Assalammualaikum,
Sekadar suatu nasihat dan pandangan dari saya
1) Berlakulah adil dalam setiap urusan di dunia ini. Kerana setiap kezaliman yang dibuat semasa di dunia ini akan mendatangkan kesan buruk di akhirat kelak. Sabda Nabi:
Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan neraka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya: Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Walaupun sekecil batang kayu sugi.
Maka, anda haruslah ingat, letakkan hukum Allah itu di atas sekali. Arahan yang bertentangan dengan agama Islam janganlah diikuti bulat-bulat. Ingatlah, rezeki ada dimana-mana. Carilah yang halal dan syarikat yang baik dan kalau boleh berpaksikan Islam dan tidak menyusahkan kita dalam membuat amal ibadah kepada Allah S.W.T.
2) Sentiasa tambah ilmu dunia dan ilmu akhirat anda. Sesungguhnya, tidak berguna jika mengetahui teknikal tetapi hukum hakam akhirat atau agama Islam langsung tidak diendahkan. Anda boleh pelajari ilmu agama melalui ceramah-ceramah agama, dan anda boleh juga mendapatkan ilmu fotografi disamping belajar bidang akademik. Sesungguhnya, walaupun anda tidak dapat menguasai semua ilmu, tetapi kita boleh berusaha untuk mempelajari ilmu yang seberapa banyak kita boleh dapat
3) Sentiasa berani mengutarakan pandangan dan mesti tabah menghadapi cercaan. Terima dengan hati yang mulia sekiranya pendapat tidak diterima. Ingatlah, yang penting kita berbahas secara ilmiah dan teruskan keterbukaan anda.
4) Jadilah pemimpin yang adil dan tidak mengutamakan kepentingan seseorang. Buatlah yang terbaik dan ingatlah Allah sentiasa berada di mana jua. Tinggalkan yang haram dan ambil yang halal.