Isu Pensyarah versus Guru

Assalammualaikum,

Saya kali ini suka untuk menulis perihal pensyarah dan guru. Walaupun saya bukan background guru tetapi setelah 12 tahun mengadap guru maka saya boleh simpulkan saya tahu juga serba sedikit mengenai guru. Maklumlah, hampir semua orang melalui proses yang sama iaitu 6 tahun di bangku sekolah rendah dan 5 tahun di bangku sekolah menengah dan 1 tahun semasa di tadika.

Baiklah

1) Pensyarah dan Guru dari segi siapa yang mereka ajar

Bagi saya, pensyarah mengajar pelajar-pelajar yang sudah boleh dianggap sudah “akil baligh” manakala guru pula mengajar kebanyakan pelajar yang belum “akil baligh” bagi sekolah rendah dan sesetengahnya yang baru diperingkat akil baligh bagi sekolah menengah. Oleh itu, dari segi cabaran, adalah membentuk sahsiah pelajar-pelajar ini dari awal dan seperti yang kita tahu, mereka ini berada diperingkat awal remaja dan masih tercari-cari lampu kehidupan mereka. Itu bagi yang sekolah menengah, bagi yang diperingkat sekolah rendah pula, pelbagai kerenah terpaksa dihadapi oleh guru dan oleh sebab itulah bagi saya guru sememangnya aktif dalam membela nasib-nasib guru yang seangkatan.

Pensyarah lebih kepada mengajar pelajar-pelajar yang sudah boleh dianggap hampir matang dari segi pemikirannya dan fokus adalah membentuk pemikiran secara berdikari dan berdiri teguh di dalam kasut sendiri. Mereka akan diajar agar tidak terbawa-bawa pendekatan semasa di alam persekolahan kerana ianya tidak sama.

2) Dari segi gaji

Sememangnya, ada gaji guru dikatakan lebih tinggi daripada gaji pensyarah, tetapi harus diingatkan bahawa peluang kenaikan gaji bagi pensyarah lebih tinggi daripada gaji guru. JIka anda terus sambung ke peringkat PhD, anda keluar anda boleh mendapat gaji sebanyak RM6000++ (gaji pokok tambah elaun mengikut SBPA) permulaan gaji Pensyarah Kanan di sesetengah instituisi. Ada yang perlu menunggu sehingga disahkan jawatan terlebih dahulu. Tetapi tidak mengapa kerana disaat anda telah tamat PhD dan disahkan jawatan (dengan syarat mengambil Degree-Master-PhD straight) anda baru berumur dalam 29 ke 30 tahun (ada rakan saya ada PhD umur 28/29 dan bahkan 27).

Kemudian anda boleh mengumpul point2 tertentu dan dalam masa 5 ke 6 tahun jika aktif research secara kadaran normal juga boleh mendapat Professor Madya dengan jumlah gaji menghampiri RM10,000 mengikut SBPA (kemungkinan umur anda semasa itu adalah 35 ke 36 tahun). Dan jika anda bekerja keras lagi maka boleh mendapat Professor sebelum umur 45 tahun dengan gaji permulaan RM12,000 (belum ditambah elaun lagi). Itu belum ditambah duit-duit consultancy yang akan anda dapat dan juga sering mendapat jemputan untuk memberi talk dan sebagainya.

Jadi yang penting anda perlu tunjukkan diri anda itu pensyarah yang berkebolehan dan bukan sekadar hanya mengambil degree kemudian master sahaja. Sambung sehingga PhD dan mantapkan skill anda. Ilmu ini perkara yang sangat disukai Allah S.W.T. dan teruskan usaha anda itu.

Jika sebagai guru pula, saya tidak tahu maklumat sangat tetapi mungkin lebih menjurus kepada tugas-tugas adminstrator atau pengurusan sekolah tersebut. Walaupun kerja mudah tetapi sebenarnya terlalu banyak untuk diselesaikan. Dengan masalah pelajar, menaikkan ranking sekolah dan sebagainya. Universiti juga ada begitu tetapi ranking universiti tidak terlalu ketara sangat kerana ranking universiti susah untuk ditentukan. Jika disekolah boleh ditentukan dengan pencapaian UPSR, PMR dan SPM atau SPTM atau STAM.

3) Dari segi flexibility

Saya merasakan pensyarah universiti lebih flexible berbanding guru disekolah. Walaupun guru disekolah boleh bercuti semasa cuti sekolah yang panjang. Namun pensyarah juga boleh datang bila-bila masa asalkan projeknya siap dan pengajarannya juga bagus dan hadir ke kelas memberi kuliah. Cara pengajaran juga terlalu flexible dan kadang-kadang nota tidak diberi dan pelajar harus mencari sendiri nota-nota kerana pensyarah sebagai penunjuk jalan sahaja. Ini berbeza dengan di sekolah dimana segala latih tubi perlu diberikan kepada pelajar untuk memantapkan skill mereka.

Bagi pelajar-pelajar universiti, mereka harus tahu sekolah amat amat berbeza dengan universiti. Universiti bukan bertujuan menyuapkan makanan ke mulut pelajar dengan sudu emas. Tetapi universiti hanyalah menunjukkan kat mana boleh makan tanpa memberitahu spesifikasi termasuk lokasi kedai makan dan jenis makanan.

Pelajar : Kat mana saya nak makan nasi ulam?

Universiti : Kamu boleh makan di kedai makanan tengahhari yang berdekatan kerana masakan ulam ini dibuat pada waktu makan tengahhari

Kalau universiti itu baik sedikit (pensyarah itu baik sedikit) maka akan dicadangkan lokasi tempat-tempat yang sedap-sedap

Universiti : Kamu boleh makan sekitar Sri Putri kerana masakan-masakan mereka sedap dan mungkin ada nasi ulam tersebut.

