Assalammualaikum,
Sebelum saya menulis, saya hendak ingatkan apa jua tulisan dan artikel yang ditulis di laman web ini adalah semata-mata berbentuk pandangan dan juga fakta yang saya tahu sahaja. Ianya jauh dari memaksa anda untuk menerima bulat-bulat pandangan saya dan apa yang saya tahu. Bukankah kita mengetahui yang hanya Allah S.W.T sahaja Maha Mengetahui segala-galanya? Oleh itu, marilah kita berlapang dada dan bersikap terbuka dalam sesuatu pandangan dan pendapat yang dilontarkan. Jika anda merasakan anda benar, dan saya salah, tidak mengapa, maka saya cadangkan anda untuk memberikan pandangan anda dan sudah pasti saya sangat menghormati pandangan anda. Sebab saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan memberi pandangan dari perspektif saya sahaja
Baiklah, tajuk kali ini adalah menerima kesilapan orang lain
– Contoh (ingat, contoh sahaja)
Katakan ada 100 orang penduduk yang merokok yang telah diberi penerangan khas selama 3 hari dua malam berkaitan bahaya merokok
Daripada 100 orang ini, kita cuba anggap ada 20 orang yang benar-benar terus berhenti merokok
Kemudian, 30 orang lagi berhenti rokok secara perlahan-lahan
20 orang lagi berhenti setelah mendapat penyakit paru-paru yang kronik
dan selebihnya tidak juga berhenti merokok
– Tamat Contoh
Kita sebenarnya boleh menganggap bahawa tidak semua akan berjaya dinasihati walaupun pelbagai kempen telah dijalankan.
Oleh itu, kadang-kadang orang melihat seperti sia-sia sahaja usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam membasmi sikap merokok ini dikalangan rakyat
Tetapi apa yang penting, kita berpeluang menasihati mereka secara terus menerus menerusi kempen-kempen yang diadakan
Walaupun kita tidak dapat 100%, yang penting kita berusaha keras membasminya
Sama juga seperti kita di dalam jabatan atau tempat kerja kita
Ada yang berhempas pulas bekerja untuk memastikan kerja di jalankan sepenuhnya. Maksudnya, bagi arahan terus difahami.
Tetapi ada yang jenis masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri
Tetapi adakah kita perlu cepat menghukum mereka yang tidak tahu buat kerja atau tidak mendengar arahan ini?
Maka kita disarankan untuk cuba mendekati mereka dengan baik. Cuba anda panggil ke pejabat anda (jika anda sebagai ketua), dan dengan baik bertanyakan apakah masalah yang dihadapi yang boleh dikongsi bersama.
Mungkin boleh mengajak minum atau makan tengahhari dan cuba berlawak dengan pekerja anda yang tidak perform ini.
Sebenarnya mungkin dia tidak produktif disebabkan faktor-faktor peribadi atau sememangnya perangainya begitu.
Kadang-kadang ada pekerja yang memang mahir buat kerja tetapi jenis lambat sedikit kerjanya dan sehingga terover masanya.
Ada yang rajin buat kerja tetapi selalu silap pula.
Kita tengok disini, terdapat pelbagai ragam manusia yang kita tempuhi.
Adakah kita menghukum terus tanpa melihat terlebih dahulu apa sebenarnya yang berlaku?
Peluang seharusnya diberikan
Sememangnya juga orang atasan perlu dihormati dan perlu dijaga oleh orang bawahan
Tetapi adakah jika kita sebagai orang atasan, kita perlu menggunakan kuasa itu sewenang-wenangnya dan tidak menerima pandangan dan pendapat orang lain?
Bagi saya, saya sendiri tidak mengamalkan prinsip “saya hebat dari kamu dan tua dari kamu dan kamu jangan bangkang apa yang saya buat”.
Saya jenis suka berlawak dengan pelajar, menerima pendapat mereka dan berkongsi segala cerita yang boleh dikongsikan dengan mereka. Mungkin berkaitan permainan komputer, movies terbaru yang ada dan lain-lain lagi. Semuanya untuk merapatkan hubungan akademik dengan mereka agar mereka merasa senang dengan saya dan tidak takut bertanya dalam kelas.
Semangat inilah yang kita mahu, kerana pentingnya hubungan pekerja dan pegawai atasan dipermudahkan.
Mengapa begitu susah kita hendak berjumpa pegawai atasan?
Mengapa pelajar begitu susah hendak berjumpa dengan kita sebagai pensyarah?
Mentaliti sebegini harus diubah dan perlunya semangat bekerjasama dalam organisasi. Perlu tahu menahu antara satu sama lain agar prestasi kerja dapat dinilai dengan adilnya.
Sekadar itu dari saya.
Waallahualam. Hanya Allah S.W.T. Maha Mengetahui segalanya.