Assalammualaikum,
Maaf ya, kali ini banyak pula entry makan yang saya postkan. Tapi semangat memakan saya memang sedang membara sekarang ini. TIdak mengapa, mari kita kongsi bersama apa yang saya makan pada hari ini.
Ini merupakan kerang bakar yang agak panas untuk dikeluarkan isinya pada saat selepas ia masak dan dihidangkan kepada kami Tetapi sedap juga rasanya. Masih ada lagi dekat rumah kerana tidak dapat menghabiskannya semasa makan di Umbai.
Harga RM6++
Ikan Cencaru Bakar yang amat lazat dan dicecah bersama-sama sosnya
Harga RM5++
Dua ekor sotong yang besar dikorbankan dan dijadikan Sotong Goreng Tepung. Tak habis juga tapi bawak balik ke rumah bungkus. Harga RM15++
Pelik juga ikan siakap ini. Pesan 3 rasa tetapi rasa macam sweet sour aje rasanya. Sebab dengan jelas mereka kata ini Ikan Siakap Tiga Rasa. Harga RM25.00++
Dicampur dengan dua nasi berharga RM2++ dan air
Itulah makanan kami pada hari ini. Pada paginya memakan roti canai 4 keping dan skip makan tengahhari sebab kenyang sangat makan roti canai sampai 4 keping.