Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara antara soal kehidupan antara yang paling subjektif sekali iaitu sambung belajar. Dengan beranggapan saya maksudkan peringkat PhD, biarlah saya sendiri mengutarakan pendapat saya.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis yang sambung belajar PhD

a) Degree, Master ditanah air, maka sambung PhD diluar negara mengikut pilihan negara. Ada yang pilih sebab nak sangat pergi negara tersebut. Ada yang pilih sebab memang ada pakar dekat situ. Ada yang pilih sebab negara tersebut merupakan negara yang member2nya pun ada dan best juga. Ada yang kombinasi kesemuanya. dan ada yang sebab lain sambung di luar (paksaan atau relaan)

b) Degree sudah diluar negara, maka master pun di luar negara, maka diambilnya pula PhD di dalam negara. Biasalah, mungkin disebabkan penat sudah belajar di negara orang. Masa untuk membina keluarga (berkahwin dan ada anak). Masa untuk mengenal penyelidik-penyelidik dalam negara. Masa untuk berbakti kepada universiti dalaman dan pelbagai lagi sebab.

c) Degree dan master dan PhD di universiti sama. Boleh sahaja kalau berminat. Terpulanglah kepada individu terbabit. Mungkin disebabkan universiti tersebut pun memang terbaik dan supervisor pun bagus. Ada juga peluang pergi conference kat luar. Mungkin sebab memudahkan dan mungkin sebab pelbagai lagi yang ada. Ada kombinasi pelbagai lagi.

d) Degree tempat lain, master tempat lain dan PhD tempat lain (dalam negara). Ada juga yang macam ini. Bagus juga, berpeluang merantau sekitar universiti di dalam Malaysia ini. Banyak perhubungan dan tahu banyak lecturer. Pendek kata, senang nak buat FRGS atau research collaboration dengan mereka. Tetapi, sebenarnya yang penting attitude kita untuk buat penyelidikan. Tak kisah universiti luar atau dalam, jika jenis kenal orang, boleh buat geran luar lagi.

Okeh, diatas adalah sebahagian sahaja listnya. Ada pelbagai lagi jenis mengambil PhD ini. samada Part Time atau Full Time. Atau kadang-kadang hampir 5 ke 7 tahun ambil PhD atau macam-macam lagi. Yang penting niat anda nak ambil ilmu tersebut.

Anda belajar kerana Allah S.W.T. dan bukan kerana suka-suka sahaja. Yang penting, mungkin dengan PhD, anda dapat pelbagai kenalan dan dapat berfikir secara lebih terbuka. Itu terpulang kepada andalah.

Dan, tidak perlu memandang rendah kepada para PhD holder yang lain. Kadang-kadang ilmu tinggi menyebabkan kita riak, maka cepat-cepatlah bertaubat dan minta maaf. Sebaliknya, ajak dan ajar mereka kaedah yang anda pelajari secara berhemah. Tidak perlu mengajar seperti mereka itu tidak pandai.

Sebab, kadang-kadang, ada yang sebahagiannya mengajar seolah-olah perli anda punya kelulusan. Jika anda terasa sedemikian, baik anda beredar sahaja kerana dikhuatiri anda pun akan sakit hati. Atau anda boleh bertebal muka dan berdoa agar orang yang mengajar kepada anda tersebut terbuka hatinya agar tidak riak.

Atau mungkin dia tidak riak, dah memang jenis dia macam tu. Itu tidak mengapa. Tetapi jika ada sedikit sahaja perasaan riak dalam hati dengan ilmunya yang kononnya di luar negara/dalam negara, maka habislah kerahmatan Allah kepada orang tersebut.

Jangan riak. Tidak kisah mana-mana PhD pun, yang penting berkongsi ilmu secara bersederhana.

Cuma nasihat saya, jika ada peluang, at least pergilah sambung di luar universiti anda (paling tidak universiti lain di dalam Malaysia ini) dan paling hebat, sehingga ke luar negara seperti USA, UK, Jepun dan lain-lain.

Bila balik Malaysia, sama-sama berborak dan berkongsi ilmu secara terbuka dan berlapang dada. Jangan menunjuk-nunjuk dan bermasam muka dan menghina orang lain.

Waallahualam.

 

About the Author razorjr

Research and Academician

6 comments

    1. Apply biasiswa MARA.

      First step : Gi pejabat MARA
      Second Step : pastikan kelulusan setaraf dengan yang MARA kehendaki.
      3rd Step : Baru boleh gi sambung.
      4th Step : JIka tak dapat sambung luar, guna MyBrain sambung dalam negara Master, pastu dah dapat master gi sambung luar guna JPA

  1. salam,

    saya berminat nak smbg master by research di luar negara.
    dah try search blog tapi mostly yg smbg ke luar negara buat master by coursework.
    and it takes about one year to finish the course.
    kalau by research pula paling minimum 2 thun. betul ke?
    boleh terangkan tak cara nak apply master by research di luar negara?
    maksud saya, bagaimana cara kita apply utk supervisor, tajuk proposal & sebagainya.

    1. Assalammualaikum,
      1. Program Master By Research ada di luar negara dan di dalam negara.
      2. Cara apply adalah sama sahaja. Follow tatacara berikut:-

      a) Kenal Pasti dalam diri nak buat bidang apa master by research – Sebagai contoh, minat bidang Artificial Intelligence
      b) Bila dah kenal minat bidang, tugas seterusnya adalah mencari negara yang digemari atau dikehendaki di Internet. – Target kat mana hendak pergi – UK?Ireland?Australia? target
      c) Dah tahu negara, cari universiti dalam negara terbabit yang tawarkan master by reserch bidang dikehendaki – ini paling susah dan paling lama – kena bersungguh-sungguh cari
      d) Dah tahu kursus master Artificial Intelligence ditawarkan (by research), cari Prof-Prof yang research areanya di bidang tersebut. Email kesemua yang digemari (Prof yang digemari).
      e) Dalam email tulis dan beri -> CV, nyatakan anda minat sangat bidang tersebut, subject kegemaran masa degree, paper (kalau ada pernah tulis paper), – pendek kata tulis yang ayat2 powerful bagi dia tengok kita ni sungguh2. Pastikan anda tulis yang anda juga minat bahagian2 dalam Artificial Intelligence
      f) TUnggu reply dari mereka
      g) Jika dah dapat reply, buat apa yang mereka suruh -> menyediakan proposal
      h) dah siap proposal dan apa yang mereka suruh, tunggu jawapan dari bakal supervisor terbabit – tanya juga how to register jika accepted as their student.
      i) di Malaysia, mohon pinjaman MARA atau mana2 agensi.
      j) InsyaAllah, semuanya akan settle dalam tempoh 6 bulan (dari (a) ke (j)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s