Kisah Hari Jumaat

Assalammualaikum.

Saya ingin membawakan suatu kisah untuk menjadi iktibar kita semua

Ahmad kerap kali berkunjung ke masjid dan bangga dengan pencapaian masjid kawasan tempat tinggalnya yang bukan sahaja ada air conditioner, tetapi bilik air, bilik mandi semuanya dibersihkan oleh petugas-petugas yang dibayar seperti blok asrama.

Sistem pembesar suara yang hebat juga telah dipasang dan ianya juga dilengkapi projektor dan komputer. Ini boleh menjadi kelas atau kuliah bagi sebarang penceramah atau pendakwah yang ingin menggunakan kelengkapan-kelengkapan tersebut.

Maka suatu hari Ahmad mendekati Imam masjid tersebut mengenai kutipan setiap minggu yang membolehkan masjid tersebut berkembang sehingga menjadi sedemikian bahkan mampu menjemput penceramah serta pendakwah luar yang hebat untuk mendekati masjid. Suatu usaha mulia yang memakmurkan masjid daripada dibiarkan kosong

Menurut imam masjid itu lagi, kutipan bulanan adalah antara RM20,000 ke RM50,000 dan paling hebat adalah sewaktu musim raya korban serta musim raya aidilfitri.

Apa yang menariknya, Imam tersebut menceritakan seorang tua yang hanya berbasikal setiap bulan pasti menghantar sejumlah wang dalam bungkusan yang diberikan kepada Imam tersebut.

Imam tersebut memberitahu orang tua tersebut memberikan sejumlah RM500 hingga ke RM1,000.

Pada mulanya agak keberatan menerima sebanyak itu untuk bulan berikutnya kerana mengikut kata orang sekeliling, orang tua tersebut hanya mempunyai kebun sayur yang agak luas tetapi mengusahakannya sendirian dan menjualnya dipasar berhampiran.

Jika diikutkan, pendapatan orang tua tersebut rasanya sekitar RM1000 sahaja tetapi boleh menderma sehingga sedemikian. Oleh sebab itu imam itu agak keberatan dan menasihati orang tua tersebut agar sedekah setakat yang mampu sahaja.

Ahmad yang mendengar cerita itu tersentak juga kerana walaupun gajinya agak lumayan tetapi apa yang dimasukkan ke dalam tabung masjid hanya duit lebihan seperti RM2, RM3 atau paling tinggi RM10 sahaja.

Kesimpulan

Disaatkan kita berebut-rebut untuk mencari kekayaan di dunia. Adakah kita belum merebut kekayaan di akhirat?

Ditulis di Tanjong Malim, Perak

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: