Hari Raya di Kuala Lumpur – Raya Kedua dan Ketiga

Salam semua,

Raya Kedua

Pada hari raya kedua, kami semua beraya pada sebelah petangnya dengan mulanya saya dan isteri serta anak beserta emak mertua ke rumah Pak Lang saya di Keramat AU2

Kemudian, dalam waktu zohor kami terus ke One Utama untuk survey Walker untuk anak saya

Seterusnya kami pulang ke rumah sebentar dan selepas asar dalam jam 5.30 petang terus kami bertolak ke Kampung Sungai Buaya

Disitu ada majlis tahlil yang kami bersolat Mahgrib dan Isyak serta ada bacaan Yasin

Sungguh besar keluarga sebelah ayah mertua saya ini kerana ayah mertua saya merupakan anak bongsu dari adik-beradik yang ramai.

Bahkan, anak sulung kepada kakak ayah mertua saya hampir sama umur dengan ayah mertua saya dan sudah ada cucu.

Bermaksud, isteri saya ada sepupu yang dah ada cucu dan kami sudah boleh digelarkan atuk dan nenek

Sungguh indah sebenarnya mempunyai ramai anak ini.

Tetapi diera dunia kemodenan, rasanya ramai sudah melimitkan bilangan anak dan hanya segelintir kecil sahaja meneruskan tradisi beranak banyak ini.

Ini kerana komitmen kerja suami dan isteri menyebabkan banyak negara-negara maju hanya sekadar 1 orang, 2 orang atau 3 orang atau paling banyak pun 5 orang anak sahaja.

Baiklah, setelah selesaikan solat isyak, kami semua bertolak pulang dan sampai di restoran Mamak Ali Maju di Rawang untuk makan2.

Kami tiba dirumah dalam jam 12 lebih begitu di rumah Kepong

Raya Ketiga

Raya ketiga bermula dengan pertama sekali sesi bergambar baju yang sedondon/sama pada jam 11.30 tengahhari

Disebabkan saya sudah memakai baju yang sama pada hari raya pertama, maka saya hanya sekadar pakai untuk bergambar sahaja

Kemudian kami bertolak ke Rumah Klang untuk beraya belah ayah mertua saya punya adik beradik

Kami pulang dalam area jam 5 dan 6 petang disebabkan kepenatan setelah beraya dan berehat sehingga malam.

Esok raya keempat mungkin akan berjalan2 atau melawat sesiapa sahaja yang sudah pulang ke Kuala Lumpur untuk beraya

Jumpa Lagi ya!!

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: