Assalammualaikum,
Semalam genap 4 tahun ayah saya meninggalkan saya dan keluarga di dunia ini.
Ketika saya sedang menguruskan satu event di Akept ini.
Saya teringat bahawa kali terakhir saya lihat ayah saya adalah sewaktu saya berada di Lapangan Terbang Kota Bharu menuju Ke KLIA dan seterusnya ke Johor Bahru.
Ketika itulah, ayah saya menghantar saya ke checkpoint masuk ke dalam tempat menunggu kapal terbang. iaitu pada 1 Jun 2008.
Sebenarnya,
Dalam kehidupan ini, semua sekeliling kita inspiring kita untuk menghadapi hidup.
Begitu juga dengan ayah saya dan semua ayah-ayah lain. Semuanya unik dan tidak akan sama
Ayah juga pernah berkata
“Belajar rajin-rajin dan yang penting bantu masyarakat”
.
.
Tiada artikel panjang atau pendek boleh menghuraikan sebarang perasaan ini.
Tetapi, kehidupan mereka yang telah lepas akan menjadi satu motivasi buat saya untuk maju kehadapan.
Keep accelerate no matter what the challenges.
Thanks dad.
Sulaiman Bin Salleh. Deceased 04 June 2008.