Izz Nur Zahra pada usia 4 Bulan Setengah

Assalammualaikum,

Agak lama saya tak mengemaskini perkembangan anak saya ini. Dan disubuh hari ini, saya rasa ingin menulis sedikit sebanyak entry mengenai perkembangan anak saya

Pada masa ini, Zahra masih dalam proses mencuba untuk merangkak setelah bertaraf professional dalam meniarap dan berguling.

Semasa mula meniarap dahulu dan akhirnya mencapai taraf professional, kami terpaksa berhati-hati untuk mengelakkan Zahra berguling daripada terjatuh dari katil

Kejadian bayi jatuh katil amat mengusarkan semua pihak kerana dalam suratkhabar pun ada artis yang kehilangan anaknya yang baru lahir akibat terjatuh katil

Bagi saya, pastilah bayi baru lahir tidak boleh bergerak besar sangat dan itu menimbulkan tanda soal besar siapa sebenarnya yang "bergerak"

Jadi, sekarang Zahra masih lagi "memakan" jari tangannya sendiri dan kadang-kadang menangis tanpa sebab dan dikhabarkan mungkin dalam proses tumbuh gigi

Ya, giginya sudah boleh nampak lapisan atasnya dan menunggu masa keluar dari celah-celah daging yang menutup gigi itu

Selain itu, Zahra akan marah sekiranya kita makan tanpa memberinya makanan juga.

jadi, kami bagi makan kurma, buah-buahan dan sebagainya dalam bentuk cecair likat yang Zahra amat menyukainya

Kami perlu memastikan Zahra sentiasa mempunyai perasaan ingin makan kerana dikhuatiri jika tidak dididik untuk makan, kelak nanti akan makan sedikit pula dan menjadi kurus

Oleh itu, bermula dari usia awal inilah perlunya didikan awal untuk dimanfaat sepenuhnya

Alhamdulillah, Zahra ada waktu tidur tetapnya iaitu dari jam 12 malam atau 1 pagi sehinggalah jam 9 pagi ke atas.

Kadang-kadang jam 12 tengahhari baru bangun dan ini memudahkan kami untuk memasak di awal pagi ketika Zahra masih tidur lagi

Suntikan pada 5 bulan akan diambil pada pertengahan September ini dan dijangka pada hari Khamis 13 September 2012

Keinginan Zahra untuk sentiasa duduk juga dipantau untuk memastikan tulang belakangnya lurus dan tidak bengkok.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: