Kepada Pelajar-pelajar ku…

Assalammualaikum,

Ingatlah, tujuan anda datang ke universiti ini adalah untuk mempelajari ilmu tidak kira susah atau senang ilmu tersebut. Niat anda akan memastikan anda berjaya. Saya juga memohon maaf diatas kekurangan saya semasa mengajar dan mungkin menyebabkan markah anda jatuh. Tetapi, manusia mana yang sempurna. Saya sedaya upaya dengan harapan memastikan anda mendapat A kesemuanya tetapi itu mustahil kerana pada lazimnya, perkara itu tidak wujud dalam kelas biasa melainkan saya bagi sahaja semua A tanpa peperiksaan. Oleh sebab itu, timbullah idea peperiksaan di mana ianya sebagai satu pengukur tahap ilmu anda. Cuba bayangkan,

Seorang pengajar yang sama, dan anda pula adalah pelajar. Terdapat ramai pelajar.

Kemudian kenapa berbeza markah? Adakah anda yakin ada yang benar-benar terrer? Anda yakin anda sebenarnya tidak mampu?

Sebab itulah, Allah menyuruh kita berdoa dan berdoa. Bayangkan anda sangat terrer tetapi pada peperiksaan akhir anda deman panas pada ketika anda menduduki peperiksaan tersebut atau tiba-tiba terus blank dan tidak dapat buat apa-apa? Anda terrer atau tidak terrer sama sahaja, kerana Allah menentukan anda dapat menduduki peperiksaan tersebut atau tidak. bersyukur anda dapat menduduki peperiksaan kerana membuktikan anda masih wujud di dunia ini untuk menilai diri anda. Paling kurang, bersyukur dapat hadir kerana anda telah menghormati majlis ilmu. Anda tidak datang ke dewan peperiksaan untuk sekadar jawab kertas, tetapi anda sebenarnya beribadat kepada Allah S.W.T.

Anda sendiri perlu berusaha keras. Tiada jalan pintas di dunia ini. Segala jalan pintas hanyalah tidak kekal. Tengok sajalah yang berlaku kepada rakan kepada rakan saya sendiri, dimana pada awalnya kaya raya kerana terlibat dalam Multi-Level Marketing (MLM) sebuah produk. Memiliki BMW dna rumah mewah tetapi akhirnya tetap kecundang dan pakai kereta Kancil sahaja sekarang (setakat diberitahu oleh saya). Ini kisah benar. Oleh itu, segala kekayaan dan juga ilmu perlu mengharungi susah payah, dan disertakan (wajib) doa kepada Allah dan setelah mendapat kejayaan dan kekayaan tersebut, perlu juga berdoa mengharap kesyukuran dan juga kerahmatan dan keredhaan Allah S.W.T.

Kepada yang failed dan tidak berjaya, munasabah diri anda, saya telah menolong anda sebanyak-banyak mungkin tetapi itulah keputusannya. Pokoknya, anda sendiri yang berlaku kepada berlaku zalim kepada diri anda sendiri sebab membiarkan diri anda tidak berusaha dan tidak berdoa kepada Allah S.W.T. Anda harus ingat tujuan anda ke sini adalah untuk menuntut ilmu. Anda menderhaka kepada ibu bapa anda sekiranya anda tidak patuh pada perintah ibu bapa anda untuk menuntut ilmu dengan ikhlas. Menuntut ilmu perlu keikhlasan. Tiada keikhlasan maka jangan diharaplah langsung Allah S.W.T. akan tolong anda kerana kesombongan anda untuk tidak berusaha langsung. Sepatutnya jika ada Kuiz, atau Test, anda hadir, dan tugasan juga dihantar. Anda akan sendiri terkejut betapa banyaknya dosa anda lakukan kerana tidak berusaha. Salahkan diri anda sendiri kerana anda sendiri berlaku zalim kepada diri sendiri. Anda diterima masuk ke universiti disebabkan Allah telah memberi peluang kepada anda untuk menuntut ilmu lebih mendalam, TETAPI INI YANG ANDA BALAS KEPADA ALLAH S.W.T.?!!!!!

Kepada yang berjaya, jangan langsung angkuh dan berdiri megah kerana kejayaan itu hanyalah sementara, Allah hanya menguji anda samada anda riak atau tidak. Anda juga harus menyedarkan rakan-rakan anda yang sedang diulit mimpin agar sedar dari imbauan dunia. Dunia ini penuh penipuan, jika anda tetipu dengan keputusan yang sementara ini, maka habislah amalan-amalan anda tidak langsung mendatangkan pahala. Tolong sesama umat dan jangan biarkan mereka lalai. Anda tidak boleh kata “Aku dah cakap dah cukuplah, dah lepas dah”, anda harus juga berhempas pulas mengubah rakan anda dan berdoa agar rakan anda berubah. Dakwah adalah sehingga kita meninggal dunia kelak dan akan disambung oleh orang lain pula. Tiada perkataan berhenti dalam kamus peribadi seorang mukmim.

Nasihat saya, jadilah mukmin yang sejati dan seorang pekerja yang berwibawa. Kombinasi Islam dan ilmu anda menjadikan diri anda seorang pejuang Islam yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. Dunia ini hanyalah sementara, manfaatkannya dan jauhilah perkara yang melekakan.

Sekadar nasihat dari saya. Waallahualam,

October 15, 2011 – 4.35 petang – Sabtu

Published by razorjr

Research and Academician

One thought on “Kepada Pelajar-pelajar ku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: