Assalammualaikum,
Saya mulakan dengan satu contoh yang melibatkan setengah atau hampir setengah sebab jika angka 5 hendak dibahagi 2 sudah menjadi 2.5. Jadi mungkin setengah atau hampir setengah
Dalam satu kawasan ada 100000 orang penduduk
1/2 daripadanya merupakan generasi orang dewasa dan 1/2 yang lain kanak2
Daripada generasi dewasa tersebut, 25000 merupakan pekerja di Kilang A manakala yang selebihnya di Kilang B
Daripada pekerja di Kilang A, 12500 daripadanya ada lelaki
Hampir setengah daripada jumlah tersebut merupakan bertaraf Professional (mungkin 6000)
Setengah dari Professional itu pula memasuki persatuan sekitar negara C (dalam 3000)
Dalam persatuan tersebut, hanya 1/2 daripadanya aktif (iaitu dalam 1500)
Kemudian, 1/2 daripadanya orang yang bukan sahaja aktif, tetapi terlibat dalam gotong-royong dan sering mengatakan kenduri kendara (so, ambil 700 orang la katakan).
Daripada 700 orang tersebut, setengah daripadanya ada perniagaan sampingan yang diusahakan (350 orang)
Daripada 350 orang tersebut, sebanyak 170 terlibat dalam kepimpinan tertinggi negara C
Daripada 170 orang itu, 85 orang dipersetujui menjadi pemimpin setiap kawasan dalam negara C
Daripada 85 orang itu, 42 pula menggunakan duit yang diberikan untuk membuat bangunan dikawasan masing-masing dan 43 yang lain buat aktiviti kemasyarakatan.
Daripada itu, 20 orang sememangnya sering terlihat kalibatnya dikalangan penduduk-penduduk.
10 orang daripadanya menggunakan kemahiran pengucapan umum untuk memastikan masyarakat bersatu padu
5 daripadanya berpihak kepada kelab D dan 5 daripadanya kepada Kelab E
Maka, akhir sekali hanya 2 atau 3 orang yang benar-benar mengajak kepada kesatuan hati walaupun berlainan Kelab.
—————————————————–
Apa yang saya cuba bawakan daripada contoh di atas.
1) Ianya menunjukkan masyarakat terdiri daripada pelbagai lapisan dan pelbagai ragam
2) Betapa uniknya ciptaan Allah S.W.T. dalam menjadikan manusia pelbagai jenis. Cuba anda tengok robot. 100 yang dihasilkan semuanya sama sahaja fungsinya. Penggunaannya ditentukan oleh manusia. Tiada yang unik untuk robot.
3) Betapa banyaknya cabang dan pemikiran yang ada dalam masyarakat kita. Jika kita anggap semuanya sama, ianya suatu yang amat sangat mustahil. Ada yang berfikiran sama tetapi meletakkan syarat dan ada yang berfikiran lain tetapi syaratnya sama.
Sebenarnya dalam kehidupan kita ini, tidak perlu sangat kita terlalu mengeji dan mengutuk sesetengah yang lain. Kerana mereka ini unik. Jika mereka memberikan pendapat mereka, kita boleh juga kongsi pendapat kita. Tidak perlu bermasam muka dan tidak menegur sapa. Tiada faedahnya kerana sememangnya sehingga kiamat amal setiap orang tidak akan sama.
Allah S.W.T. juga menjadikan kita untuk bersatu padu dengan kepelbagaian ragam ini. Menunjukkan kita boleh mencari pelbagai jalan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T. Jangan kita ingat kita ini baik dan orang lain tidak baik. Jika boleh, kita menasihati secara baik dan berlapang dada.
Jadi, nasihat saya untuk post saya kali ini. Biarlah manusia dengan ragamnya, kita boleh nasihat jika boleh. Tetapi tidak perlu sehingga mengumpat dan mengeji mereka. Sebab manusia ini sememangnya pelbagai ragam dan pemikiran. Jika semuanya sama, tidak ada uniknya. Cuba anda bayangkan anda seperti robot. Robot ikut sahaja walaupun arahan itu tidak baik. Sebagaimana kita, hendak ikut perintah Allah S.W.T. ataupun hendak ditipu oleh Syaitan?
Subhanallah.
Waallahualam