Assalammualaikum,
Pada petang tadi saya keluar membeli rojak dari seorang pakcik yang meniaga menggunakan basikalnya.
Saya terfikir, betapa beliau tidak perlu mempunyai perasaan marah di jalan raya kerana kita yang ada kereta ini kadang-kadang merasa marah dengan kereta di belakang, kereta di hadapan, kereta di kiri atau kanan jalan raya. Ketika kita membawa kelajuan biasa, ada sahaja yang hendak memotong sambil mendekatkan kereta dengan kita. Ketika kita membawa laju, ada sahaja yang membawa perlahan di hadapan. Ketika membawa dengan seronoknya, tiba-tiba ada yang mengikut laluan kecemasan. Ini dugaan orang yang membawa kereta, jika tidak, akan hilanglah mood ketika memandu.
Pakcik yang berniaga menggunakan basikat tersebut tidak perlu risau dihon dan sebagainya. Apa yang penting beliau tahu yang semua pemandu perlu faham yang dia perlahan. Jadi, dia tidak perlu bersaing dengan peniaga yang menggunakan basikal ketika hendak berniaga. Dia hanya perlu kayuh perlahan-lahan dan insyaAllah akan ada orang yang memberi ruang untuknya bergerak. Hanya pemandu kereta yang bongkak dan takbur sahaja akan mempersendakan pakcik ini.
Itulah lumrah zaman sekarang. Sesuatu yang menuju ke pengakhirannya.
Kali ini saya membawa 40 hadis-hadis berkaitan akhir zaman. Semoga bermanfaat.
Antaranya:-
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Umat
ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat
bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab,
“Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
(Riwayat Hakim)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; “Bersegeralah kamu
beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang
sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang
dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di
waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual
agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.” (Riwayat Muslim)
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;
“Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak
dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh
menjadi imam”. (Riwayat Ibnu Majah)
Download – 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman