Assalammualaikum,
Sungguh kesian melihat anak-anak orang Islam dibesarkan dalam keadaan meminati hiburan berunsurkan kemaksiatan berbanding mengenal dan membaca Al-Quran serta mengenal Rasul-rasul dan tokoh2 ulama
Sungguh kesian melihat anak-anak orang Islam dibesarkan dalam keadaan jahil dengan tidak diberi penerangan atau diberi pendedahan yang terlalu sedikit mengenai hukum-hakam Allah menyebabkan mereka apabila besar kelak mempersendakan hukum Allah.
Sungguh kesian melihat anak-anak muda Islam tahu menyanyikan lagu hiburan berunsurkan kemaksiatan berbanding memperdengarkan bacaan Al-Quran yang merdu
Sungguh kesian juga melihat anak-anak muda Islam hanya melepak dan tidak dapat memenuhi masjid berbanding pusat-pusat hiburan.
Sungguh kesian yang anak-anak muda Islam yang tidak mendoakan kedua-ibubapanya yang telah lama meninggalkan dunia akibat kesibukan dunia
Sungguh kesian melihat anak-anak muda Islam dibesarkan dengan keadaan ibubapa mereka terlibat dalam pendapatan haram dan mereka terpaksa makan makanan haram terbabit. AKibatnya anak tersebut membesar dan menjadi rosak akhlaknya
Sungguh kesian generasi anak-anak muda masa akan datang jika mereka tergolong dalam golongan seperti ini. Mereka sepatutnya menjadi wira Islam tetapi akibat didikan yang tidak betul, majoritinya menjadi tidak seperti yang Islam harapkan.
Waallahualam.
betul tu..sbb dasar kerajaan kita yang x betul..inilah jadinya..
baru2 ni saya ada terjumpa satu video ni.. yang telah hina Islam oleh orang Islam sndri.. sgt memalukan ada dalam kalangan kita orang seperti ini… bukan shj hina Islam..tapi hina rakyat Kelantan…hina orang Islam sendiri…menjatuhkan orang Islam sendiri… saya sgt kecewa tgk video tu… kalau nak tgk, ni link video tu…
link inilah menyebabkan saya menulis artikel ini. Mereka ini tidak didedahkan dan dibesarkan dalam suasana Islam yang betul. Akibat dasar Barat. Memang kesian.