Assalammualaikum,
Apa yang terjadi pada tahun 2001 hingga 2011 merupakan suatu yang di luar dugaan kita sebagai manusia di muka bumi ini.
Tsunami – Di Acheh pada 2004 dan di Jepun pada 2011
Ribut Taufan dibeberapa tempat di dunia ini seperti Taufan Catrina di US dan lain-lain negara
Banjir besar seperti di Kedah dan beberapa negeri lain di Malaysia ini
Gempa Bumi dan juga Letusan Gunung Berapi di beberapa kawasan di dunia ini
…
Apakah yang berlaku sebenarnya?
Mengapa manusia masih lagi bergaduh sana-sini tanpa tujuan dan hanya niat untuk merampas kekayaan di dunia ini?
Mengapakah umat Islam sendiri juga masih berpecah-belah sehinggakan bencana alam turun kepada kita?
Adakah kita masih tidak insaf dengan perbuatan kita?
Apa tanggungjawab pemimpin sebenarnya pada hari ini? dan Apa pula tanggungjawab orang ramai pada hari ini?
Islam menganjurkan kita untuk bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Walaupun hakikatnya amat susah untuk dibentuk tetapi generasi baru boleh membentuknya.
Walaupun seseorang itu siang malam berdoa dan beribadah kepada Allah tetapi jika hubungannya dengan keluarga, dengan jiran dan masyarakat tidak baik, bencana alam tetap turun menimpa kerana kita tidak baik dengan masyarakat.
Islam ini cukup indah, ianya menuntut keserderhanaan di mana kita ada hubungan baik dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Disamping beribadah kepada Allah dan mencari rezeki di dunia ini.
Saya berdoa, suatu hari nanti, Islam akan kembali bersatu dan bergerak atas nama Allah S.W.T.
InsyaAllah
December 03, 2011 – 10.31 pm – saturday