Tugas pensyarah sekadar itu sahaja kerana kami melatih untuk pelajar mencari ilmu secara sendiri, berkumpulan dan bebas.

Ini jauh berbeza dengan tugas guru yang segala modul pengajaran telah ada dan semuanya benda yang sama sahaja setiap tahun kerana buku teks jarang juga disemak faktanya. DI universiti, para pelajar harus bertungkus-lumus menghadapi cabaran baru kerana setiap nota-nota itu akan dikemas kini dengan perkembangan terbaru (sebahagian besarnya).

4) Bilangan guru dan pensyarah

Sekolah terlalu banyak di Malaysia ini dan juga di negara-negara lain. Universiti hanyalah suatu option lain selain dari bidang-bidang perniagaan dan pertanian dll.Oleh itu, setelah mereka tamat sekolah, mereka bebas untuk samada masuk universiti atau pun bekerja sendiri. Majoritinya akan memasuki sekolah dan jika keputusan mereka bagus (SPM atau STPM atau STAM), mereka layak untuk memasuki universiti. Oleh sebab itulah, bilangan guru adalah terlalu banyak berbanding pensyarah dan ini membuatkan kumpulan mereka agak kuat berbanding pensyarah. Seharusnya pensyarah harus berjuang untuk persatuan jika mahu kuat seperti persatuan guru-guru

Kesimpulannya,

Apa yang penting adalah prestasi kita semata-mata dan sentiasa pertingkatkan diri sendiri. Pandang positif untuk setiap perkara yang berlaku kerana ini mungkin ujian Allah S.W.T. kepada kita. Maka berusahalah lebih tabah dan semoga memperoleh pahala dan ganjaran besar disisi Allah. Sesungguhnya, mengajar dan menyumbang ilmu ini suatu tugas mulia.

Waallahualam,

Rabu, Disember 21 2011, Jam 6.47 pagi

Published by razorjr

Research and Academician

4 thoughts on “Isu Pensyarah versus Guru

    1. Ya tuan, saya hanya tahu setakat yang saya tahu sahaja dan menyampaikan berdasarkan ilmu yang saya tahu berkaitan pensyarah dan guru (setakat yang saya tahU). πŸ™‚
      Bagi saya, saya kongsi berdasarkan pengalaman saya dan memberi pandangan berdasarkan apa yang saya tahu. Sebab itu dinamakan pandangan dan bukannya fakta. Terserah kepada tuan untuk menerima pandangan tersebut atau tidak.
      Ianya seperti begini. Jika tuan ke kedai, contohnya tuan hendak membeli air oren. Ada banyak syarikat yang buat air oren. Ada syarikat yang sudah berpuluh tahun buat air oren, ada yang baru sahaja establish (IKS) dan jenama sememangnya tempatan, dan ada yang sedang-sedang sahaja. Mereka buat air oren berdasarkan apa yang mereka tahu berkaitan oren. Maka tuan pilih mana yang tuan rasa selesa hendak minum air oren tersebut. Mereka tidak memaksa tuan memilih air oren tersebut. Tetapi diberi pilihan. Masing-masing ada pendapat tersendiri tentang oren. Ada yang buat kajian dan kaji sedalam-dalamnya berkaitan air oren. Tuan mungkin hendak mencuba produk yang baru disebabkan tidak pernah mendengar syarikat ini membuat air oren. Maka tuan beli dan akhirnya mengatakan air oren syarikat baru ini tidak sedap dan tak tahu membuat oren.
      Itu juga yang berlaku kepada produk 1 Malaysia dan juga produk yang sememangnya berjenama hebat.
      Tetapi paling tidak jenama 1 Malaysia membantu rakyat membeli produk yang juga boleh dianggap bermutu tetapi harga amat berpatutan.
      Sekadar pandangan dan pendapat saya untuk dilontarkan pemikiran ini kepada pembaca-pembaca saya.
      Untuk makluman juga, saya suka menggunakan Waallahualam disebabkan apa yang benar-benar berpengetahuan itu adalah Allah S.W.T. semata-mata.
      Hanya Allah Maha Mengetahui walaupun kita rasa mengetahui sangat-sangat mengenai sesuatu perkara/pandangan dan pendapat.
      Bagi saya, Allah jualah Maha Berpegetahuan dan saya hanya sekadar debu didasar lautan ilmu saya berbanding pengetahuan Allah yang meluas laut (diibaratkan)
      Waallahualam.Allah Maha Besar

  1. Apa yg dikatakan ‘Aku’ di atas tu betul – pandangan & pemahaman yg terlalu cetek. Sila terima sahaja pendapatnya. Tak perlu ulas panjang seperti buat entri baru.

    1. Ya, saya juga merasakan “Aku” itu betul. Bahkan apa yang saudara katakan itupun betul. Sebenarnya, saya terima pendapat saudara berdua. Tak perlu ulas panjang lebar. Saya merasa kagum dengan saudara berdua. Saya akan sebarkan komen ini dikalangan rakan sejawat saya di universiti tempat saya bertugas dan di facebook. Sebab saya merasakan pentingnya ilmuan yang hebat seperti saudara berdua ini dikalangan masyarakat kita. Jika boleh tolong bagitahu nama dan tempat kerja saudara agar saya boleh mengatur rombongan untuk melihat kepimpinan saudara. Saya merasakan terlalu kagum. Untuk menunjukkan saudara berdua hebat dan pandangan serta pemahaman saudara berdua tinggi menggunung.

      Saya ucapkan tahniah. Saudara berdua sememangnya layak dijadikan contoh yang terlalu hebat. Ini kali pertama saya menerima komen yang sangat bermakna.

Comments are closed.

%d bloggers like this: