Assalammualaikum,
Cuba anda lihat link di bawah ini:-
http://www.majalahsains.com/2012/01/the-manga-guide-to-physics/
Saya rasa kagum dengan penyampaian notanya yang secara interaktif untuk pelajar-pelajarnya faham mengenai fizik
Jika dilihat kembali, saya merasakan hanya sebahagian pensyarah sahaja semasa saya belajar dahulu berpotensi menarik minat pelajar termasuk saya untuk duduk dalam kelas dan terasa terhibur sewaktu mengajar di dalam kelas.
Sebenarnya, Nabi Muhammad S.A.W. sudah berpesan sejak dahulu lagi, untuk menarik minat ke majlis ilmu, perlu ada beberapa perkara.
Boleh lihat ceramah Ustaz Kazim berkaitan hal tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=-RlRiVDmD5M&feature=plcp&context=C3624ee0UDOEgsToPDskKGJ3MdV9RfRL_8ikNGVX4O
Sememangnya tidak berguna jika kita terlalu hebat menceritakan pelbagai perkara berkaitan pusat pengajian kita tapi apabila pelajar datang untuk belajar maka pelbagai kemudahan dikatakan kurang memberangsangkan
Internet di kampus terlalu perlahan
Bilik asrama terlampau jauh dari pusat pengajian
Banyak kemalangan berlaku akibat kolej terlalu jauh
Kemudahan pelajar kurang seperti meja untuk belajar dan sebagainya
Kualiti pengajaran agak mendatar
Jadi, saya merasakan, pentingnya pelajar di”terrerkan” terlebih dahulu.
Saya juga pelajar dan bekas pelajar dan tahu kekurangannya sewaktu belajar dahulu
Seeloknya disediakan Taman Universiti berhampiran setiap pusat pengajian supaya pelajar pun tidaklah perlu pergi jauh untuk membeli sesuatu barangan.
Maka saya berdoa pusat pengajian yang saya ajar sekarang akan bertambah kemudahan-kemudahan seperti kolej yang banyak, tempat makan yang pelbagai, kedai yang pelbagai dan juga pusat rekreasi yang banyak. Semuanya berdekatan kampus.
Selain itu, saya harapkan saya dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran tanpa perlu pelajar bosan. Sebab bagi saya, tidak berguna sebarang kaedah pun jika pelajar tetap bosan dan merasakan “payah”.
Tarik minat mereka terlebih dahulu dan entertain mereka dengan jokes dan sebagainya.
Sekadar pandangan saya.