Isu gaji dan rezeki anda

Assalammualaikum,

Saya bukan ingin bercerita panjang mengenai apa yang berlaku pada keadaan sekarang tetapi adalah untuk memberitahu matlamat sebenar kita bekerja dan juga mencari rezeki di dunia yang sementara ini.

Seperti yang kita sedia maklum, skim SBPA adalah skim baru yang diperkenalkan kerajaan. Bagi saya, ianya saya nampak suatu pembaharuan yang saya kira sebagai transformasi kepada sesuatu yang mencerminkan nilai kehidupan kita ini.

Rata-rata ada yang tidak berpuas hati kerana gaji yang mereka dapat hanya sedikit naiknya berbanding yang pangkat JUSA atau yang 52 atau 54 terutamanya dalam bidang pensyarah universiti. Ada juga yang terkilan kerana gaji senior sama dengan gaji junior walaupun beza dua tahun.

Pada saya, ini tidak menjadi masalah jika kita fikir kita juga naik gaji dan orang yang seangkatan dengan kita (sejabatan) juga naik gaji. Walaupun mereka mungkin junior daripada kita. Yang penting kita patut bersyukur kerana mereka tidak perlu mengharungi keperitan yang kita lalui dahulu. Ianya sama seperti ktia memudahkan laluan mereka.

Tanya diri anda, adakah anda ingin membenarkan diri anak-anak anda merasa susah seperti apa yang anda rasa dahulu. Walaupun mungkin anda ingin mendidik mereka agar merasa kesusahan sama seperti anda dahulu, tetapi rasa sedikit sebanyak ingin memberi mereka kesenangan hidup juga walaupun sedikit.

Kita tidak perlu iri hati dengan mereka yang junior kerana mereka juga sejabatan dengan kita. Jika kita mendidik hati kita untuk berkata macam-macam kepada mereka, maka apa akan terjadi kelak dalam semangat kerjasama di dalam jabatan nanti? Adakah kita akan membenci mereka selama-lamanya atau tidak bertegur sapa?

Biarlah mereka, kita tukarkan kepada pandangan positif. Bandingkan diri kita dengan orang yang diatas kita. Sentiasa tingkatkan potensi dan bersaing secara baik. Jika anda merasakan gaji anda setaraf dengan mereka dan tidak berpuas hati, maka berlawanlah dengan mereka dari segi ilmu dan tingkatkan prestasi anda agar anda dapat pertingkatkan gaji anda. Tunjukkan performance anda lebih bagus berbanding yang junior. Anda boleh jarakkan sejauh mungkin gaji anda.

Ada juga merasa tidak puas hati gaji Professor naik melampau, tetapi jika difikirkan balik, mereka ini diberi tanggungjawab yang amat besar. Hanya di Malaysia sahaja saya nampak ada sebahagian Professor sekadar lepas tangan dan menyuruh pelajar menulis E-Science dan juga FRGS untuk kepentingan mereka. Bagi saya, contohilah yang terbaik. Di Eropah ada rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebahagian pensyarah Eropah mempunyai gaji tinggi dan mereka sendiri patut diberi gaji sedemikian kerana mereka yang menghasilkan geran-geran yang bermutu dan menulis paper2 yang bermutu.

Fenomena ini harus diubah. Seorang Professor sepatutnya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Tapi anda tidak perlu risau, Allah akan menilai mereka jika mereka buat sesuatu perkara itu. Yang penting kita sebagai orang biasa, kita cuba pertingkatkan diri kita dan mudahkanlah orang bawah untuk naik ke atas.

Sekadar melontar cadangan dan pendapat. Ingatlah pemberi rezeki mutlak iaitu Allah S.W.T.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: