Assalammualaikum,
Hari ini saya telah berjogging sekadar 3.75 kilometer sahaja dan setelah sekian lama tidak berjogging (iaitu kira-kira hampir 1 bulan), prestasi saya mungkin menurun sebanyak 30 ke 40%. Walau bagaimanapun, masih ditahap memuaskan. Saya teringat masa dahulu saya berjogging di mana 1 pusingan Buggy Track itu (3.75km) itu saya boleh buat dengan masa yang bagus dan prestasi kaki saya juga bagus. 1 round dirasakan tidak letih bahkan seperti baru berlari 400 meter sahaja. Namun, disebabkan saya terlalu lama “hiatus”, maka saya mengambil langkah untuk kembali bersokan seperti biasa.
Kemudian, saya dan isteri ke Restoran Zubaidah di MITC untuk makan sarapan pagi. Kena RM8.80 untuk satu fresh oren + susu gelas biasa, teh ais 3 layar, roti kosong 1 dan roti tosei garing satu. Kemudian kami ke Mydin membeli barang-barang keperluan.
Dalam pukul 1.40 petang pula, kami bergerak ke kenduri sahabat saya di Kampung Peringgit.
Setelah itu kami bergerak ke AEON Bandaraya Melaka dan pulang ke rumah selepas itu
Gambar:-
Kelihatan pengantin lelaki nun jauh di sana.
Pokok di AEON
AEON mendapat anugerah
Disini juga ada ice skating(tapi pakai selipar aje diorang ni)