Salam,

Lazimnya apabila seseorang itu menjejak kaki di alam dunia akademik di mana 5P memainkan peranan penting dalam kehidupan dunia akademik, ianya akan banyak menjurus kepada pengajaran dan penyelidikan

5P seperti yang terkandung dalam kerja seorang ahli akademik iaitu Pengajaran, Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan dan juga Perkhidmatan Professional dan Khidmat Masyarakat

Pengajaran bagi seseorang staf akademik adalah merujuk tahap dan kaedah pengajaran oleh seorang staf akademik kepada pelajarnya. Oleh itu, pengajaran adalah yang paling penting sekali elemen yang perlu dimantapkan oleh pensyarah pada peringkat awalnya sebelum ke arah “P” yang lain. Pengajaran ini penting kerana ianya membantu kita untuk mengenali pelajar kita dan secara tidak langsung dapat mewujudkan situasi di mana para pelajar yang dibentuk akan mencorakkan perancangan negara pada masa hadapan. Oleh itu, hubungan antara staf akademik dan pelajar amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran yang kondusif agar semua input yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar. Hasil penelitian penulis terhadap pengajaran bagi staf akademik mendapati bahawa biasanya dalam tempoh 5 tahun, seseorang staf akademik mungkin akan memilih untuk menjadi juara dalam bidang pengajaran ataupun memilih juara dalam bidang lain pula

Penyelidikan dan penerbitan pula lebih menitik beratkan usaha sama antara penyelidik dan ini penting dalam membina jaringan antara staf akademik samada dalam dan luar negara untuk bersama-sama membawa pulang geran penyelidikan yang bermutu tinggi serta dapat membantu usaha universiti serta negara untuk memacu bidang yang diceburi. Biasanya, dengan kepelbagaian geran yang ada, dapatlah penyelidik/staf akademik mencalonkan beberapa pelajar Sarjana atau Doktor Falsafah untuk membantu staf akademik terbabit. Untuk memastikan bilangan geran setiap tahun dijana dengan baiknya, maka ketua penyelidik terbabit akan bermesyuarat dan berbincang dengan pelajar-pelajarnya untuk menulis geran yang terbaru untuk memastikan setiap tahun geran baru akan muncul untuk membantu dalam menerbitkan jurnal atau kertas kerja persidangan.

Pada masa kini, persidangan tidak lagi merupakan intipati penting kerana penerbitan jurnal dilihat lebih bermutu untuk diterbitkan bahkan percuma jika dibandingkan dengan kertas-kerja persidangan. Lazimnya kertas kerja persidangan lebih tertumpu untuk berjumpa dengan pakar-pakar dari serata dunia untuk duduk semeja dan berbincang mengenai penyelidikan masing-masing. Oleh itu, penerbitan jurnal dilihat lebih baik berbanding kertas kerja persidangan kecuali pada penyelidik muda untuk mencari pengalaman membentangkan kertas-kerta di peringkat antarabangsa. Bayangkan penerbitan berkualiti dicabar oleh penerbitan berkuantiti di mana kenaikan pangkat seseorang staf akademik adalah lebih tertumpu kepada penerbitan berkuantiti. Walaupun jumlah mata penerbitan berkualiti lebih tinggi tetapi jika dibandingkan dengan kertas kerja berkuantiti, maka kertas kerja berkuantiti lebih digemari oleh penyelidik atau staf akademik kerana jika bilangan penerbitan bertambah, maka yang sedikit tersebut akan menjadi semakin tinggi dan mampu melawan penerbitan berkualiti. Inilah dilema yang berlaku di seluruh dunia di mana sehingga sekarang masih menjadi masalah kepada kelompok staf akademik.

Perundingan merupakan salah satu bidang yang juga amat digemari oleh staf akademik yang tahu keuntungannya kerana setiap kerja perundingan itu dibayar dengan sejumlah wang dan mata perundingan juga boleh didapati dengan mudah. Ada kalanya pendapatan hasil perundingan lebih tinggi dari gaji seorang staf akademik bergantung sejauh mana penglibatan staf akademik tersebut di dalam perundingan. Sepanjang penglibatan saya dan rakan-rakan dalam perundingan memang sangat bagus hasilnya dan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam sentiasa mencari agensi yang boleh saya tawarkan perundingan kepada mereka. Tetapi anda harus bersedia untuk mengorbankan masa “after office hour” anda untuk melibatkan aktiviti sedemikian (seperti hujung minggu dan sebagainya). Oleh itu banyak sahaja di luar sana staf akademik yang memenuhi CV mereka dengan perundingan dna hasilnya mereka mampu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pelbagai agensi dan syarikat.

Perkhidmatan Professional dan Khidmat kepada masyarakat pula dilihat sebagai satu acara sampingan yang jarang saya rasa diminati oleh para staf akademik. Ianya memerlukan komitmen yang memerlukan anda mempunyai jawatan dan seterusnya perlu bergerak aktif di dalamnya. Sebagai contoh, jawatan dalam universiti memerlukan komitmen tinggi untuk menjayakannya dan ini penting untuk memastikan hala tuju fakulti dan universiti kepada negara. Selain itu, Khidmat kepada masyarakat pula dilihat sebagai salah satu medium untuk pensyarah berbakti kepada masyarakat dengan aktif dalam persatuan dan sebagainya.

Kesimpulannya, dengan bebanan kerja yang melibatkan skop yang besar sebagai staf akademik, ianya satu medan yang luas untuk mana-mana staf akademik memilih hala tuju masing-masing untuk menjadi juara dalam apa yang diinginkannya. Maka tidak hairanlah, kerjaya staf akademik merupakan kerjaya yang unggul dan ianya satu kerjaya yang melahirkan pekerja-pekerja di luar sana yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, Sarjana serta Doktor Falsafah hasil dari usaha para staf akademik untuk menjayakan misi dan visi negara.

Artikel Ini InsyaAllah akan dimuatkan di dalam majalah fakulti terbaru Communique Edisi ke-5. Mohon maklumbalas jika ada 6.24 pm, Jumaat, 31 Ogos 2012

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s