenarnya mahu menjadi seorang yang lain dalam bidang lain tetapi tidak kesampaian kerana ibubapa anda mahu anda masuk universiti juga. Tidak mengapa, penuhi dahulu permintaan ibubapa anda dan cuba sedaya upaya dapatkan keputusan terbaik dan kemudian bagitahulah keluarga anda yang anda telah penuhi permintaan dan tiba masanya anda ingin menceburi bidang yang anda mahu. Dengan syarat bidang tersebut tidak melanggar perintah Allah S.W.T.
Selain itu, masyarakat harus sedar bahawa tidak perlu menyalahkan mereka yang tidak berjaya kerana mereka sudah berusaha. Mungkin disebabkan masa silamnya dan juga kekangan-kekangan lain yang menimpa. Sentiasa berdoa kearah kebaikan akan membantu insan-insan ini.
Nasihat dan pandangan saya
Sekiranya niat anda baik dan anda bertujuaan menjadi seorang insan yang berjaya dalam bidang lain dan mengikut perintah Allah S.W.T., teruskanlah niat anda dan berazam untuk membuktikannya anda akan berjaya. Tiada siapa boleh menghalang. Bayangkan, takkan anda hanya mahu bekerja 8 hingga 5 petang, kemudian balik, hujung minggu jalan-jalan kemudian lakukannya sehingga akhir hayat? Sebaliknya, buatlah sesuatu yang mengembirakan anda setiap hari dan jangan biarkan orang lain menghalang anda untuk mencapai cita-cita anda. Anda ada hak sebagai diri anda menentukan masa hadapan anda. Orang yang akan berjaya sentiasa dicemburi oleh orang yang tidak mahu berjaya. Penuhi cita-cita anda dan jangan takut langsung.
Tidak perlu takut dengan sebarang tekanan dan hadapi semuanya dengan tenang. Jalan yang sukar untuk masa hadapan yang sangat tenang dan gemilang. Biarkan mereka yang ingin hidup tanpa perubahan, tetapi nasihatkanlah mereka untuk mereka terdetik mencapai cita-cita mereka sendiri.
Waallahualam , sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Take It Or Leave It.
Thanks
October 09, 2011 – 8.28 pm